:: Allahumma solli a'ala Saidina Muhammad

Bercinta hingga ke syurga.. Ameen

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 30, 2010

201....?

2010 kian melabuhkan tirai.. Tirai 2011 bakal menjelang.. Pejam celik, sudah berlalu 2010.. Semua yang berlalu menjadi sejarah hidup bagi setiap insan..

.:work hard:.
::Sejarah 2010::
Pelajar : >>Guru
Bujang : >>Sudah berumah tangga
Perak : >>Seremban
Bangi :>> Subang
Subject Teacher : >>Curiculum Leader
  • Selamat tahun baru.
  • Selamat berhijrah ke tahun baru dengan semangat baru.
  • Semoga hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini.
Kamu.. adalah kamu
Kamu bukan dia
Bukan mereka
Bukan juga saya
Kamu.. adalah kamu
Jadilah kamu
Sebagaimana kamu
Menjadi kamu
Sebagaimana mengikut hendak Tuhanmu
Jangan menjadi dirimu sekehendak inginmu..
Saya.. adalah saya
Saya bukan dia
Bukan mereka
Bukan juga kamu
Saya.. adalah saya
Berusaha mendidik diri menjadi 'saya'
Mengikut hendak Tuhanku (Allahu ahad)..
~Hasil nukilan::sufiharaki87~
~ seorang hamba kepada Pencipta::Mengharapkan kesudahan yang baik.. InsyaAllah.. Ameen~

Monday, December 20, 2010

CIK-gu..

Saya membelek-belek majalah solusi yang dibeli oleh ayah. Edisi yang ke 26. Saya tertarik dengan kolum "Cetusan". Coretan hasil tulisan Prof. Dr. Sidek Baba : 'Aku dipanggil Cikgu'.

CIKGU BERJIWA DAI'E:
Lapangan dakwah adalah sangat luas. Biarpun kita diposisi mana, hatta sebagai penyapu sampah di jalanan, kita seharusnya mampu mengekalkan jiwa sebagai seorang dai'e. Begitu juga bagi yang bergelar 'cikgu' perlu jua berjiwa dai'e.




Memetik cetusan beliau "Panggilan cikgu padaku panggilan yang mulia. Moga-moga ia mengekalkan diri dengan rasa tawadhuk. Bukan bermaksud berbangga atau riak. Seperti juga apabila seseorang dipanggil ustaz, ia adalah panggilan yang mulia.........."

TERINGATKAN PENGALAMAN
1. Saya tersenyum sendiri bila mengenangkan anak-anak didik yang sangat comel walaupun kadang-kadang menduga hati.
"Cikgu Ustazah fatimah.. saya tak faham" Geli hati mendengar panggilan sebegitu. Ada segelintir yang memanggil saya Cikgu Ustazah Fatimah.... :)

2. Subtopik: saya mengajar tentang adab terhadap ibubapa. Antaranya bermanis muka dengan ibubapa. "Zefrem (bukan nama sebenar), cuba tunjuk kat kawan-kawan semua bermanis muka macam mane?". Dia lantas berdiri, tersengih-sengih sehingga terlihat lesung pipitnya dan tertutup kelopak mata.
Selepas beberapa ketika: sedang saya asyik membelek buku latihan mereka, menyemak tajuk-tajuk yang belum selesai. Zefrem berlari ke arah saya. "Ustazah, tadi Zulaikha peluk saya" Saya terkejut, riak muka Zefrem seperti sangat gembira. "Mane boleh, Zulaikha bukan mahram awak, bukan adik-beradik awak, x boleh peluk, berdosa". Zefrem yang tersengih-sengih dari tadi berdiri di tepi meja guru, terkesima.. " ooo.. tapi nanti kalo dah secondary boleh kan ustazah". "Tak boleh sayang". -Zefrem (bukan nama sebenar) murid darjah satu-


::Terus menerus: mendidik diri, dia dan mereka::

Friday, November 12, 2010

Owh... Anak-anak didikku..

Anak ibarat kain putih,

Yang fitrahnya putih seputih-putihnya,

Bersih lagi suci,

Kita adalah mata pena yang mencorakkan diri tersebut.

Anak-anak didiku, biarpun tiada pertalian darah antara kita,

kita ada pertalian akidah.

:: Anda punya tafsiran tersendiri::
:: Aku semakin mencintai kerjayaku::
::Aku memilih jalan ini memperbaiki diriku dan berusaha menyumbang manfaat untuk orang lain::

~Ya Allah Engkau lorongkanlah hati kami ke arah kebaikan, ameen~

Monday, November 1, 2010

Color...

::14/09 until 16/09:: sweet memory::

Hari-hari yang dilalui penuh dengan pengharapan. Seorang ibu yang membesarkan anaknya, mengharapkan suatu masa nanti anak tersebut menjadi anak yang soleh/ah yang mampu membela nasibnya dihari tua. Seorang pendidik yang mendidik pelajarnya, mengharapkan pelajarnya faham apa yang diajar supaya dapat memandu arah tuju diri pelajarnya di hari kemudian nanti, jua mengharapkan akan lahir sebagai pelapis pemimpin masa hadapan.

Setiap individu secara tidak langsung sebenarnya masing-masing mempunyai harapan. Begitu juga kita sebagai seorang muslim khususnya, pasti mengharapakan kesudahan yang baik dalam kehidupan. Hidup yang dilalui sehari-hari yang penuh dengan ‘warna-warni’. Kadang dihiasi dengan warna yang indah dan ceria dan kadang jua dihadapkan dengan warna yang suram dan duka. Itulah kita, manusia yang bertatih di buminya. Berkelana menuju titik nokhtah penghujung pengakhiran kehidupan di dunia dan menuju ‘pintu’ kehidupan baru di alam lain.

“Kita harus bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita” tercetus dari mulut kak Fadhilah. Alhamdulillah, saya bersyukur, Allah sentiasa memberikan saya sahabat yang selalu mengingatkan kembali kepada Pencipta. “Patah tumbuh, hilang berganti”.

Alam pekerjaan yang mempunyai cabaran yang berbeza dengan zaman menuntut di kampus. Mengajar saya untuk lebih berdikari. Kembali bekerja. Hampir dua bulan ‘merehatkan diri’, tanggal 04 Okt 2010 saya kembali berkhidmat mendidik anak bangsa.

Alhamdulillah, Allah melancarkan sumber rezeki. Dulu saya punya pengalaman mendidik mereka yang dikategorikan sebagai ‘remaja’. Hari ini saya di hadapkan dengan karenah anak-anak ‘kecil’ berumur sekitar 7 tahun hingga 10 tahun.

“Ya Allah tiada daya upaya bagi kami untuk melawan takdirMU. Berikan kecekalan pada hati-hati kami, di dalam melalui liku-liku hidup yang penuh dengan ‘warna-warni’” ini.


TEHIBUR DENGAN GELAGAT MEREKA

"Ustazah nampak macam pontianak" Kata seorang pelajar saya bila melihat saya pada hari Isnin minggu ke dua mula kembali bekerja, memakai baju putih dari kepala hingga ke kaki (kecuali kasut). Saya memakai pakaian pernikahan saya untuk pakaian putih yang wajib di pakai oleh semua staff pada setiap hari Isnin. Seperti kurang ajar.. tapi itulah kata-kata jujur dari mulut seorang kanak-kanak berusia 8 tahun. Saya hanya tersenyum..


Benarlah hadis nabi:
Sabda Rasulullah SAW : Elokkanlah namanya (anak) dan elokkanlah adabnya. (Hadis riwayat al-Baihaqi)



Thursday, October 28, 2010

I bulan 16 hari

28 Oktober 2010 Sungguh cepat masa berlalu. Pejam celik sudah 1 bulan 16 hari tempoh perkahwinan saya dengan suami yang sangat dicintai. Moga Allah sentiasa memelihara perhubungan ini, di bawah lembayung kebahagiaan membina keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah.. InsyaAllah. Ameen.

26 Oktober 2010. Sayu rasa hati. “Abang fly hari khamis nie”. Saya masih teringat dan terasa terngiang-ngiang lagi, bait kata ini. Sebaik sahaja habis mengajar sesi petang kafa, suami menjemput saya di sekolah. Begitulah rutin sehari-hari hampir sebulan selepas mendirikan rumah tangga.. Saat-saat yang paling berharga sebelum suami pergi meneruskan ‘perjuangan’ jihad ilmunya dibumi barakah, bumi nabi dan tempat tumpah darah para syuhadak.

“Apa perasaan abang sekarang?” Soal saya pada suami. “Erm.. perasaan untuk apa tu?” “Perasaan.. erm.. Abang rasa gembira sangat” Pada sangkaan saya, mungkin akan terpacul dari mulutnya perasaan sedih, sayu. Rupanya perasaan gembira melebihi lagi. Saya bertekat tidak mahu menunjukkan riak wajah sedih untuk pemergiannya buat seketika dalam misi kembara ilmunya. Saya perlu gembira jua, perlu merasai perasaan gembira suami..

Alhamdulillah, saya Berjaya tidak menitiskan sedikit pun air mata sehingga suami berlepas. Tapi apakan daya, menitis juga, tatkala along memeluk dan memberi kata-kata semangat untuk diri ini sebaik sahaja kami bergerak meninggalkan KLIA. Berbeza perasan ini, sebelum dan selepas kahwin. Kalau dulu tidak kisah, kini menjadi kisah. Segala urusan kami, saya serahkan dan pulangkan kembali kepada Allah, tuhan yang memcipta kita, dan tempat selayaknya untuk kita bertawakkal.

Terima kasih kepada mak, mak, abah , ayah dan adik-beradik dan ipar-ipar serta semua yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan sentiasa mendoakan kebaikan untuk diri ini.

Kita masih bernaung di langit nan biru yang sama
Tanah yang dipijak, masih tanah yang sama
Udara untuk bernafas, masih udara yang sama
Kita masih berada di bumi Allah yang satu ini
Cuma jarak yang memisahkan jasad kita
Selagi nyawa di kandung badan
Doaku sentiasa mengiringimu
Moga Allah memberi ketabahan buat kita
~Bercinta hingga ke syurga~

Tuesday, October 5, 2010

[ TERBANG ]


Terbanglah..
Untuk satu matlamat..
Untuk menggapai tujuan..
Untuk membawa semangat ummat..
Untuk menyumbang khidmat..
Kepada ad-din..

Terbanglah..
Sebebasnya..
Selagi meletakkan syariat..
Sebagai benteng..
Pembatas antara abyadh dan aswad..



Terbanglah..
Doaku mengiringimu selalu..
Biar jauh dari penglihatan..
Namun sentiasa di ingatan..



Terbanglah..
Diriku ada pada semangatmu..

Ya Allah.. Peliharalah kami..

Tuesday, September 28, 2010

Saat Lafaz Sakinah

“Sayang.. dalam hidup sayang ada berapa Muhammad yang sayang cintai?”

“Erm.. dua.. Muhammad s.a.w dan………… abang”

****

Maha suci Allah, yang mencipta sekalian kejadian. Segala kejadian menunjukkan kebesaran Tuhan dan kekuasaannya mencipta sesuatu yang tidak mampu untuk ditandingi.

Duhai Hati..

Sedarlah,

Segalanya hanyalah pinjaman,

Saat lafaz sakinah dihembuskan,

Kau berteleku,

Redha dan pasrah,

Kesenangan yang engkau rasai kini,

Juga adalah ujian,

Sebagaimana pernah kau cetuskan,

Di lubuk hatimu,

Akan kegusaranmu,

Tatkala dirimu diuji dengan kesusahan.


Thursday, September 23, 2010

~Terima kasih adik~

Akak mengenali siapa gerangan dirimu
Terima kasih kerana menghargai akak
Terima kasih kerana menerima kehadiran diri ini
Terima kasih kerana berkorban dan 'bersusah payah' untuk diri ini
Terima kasih kerana hadiah perkahwinan tempoh hari
Terima kasih dik
Terima kasih terima kasih dan terima kasih
Terima kasih untuk segala-galanya dik..

Sungguh..
Akak sangat terharu..
Sebaik sahaja membuka dan membaca..
Coretan yang lahir daripada lubuk hatimu..
Akak sangat menghargainya..
Akak tidak akan melupainya..
Hanya kita yang melaluinya, yang akan merasainya..
Yang akan menghargai dan amat bernilai..
Sebuah kisah.. antara kita dik..

Akak..
Masih ingatkah?
Satu waktu dulu kita pernah bersama-sama,
Saling menemani dalam kelana sukar ini,
Akak tempat bermanja, bermesra dan bersenda
Bahkan akak tempat menyeka air mata,

Adik akak tidak akan pernah melupakannya,
Malah keadaan itu masih sama,
Tidak ada apa yang dapat merubah,
Walapun status akak berubah.. =)

Masa pantas berlalu,
Zaman, waktu, semuanya memintas kita,
Tapi akak kekal berteleku disitu,
Untuk mendengar sedu ini,
Dan ‘redha’ yang akak ajar
Tak akan pernah berubah

Ya dik..
Masa pantas berlalu,
Saat ku lafazkan 'redha' padamu..
Terlebih dahulu akak ingin memperingatkan diri akak ini,
Yang kadang-kadang lemah,
Berteleku,
Di saat suatu ketika dulu,
Kita sama-sama diuji,
Terasa perit dihati,
Akak ucapkan 'redha',
Agar diri ini pasrah dengan ketentuanNya..
Begitu juga akak harapkan bagi dirimu,

Akak,
Ku sentiasa inginkan yang terbaik untuk akak,
Sebagaimana yang akak pernah beri yang terbaik untukku,
Bantuanmu, penat lelahmu untukku sentiasa tersimpan kemas dalam sanubari,
Tidak mampu kuuraikan satu persatu

Adik,
Tiada lafaz lain yang dapat akak lafazkan,
Melainkan uhibbuki fillah..

Tika datangnya majlis pernikahan akak,
-takdir dan anugerah yang datang dari Allah-
Bukan kerana bila aku kata ‘train siapa datang dulu, dia kahwin dulu..’
Walaupun ternyata train akak sampai dahulu..
Dan train yang ingin kunaiki tidak kunjung tiba...

Diriku tersenyum dik..
Saatku baca bait kata-katamu ini..
Indah saat kita bersama, menghabiskan masa dan waktu tika itu..
Segalanya telah tercatat di luh mahfuz dik..
Cuma, perlukan keyakinan dan kesabaran ditambah dengan 'redha'..
Alhamdulillah..
Akak doakan,
Allah permudahkan jua urusanmu.. Ameen..


Apabila teringat memori silam dan kini,
Air mata itu basah lagi..
Takut diri ini jika akak dibawa jauh pergi..

Teringat lagi..
Saat terakhir kita bersama, bagaikan itu takdir buat kita,
Berkongsi cerita setelah dipisahkan masa,
Waktu bagai terhenti membiarkan kita..
Akak, jangan lupakannya tau?

Mungkinkah itu semua kali terakhir memandang wajah tenang akak..
Bersama-sama berada dalam soff memperjuangkan kalimah Allah,
Bersama-sama menguntai ukhwah dalam apa jua bentuk sekalipun..
Memori yang terpatri hanya tuhan saja yang tahu betapa bersyukurnya kita..

Dan hari ini,
Setelah hati kering dengan cinta,
Akak beri harapan yang menenangkan..
Disaat kesibukan akak,
Walaupun akak sudah menerima tanggungjawab kesibukan sebagai isteri,
Akak masih mampu meluangkan masa..
Akak tidak pernah sembunyikan kebahagiaan yang akak ada,
Melainkan akak kongsikan bersama-sama... aku...
InsyaAllah... nanti kita jumpa ye kak.

Dik..

Seka lah air matamu,
Akak hanya insan biasa,
Jangan terlalu mengagungkan diriku..

Akak tidak akan melupainya..
Kita masih boleh kekalkan kemesraan kita seperti sebelumnya,
Akak menghargai dirimu,
Mungkin di sini hikmah,
Akak tidak di takdirkan mempunyai adik pertalian darah,
Tapi Allah beri 'hadiah' adik yang hadir kerana cintaNYA..
Membuatkan akak semakin cinta kepadaNYA..
Mendorong akak terus thabat di jalan juangNYA..
Terima kasih adik..
Ada masa kita ketemu lagi..
Mudah-mudahan pertemuan di KLIA tempoh hari..
Bukan pertemuan yang terakhir..


Tuesday, August 10, 2010

al-Mubarak..

Ahlan wasahlan ya Ramadhan.. Masih diberi oleh Allah ruang dan peluang untuk bernafas. Alhamdulillah.. Masih diberi peluang untuk menunaikan ibadah puasa, salah satu rukun Islam.. Alhamdulillah..

Tidak terhitung nikmat yang Allah beri kepada kita selaku insan.. Alhamdulillah.. Allah memberi nikmat ketenangan hati. Tidak semua orang merasa nikmat ketenangan hati. Ada manusia kaya tetapi hati sentiasa gelisah, ada pula yang miskin tetapi Allah telah mencampakkan ketenangan pada hatinya. Begitu juga sebaliknya. Alhamdulillah..

Terkadang Allah duga kita dengan 'sedikit' kesusahan dan penderitaan..
Tetapi 'kita' selaku manusia terlalu lama terpaku dengan ujian itu..
Sedangkan terlalu banyak nikmat lain yang Allah beri..
Lebih banyak daripada ujian kesusahan dan penderitaan tersebut..


  • Syukur~never forget to say Alhamdulillah ya Allah~

Saturday, July 24, 2010

~Mari BerAMAL~

Ujung minggu nie agak memb*s*nkan. Selalunya ujung minggu saya, saya habiskan dengan melakukan xtvt bersama-sama sahabat-sahabat. Tapi kali ini tidak. Saya cuba mengatur masa saya supaya dapat digunakan dengan sebaiknya. Walaupun keseorangan di rumah sewa (memandangkan housemate saya memang akan pulang ke rumahnya di Puchong setiap ujung minggu) saya punya xtvt 'bebas'.

Saya menulis nie juga sekadar mengisi masa yang terluang, daripada terbazir begitu sahaja.. Sedar tak sedar hari ini sudah 12 Sya'ban. Tinggal 3 hari lagi nisfu Sya'ban.

Alhamdulillah.. kali ini saya tidak terlepas pandang..

Tadi sempat juga saya membelek satu buku nie yang tersimpan rapi di dalam kotak buku-buku saya..

Dalam buku nie ada banyak mengenai solat-solat sunat dan amalan ketika bulan Sya'ban. Kita selalu sangat berbicara mengenai amalan di bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain.

Antara amalan khusus untuk nisfu Sya'ban:

  • >> Solat sunat nisfu Sya'ban selapas solat maghrib.
  • >>Baca Yasin
  • >> Doa nisfu Sya'ban.
  • >> Doa dipanjangkan usia supaya dapat terus beramal dan melakukan ibadah kepadaNYA..
  • >> Minta Allah tetapkan iman dan tambahkan rezeki.


~Selamat Beramal~

Friday, July 23, 2010

Alllahu Akbar…



If you ask me about love


And what i know about it


My answer would be


It’s everything about Allah


The pure love, to our souls


The creator of you and me,the heaven and whole universe


The one that made us whole and free


The guardian of HIS true believers


So when the time is hard


There’s no way to turn


As HE promise HE will always be there


To bless us with HIS love and HIS mercy


Coz, as HE promise HE will always be there


HE’s always watching us, guiding us




So when the time is hard


There’s no way to turn


As HE promise HE will always be there


To bless us with HIS love and HIS mercy


Coz, as HE promise HE will always be there


HE’s always watching us, guiding us


And HE knows what’s in all in our heart



So when you lose your way


To Allah you should turn


As HE promise HE will always be there…



HE bring ourselves from the darkness into the light


Subhanallah praise belongs to YOU for everything


Shouldn’t never feel afraid of anything


As long as we follow HIS guidance all the way


Through the short time we have in this life


Soon it all’ll be over


And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine



So when the time gets hard


There’s no way to turn


As HE promise He will always be there


To bless us with HIS love and HIS mercy


Coz, as HE promise HE will always be there


HE’s always watching us, guiding us


And HE knows what’s in all in our heart



So when you lose your way


To Allah you should turn


As HE promise HE will always be there…



Allahu Akbar…



So when the time gets hard


There’s no way to turn


As HE promise He will always be there


To bless us with HIS love and HIS mercy


Coz, as HE promise HE will always be there


HE’s always watching us, guiding us


And he knows what’s in all in our heart



So when you lose your way


To Allah you should turn


As HE promise HE will always be there…



Allahu Akbar…


Tuesday, July 20, 2010

~Diam~

Kadang-kadang, berdiam diri lebih baik untuk memahamkan seseorang dan menenangkan suasana. Tidak semestinya kita perlu sentiasa berusaha memberi penerangan dan penjelasan. Pengalaman membuatkan saya lebih matang. Seiring dengan itu juga, memberi kesedaran pada diri saya tentang peningkatan usia dan hampirnya kita dengan penghujung usia kita. Peningkatan nilai digit pada usia bukan sahaja meningkatkan nilaian kiraan angka tetapi mengurangkan nilaian ‘umur’ kita.

Subahanallah..

Terkadang, saya juga ‘lemas’ dengan sikap anak didik saya. Puas menegur, akhir sekali saya mengambil keputusan mendiamkan diri. Rupanya, diam juga adalah ‘nasihat yang baik’. Lebih fokus di dalam kelas. Kadang-kadang kita juga lebih banyak mempelajari dengan cara begini. Namun ada juga perasaan kasih yang amat kepada anak-anak didik yang sangat memberi perhatian dan menghargai kita ketika sesi pembelajaran (bukan niat hati untuk pilih kasih).

Ya Allah..

Berikanku kefahaman dalam mempelajari dan menyampaikan ilmuMu,

Berikan juga kepada mereka kefahaman dalam menimba ilmuMu.. Ameen.



Jom Layannn... (^_^)


Wednesday, July 14, 2010

~Warna-warni kehidupan~

Agak kepenatan seharian di sekolah. Sesi pagi dan petang. Tapi apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan Rasulullah dan sahabat serta pejuang-pejuang agama Allah yang meletakkan dirinya dijalan Allah dengan memegang prinsip ‘kerja-kerja Islam melebihi masa yang ada’. Saya kagum dengan penggerak-penggerak dakwah yang tidak kenal erti lelah. Siang gigih bekerja, malam juga rancak meneruskan misi dakwah dan tarbiyah. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan kepada diri ini untuk menjadi seperti itu.

Pening juga kepala nak memahami perangai manusia yang pelbagai. Saya yakin, ini adalah tarbiyah buat diri saya yang Allah takdirkan untuk saya. Mudah-mudahan segala yang saya hadapi di saat ini dan masa akan datang, dapat menyingkap tabirNYA. Agar saya lebih mengenaliNYA, dapat mencintaiNYA dan dapat mengakhiri kembara dibumi ini dengan titik nokhtah sebagai ‘husnul khatimah’. Ameen.

Saya masih berfikir mengenai pelajar saya. Biar saya rahsiakan namanya. Terlalu banyak permasalahan yang dihadapinya. Saya agak terkejut dengan persoalan yang diajukan kepada saya.

Tidak seperti hari-hari biasa. Hari ini dia datang awal ke ‘agama room’. Dia orang pertama yang sampai. Terus duduk dan mengajukan soalan dengan muka yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan jawapan daripada saya. “Ustazah.. saya nak Tanya.. saya nie gila ke?”

Masih ingat pertama kali saya memasuki kelas tersebut. Dia seperti dipinggirkan oleh rakan-rakan sekelas.

“D….h kenapa tak duduk sekali dengan kawan-kawan lain?”

“Ustazah, Tanya sendiri kat diorang?” dengan nada yang agak tinggi.

Kelas senyap sahaja tiada jawapan. Dalam hati saya, “herm.. biasala tu budak-budak”.

(Tapi tidak la terlalu ‘budak’. Dah tingkatan satu.)

Belum sempat saya merespon persoalan yang diajukan. Pelajar lain masuk ke kelas.

Dia mengisyaratkan dengan meletakan jari telunjuk ke mulut. Saya mengangguk dan sekadar berkata. “Lepas kelas jumpa ustazah boleh?” Dia menganggukkan kepala.

****

Sebaik sahaja kelas habis.

Saya cuba meletakkan diri saya ditempat dia. Tak pernah melihat air mata dia mengalir. Tambahan dia seorang budak lelaki.

“Saya rasa tertekan ustazah.. mak ayah saya tak sayang saya.. kawan-kawan kata saya gila. Ramai orang kata saya gila.. saya pernah nak bunuh diri.. rasa hidup pun dah tak guna”.

Saya terkejut.

Bila ditanya, boleh baca quran? Dia menggelengkan kepala. Ada keset atau CD bacaan quran. Dia juga menggelengkan kepala.

“Awak rasa jiwa awak kosong ke?” Dia menganggukkan kepala.

Saya menghelakan nafas. Saya hanya mampu memberi nasihat. Sekadar susunan kata-kata biasa yang keluar dari mulut saya untuk menguatkan semangatnya. Hanya Allah sahaja yang layak memberi kekuatan kepada dia dan memberi jalan keluar ke atas kekusutan yang melanda dirinya.

“D…h, kena kuat.. mintak kekuatan daripada Allah. Ustazah ajar satu perkataan nie.. bila rasa lemah sebut selalu.. ya qawi.. nama Allah nie.. bila rasa kosong, lemah.. sebut banyak-banyak dan ingat Allah ye” Dia hanya mengangguk-angguk, mukanya tunduk menahan tangisan .Mulutnya cuba untuk menyebut dan mengulangi perkataan ‘ya qawi’.

Tersentuh hati saya melihatnya. Hanya itu yang mampu setakat ini untuk saya lakukan.

****

Balik sahaja ke rumah..

Saya masih berfikir. Kita kadang-kadang ada juga diuji sebegitu. Tapi, penawarnya, bila solat, baca quran.. akan mengembalikan kembali ketenangan jiwa. Tapi dia bagaimana?

Alhamdulillah. Allah menghidupkan kita dalam nikmat sebegini. Tidak semua manusia menerima ‘habuan’ yang sama dengan kita….. Kita diuji dan mereka juga diuji. Kita mentarbiyah mereka dan kita ditarbiyah.. Subahanallah..

~Koreksi diri~ banyakkan bersyukur

Thursday, July 1, 2010

~Soalan Tin Tong~

Agak kerap ye kebelakangan ini saya meng “update” blog. Terasa banyak masa terluang di pagi-pagi hari sebaik sahaja sampai ke tempat kerja. Bertolak seawal jam 6.30 pagi, tiba dalam sekitar jam 6.40 pagi. Jadi saya punya banyak masa untuk melakukan pelbagai aktiviti ‘bebas’ saya, sementara menunggu jam 8.00 pagi. Saya mencuri sedikit masa sebelum sesi p&p bermula untuk berkongsi pengalaman. Barangkali, saya dan pembaca dapat manfaat daripadanya (harap-harapnya begitu).

Sonia sayang..

“Ustazah apa yang di maksudkan dengan pengabdian? Saya kurang faham”. Soal Sonia dengan nada sebagaimana orang ‘putih’ berbahasa melayu. Al-maklum, mereka lebih selesa berbahasa asing di sini. Kadang-kadang saya yang merasai seolah-olah berada di Negara orang lain. Pernah pelajar saya minta saya jelaskan maksud perkataan ‘merepek’.

“Erm.. pengabdian diri kepada Allah, melakukan segala-galanya kerana Allah. ‘Abdi’ bukan sahaja dalam bentuk ibadah ritual.. tapi segala perbuatan yang baik pun boleh membawa kita kepada pengabdian diri kepada Allah.. Kita lakukan apa yang Allah suka.. buat sesuatu sebab Allah suka perbuatan tu.. Contohnya bersedekah kerana Allah, menghormati sahabat, guru dan orang lain kerana Allah, melakukan ibadah korban kerana Allah dan lain-lain…”.

“Sonia faham?” Sonia hanya sekadar mengangguk-anggukkan kepalanya. Tanda faham (harapnya begitu).

Athirah sayang..

Memandang dirinya.. membawa kesayuan di hati saya. Dia pelajar yang baik. Rajin bertanyakan soalan. Personaliti menarik. Cuma kadang-kadang persoalan yang diajukan seolah-olah terlalu meragui.

Saya menjelaskan mengenai liwat dan musahaqah (hubungan lelaki dengan lelaki dan hubungan perempuan dengan perempuan).

“Tapi ustazah, kita tak boleh salahkan mereka yang berperasaan macam tu. Sebab tu perasaan yang tak boleh dipaksa. Takkan kita nak hukum pula mereka..”

“Ye.. ustazah faham. Sebab tu, kita kena faham bahawa agama adalah nasihat. Ok.. ustazah ibaratkannya seperti undang-undang sivil (walaupun hakikatnya tak sama). (Saya analogikan sebegini) Kita adalah pelakunya. Kita punya pilihan untuk lakukan kesalahan ataupun tidak. Tapi bila kita lakukan kesalahan kita akan di kenakan hukuman ataupun denda. Begitu juga dengan syariat Allah. Allah memberi pilihan untuk kita pilih mana-mana ‘jalan’. Maka kita yang akan menerima kesan, hukuman dan akibatnya. Tetapi sebelum itu, Islam terlebih dahulu mendidik dan menasihati kita supaya kita berwaspada dan tidak terjebak dengan kesalahan tersebut…...”

“Ustazah.. kita sebagai muslim wajib tutup aurat.. tapi kalau yang non-muslim tak tutup aurat.. jadi sama juga, lelaki tetap boleh melihat aurat wanita?” Soal Athirah lagi.

Saya yakin, soalan Athirah ini adalah disebabkan dia ingin tahu yang mendalam, dan lontaran soalannya dilihat agak bersungguh-sungguh (melihat perwatakan dia yang amat memberi tumpuan di dalam kelas walaupunn dia berskirt paras lutut). Saya tidak menjatuhkan terus ‘hukuman’ ke atasnya. Kerana saya masih ingat intipati usrah di kampus, kita adalah daei’ bukan penghukum.

Saya tayangkan video untuk tontonan mereka dan saya membuat analogi lagi. Kebanyakkan jawaban saya lebih kepada aqli (logik akal) kerana melihat pada kondisi anak-anak didik saya..

“Ok.. sama macam mana yang ustazah jelaskan tadi.. Kita yang memilih. Kita yang membuat pilihan ye.. Apa yang ditetapkan oleh Allah, wajib kepada kita yang bergelar muslim. Ia bukan satu kewajipan yang perlu dilakukan oleh non-muslim. Kerana mereka tidak tergolong dikalangan muslim. Islam mengajar kia tentang adab, mengajar kita supaya menjaga pandangan, tidak memandang kepada yang haram…”

Agak bingung juga saya. Macam mana nak bagi mereka merasai apa yang kita rasa. Rasa aman, rasa nikmat hidup dalam syariatNya, terhindar daripada fitnah, selamat. Bila menutup aurat, berhijab kita akan rasa aman dan terselamat daripada gangguan jahat.

*******

“Ustazah, arak bila dituang pada daging.. n then kita bakar.. arak tu hilang.. kita boleh la makan daging tu kan?”

Anak-anakku.. (walaupun saya masih muda)..

“Ustazah dah kawen?” Soal pelajar saya.

“Tak lagi..”

“Kenapa ustazah cakap anak-anak ustazah?”

Geli hati saya mendengar persoalan tersebut.

“Yela.. kamu semua niekan anak-anak ustazah”

Mereka ketawa mendengar jawapan saya..

“Arak tu tentu sahaja akan meresap di dalam daging tersebut, walaupun terbakar, tetap ada meninggalkan sisa alcohol pada daging.. So.. tak boleh..”

“Tapi ustazah.. kalau ayah sendiri yang ajak minum..”

“Kita belajar agama untuk di amalkan..bukan sekadar tahu.. lepas tu buat tak tahu ye..”

Saya menjawab persoalan-persoalan mereka berdasarkan ilmu yang saya ada dan kefahaman saya. Dakwah dan tarbiyah. Mentarbiyah dan ditarbiyyah. Saya alu-alukan kepada sesiapa sahaja yang ingin membantu, tahu dan boleh memberi penerangan yang lebih simple serta mudah untuk difahami oleh ‘anak-anak’ saya ini.. =)

Wednesday, June 30, 2010

~Pagi yang InDaH~

Pagi yang indah..

Bertolak ke tempat kerja seawal jam 6.30 pagi. Walaupun jarak antara rumah dengan tempat kerja tidaklah begitu jauh. Saya dan housemate sengaja memilih untuk keluar awal untuk mengelakkan “terjebak” dengan kesesakan jalan raya.

Saya yakin sahabat seperjuangan saya sedang giat melaksanakan aktiviti dakwah dan tarbiyah. Walaupun kita dilapangan yang berbeza, tetapi saya juga membawa misi yang sama, misi dakwah dan tarbiyah.

Hari ke tiga mengajar, agak tertekan dengan sikap sesetengah “anak-anak” yang sedikit “nakal”.

“Salam ateh.. tension la.. rasa nak berenti je” Saya menghantar sms kepada kakak saya. Memang agak tertekan. Seperti satu kejutan budaya kepada diri saya. Saya yang “berpakaian sebegini” mungkin dianggap “pelik” oleh “mereka”.

“Jadi guru, kena banyak bersabar.. umpama berjihad di medan perang. Carilah pendekatan supaya depa rasa seronok nak belajar agama…..kita yang kena faham mereka.. bukan mereka perlu memahami kita”

Terima kasih ateh…

Kakak saya memberi nasihat dan kekuatan kepada saya.. Saya masih menyimpan di peti inbox sms.. InsyaAllah.. Allah sentiasa bersama-sama kita..

Bersambung…

Monday, June 28, 2010

~Aku Seorang Guru~

Hari pertama mengajar. Bergerak dari Bangi. Kak Aisyah dan ina menghantar dan menemani saya. Bergerak seawal 6.30 pagi. Dengan jalan yang sedikit sesak di sebabkan kereta berpusu-pusu menuju ke destinasi mereka. Mungkin menuju ke tempat kerja dan atas lain-lain urusan.

Memang mencabar. Herm.. Melihat kenakalan anak-anak didik. Ya Allah.. hanya Allah lebih mengetahui. Kini saya merasai sendiri menjadi seorang pendidik. Saya sentiasa memotivasikan diri dan memohon padaMu ya Allah untuk terus menguatkan diri ini. Memberi khidmat kepada anak-anak didik supaya mereka mendapat didikan Islam yang sepatutunya.

“Saya kembali kepada masyarakat” walaupun hakikatnya saya juga adalah entiti sebahagian daripada masyarakat.

Pengalaman pertama bekerja.

Danish sayang..

Pengalaman pertama mengajar. Sebaik sahaja habis kelas. Danish akan menuju ke arah saya yang duduk di meja guru bersebelahan pintu kelas. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan saya. Buat pertama kalinya saya menyambut tangan yang dihulurkan. Kelas ke dua dan ketiga begitu juga. Masuk kali yang keempat, saya sengaja melengah-lengahkan untuk keluar kelas, tunggu pelajar lain habis keluar. Danish setia menunggu saya mengemas barang-barang saya, shut down laptop, cabut wayar cable LCD.

“Danish… lepas ni tak perlu salam ustazah lagi ye..”

“Tapi ustazah.. saya tak cium tangan ustazah, saya letak kat dahi je..”

Agak kelakar jawapan Danish. Saya hanya tersenyum dan menarik nafas.

“Ye.. ustazah tahu.. tapi ustazah bukan mahram Danish. Tak boleh bersentuhan kulit.”

“ooooooo…” Mungkin juga dia baru mengetahui.

“Danish dah matang dan dah balighkan”

“Tak lah ustazah.. saya kecil lagi”

“Ok.. Danish dah tahu nie… nanti tak boleh salam dengan orang lain yang bukan mahram kita ye..”

“Baik.. ustazah.. terima kasih ustazah..”

“Good boy”

Bersambung………..

"Al-Muhasibi : Tiap-tiap sesuatu ada nilainya, nilai manusia ialah akal dan nilai akal ialah sabar."