:: Allahumma solli a'ala Saidina Muhammad

Bercinta hingga ke syurga.. Ameen

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 24, 2010

~Mari BerAMAL~

Ujung minggu nie agak memb*s*nkan. Selalunya ujung minggu saya, saya habiskan dengan melakukan xtvt bersama-sama sahabat-sahabat. Tapi kali ini tidak. Saya cuba mengatur masa saya supaya dapat digunakan dengan sebaiknya. Walaupun keseorangan di rumah sewa (memandangkan housemate saya memang akan pulang ke rumahnya di Puchong setiap ujung minggu) saya punya xtvt 'bebas'.

Saya menulis nie juga sekadar mengisi masa yang terluang, daripada terbazir begitu sahaja.. Sedar tak sedar hari ini sudah 12 Sya'ban. Tinggal 3 hari lagi nisfu Sya'ban.

Alhamdulillah.. kali ini saya tidak terlepas pandang..

Tadi sempat juga saya membelek satu buku nie yang tersimpan rapi di dalam kotak buku-buku saya..

Dalam buku nie ada banyak mengenai solat-solat sunat dan amalan ketika bulan Sya'ban. Kita selalu sangat berbicara mengenai amalan di bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain.

Antara amalan khusus untuk nisfu Sya'ban:

  • >> Solat sunat nisfu Sya'ban selapas solat maghrib.
  • >>Baca Yasin
  • >> Doa nisfu Sya'ban.
  • >> Doa dipanjangkan usia supaya dapat terus beramal dan melakukan ibadah kepadaNYA..
  • >> Minta Allah tetapkan iman dan tambahkan rezeki.


~Selamat Beramal~

Friday, July 23, 2010

Alllahu Akbar…



If you ask me about love


And what i know about it


My answer would be


It’s everything about Allah


The pure love, to our souls


The creator of you and me,the heaven and whole universe


The one that made us whole and free


The guardian of HIS true believers


So when the time is hard


There’s no way to turn


As HE promise HE will always be there


To bless us with HIS love and HIS mercy


Coz, as HE promise HE will always be there


HE’s always watching us, guiding us




So when the time is hard


There’s no way to turn


As HE promise HE will always be there


To bless us with HIS love and HIS mercy


Coz, as HE promise HE will always be there


HE’s always watching us, guiding us


And HE knows what’s in all in our heart



So when you lose your way


To Allah you should turn


As HE promise HE will always be there…



HE bring ourselves from the darkness into the light


Subhanallah praise belongs to YOU for everything


Shouldn’t never feel afraid of anything


As long as we follow HIS guidance all the way


Through the short time we have in this life


Soon it all’ll be over


And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine



So when the time gets hard


There’s no way to turn


As HE promise He will always be there


To bless us with HIS love and HIS mercy


Coz, as HE promise HE will always be there


HE’s always watching us, guiding us


And HE knows what’s in all in our heart



So when you lose your way


To Allah you should turn


As HE promise HE will always be there…



Allahu Akbar…



So when the time gets hard


There’s no way to turn


As HE promise He will always be there


To bless us with HIS love and HIS mercy


Coz, as HE promise HE will always be there


HE’s always watching us, guiding us


And he knows what’s in all in our heart



So when you lose your way


To Allah you should turn


As HE promise HE will always be there…



Allahu Akbar…


video

Tuesday, July 20, 2010

~Diam~

Kadang-kadang, berdiam diri lebih baik untuk memahamkan seseorang dan menenangkan suasana. Tidak semestinya kita perlu sentiasa berusaha memberi penerangan dan penjelasan. Pengalaman membuatkan saya lebih matang. Seiring dengan itu juga, memberi kesedaran pada diri saya tentang peningkatan usia dan hampirnya kita dengan penghujung usia kita. Peningkatan nilai digit pada usia bukan sahaja meningkatkan nilaian kiraan angka tetapi mengurangkan nilaian ‘umur’ kita.

Subahanallah..

Terkadang, saya juga ‘lemas’ dengan sikap anak didik saya. Puas menegur, akhir sekali saya mengambil keputusan mendiamkan diri. Rupanya, diam juga adalah ‘nasihat yang baik’. Lebih fokus di dalam kelas. Kadang-kadang kita juga lebih banyak mempelajari dengan cara begini. Namun ada juga perasaan kasih yang amat kepada anak-anak didik yang sangat memberi perhatian dan menghargai kita ketika sesi pembelajaran (bukan niat hati untuk pilih kasih).

Ya Allah..

Berikanku kefahaman dalam mempelajari dan menyampaikan ilmuMu,

Berikan juga kepada mereka kefahaman dalam menimba ilmuMu.. Ameen.



Jom Layannn... (^_^)


video

Wednesday, July 14, 2010

~Warna-warni kehidupan~

Agak kepenatan seharian di sekolah. Sesi pagi dan petang. Tapi apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan Rasulullah dan sahabat serta pejuang-pejuang agama Allah yang meletakkan dirinya dijalan Allah dengan memegang prinsip ‘kerja-kerja Islam melebihi masa yang ada’. Saya kagum dengan penggerak-penggerak dakwah yang tidak kenal erti lelah. Siang gigih bekerja, malam juga rancak meneruskan misi dakwah dan tarbiyah. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan kepada diri ini untuk menjadi seperti itu.

Pening juga kepala nak memahami perangai manusia yang pelbagai. Saya yakin, ini adalah tarbiyah buat diri saya yang Allah takdirkan untuk saya. Mudah-mudahan segala yang saya hadapi di saat ini dan masa akan datang, dapat menyingkap tabirNYA. Agar saya lebih mengenaliNYA, dapat mencintaiNYA dan dapat mengakhiri kembara dibumi ini dengan titik nokhtah sebagai ‘husnul khatimah’. Ameen.

Saya masih berfikir mengenai pelajar saya. Biar saya rahsiakan namanya. Terlalu banyak permasalahan yang dihadapinya. Saya agak terkejut dengan persoalan yang diajukan kepada saya.

Tidak seperti hari-hari biasa. Hari ini dia datang awal ke ‘agama room’. Dia orang pertama yang sampai. Terus duduk dan mengajukan soalan dengan muka yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan jawapan daripada saya. “Ustazah.. saya nak Tanya.. saya nie gila ke?”

Masih ingat pertama kali saya memasuki kelas tersebut. Dia seperti dipinggirkan oleh rakan-rakan sekelas.

“D….h kenapa tak duduk sekali dengan kawan-kawan lain?”

“Ustazah, Tanya sendiri kat diorang?” dengan nada yang agak tinggi.

Kelas senyap sahaja tiada jawapan. Dalam hati saya, “herm.. biasala tu budak-budak”.

(Tapi tidak la terlalu ‘budak’. Dah tingkatan satu.)

Belum sempat saya merespon persoalan yang diajukan. Pelajar lain masuk ke kelas.

Dia mengisyaratkan dengan meletakan jari telunjuk ke mulut. Saya mengangguk dan sekadar berkata. “Lepas kelas jumpa ustazah boleh?” Dia menganggukkan kepala.

****

Sebaik sahaja kelas habis.

Saya cuba meletakkan diri saya ditempat dia. Tak pernah melihat air mata dia mengalir. Tambahan dia seorang budak lelaki.

“Saya rasa tertekan ustazah.. mak ayah saya tak sayang saya.. kawan-kawan kata saya gila. Ramai orang kata saya gila.. saya pernah nak bunuh diri.. rasa hidup pun dah tak guna”.

Saya terkejut.

Bila ditanya, boleh baca quran? Dia menggelengkan kepala. Ada keset atau CD bacaan quran. Dia juga menggelengkan kepala.

“Awak rasa jiwa awak kosong ke?” Dia menganggukkan kepala.

Saya menghelakan nafas. Saya hanya mampu memberi nasihat. Sekadar susunan kata-kata biasa yang keluar dari mulut saya untuk menguatkan semangatnya. Hanya Allah sahaja yang layak memberi kekuatan kepada dia dan memberi jalan keluar ke atas kekusutan yang melanda dirinya.

“D…h, kena kuat.. mintak kekuatan daripada Allah. Ustazah ajar satu perkataan nie.. bila rasa lemah sebut selalu.. ya qawi.. nama Allah nie.. bila rasa kosong, lemah.. sebut banyak-banyak dan ingat Allah ye” Dia hanya mengangguk-angguk, mukanya tunduk menahan tangisan .Mulutnya cuba untuk menyebut dan mengulangi perkataan ‘ya qawi’.

Tersentuh hati saya melihatnya. Hanya itu yang mampu setakat ini untuk saya lakukan.

****

Balik sahaja ke rumah..

Saya masih berfikir. Kita kadang-kadang ada juga diuji sebegitu. Tapi, penawarnya, bila solat, baca quran.. akan mengembalikan kembali ketenangan jiwa. Tapi dia bagaimana?

Alhamdulillah. Allah menghidupkan kita dalam nikmat sebegini. Tidak semua manusia menerima ‘habuan’ yang sama dengan kita….. Kita diuji dan mereka juga diuji. Kita mentarbiyah mereka dan kita ditarbiyah.. Subahanallah..

~Koreksi diri~ banyakkan bersyukur

Thursday, July 1, 2010

~Soalan Tin Tong~

Agak kerap ye kebelakangan ini saya meng “update” blog. Terasa banyak masa terluang di pagi-pagi hari sebaik sahaja sampai ke tempat kerja. Bertolak seawal jam 6.30 pagi, tiba dalam sekitar jam 6.40 pagi. Jadi saya punya banyak masa untuk melakukan pelbagai aktiviti ‘bebas’ saya, sementara menunggu jam 8.00 pagi. Saya mencuri sedikit masa sebelum sesi p&p bermula untuk berkongsi pengalaman. Barangkali, saya dan pembaca dapat manfaat daripadanya (harap-harapnya begitu).

Sonia sayang..

“Ustazah apa yang di maksudkan dengan pengabdian? Saya kurang faham”. Soal Sonia dengan nada sebagaimana orang ‘putih’ berbahasa melayu. Al-maklum, mereka lebih selesa berbahasa asing di sini. Kadang-kadang saya yang merasai seolah-olah berada di Negara orang lain. Pernah pelajar saya minta saya jelaskan maksud perkataan ‘merepek’.

“Erm.. pengabdian diri kepada Allah, melakukan segala-galanya kerana Allah. ‘Abdi’ bukan sahaja dalam bentuk ibadah ritual.. tapi segala perbuatan yang baik pun boleh membawa kita kepada pengabdian diri kepada Allah.. Kita lakukan apa yang Allah suka.. buat sesuatu sebab Allah suka perbuatan tu.. Contohnya bersedekah kerana Allah, menghormati sahabat, guru dan orang lain kerana Allah, melakukan ibadah korban kerana Allah dan lain-lain…”.

“Sonia faham?” Sonia hanya sekadar mengangguk-anggukkan kepalanya. Tanda faham (harapnya begitu).

Athirah sayang..

Memandang dirinya.. membawa kesayuan di hati saya. Dia pelajar yang baik. Rajin bertanyakan soalan. Personaliti menarik. Cuma kadang-kadang persoalan yang diajukan seolah-olah terlalu meragui.

Saya menjelaskan mengenai liwat dan musahaqah (hubungan lelaki dengan lelaki dan hubungan perempuan dengan perempuan).

“Tapi ustazah, kita tak boleh salahkan mereka yang berperasaan macam tu. Sebab tu perasaan yang tak boleh dipaksa. Takkan kita nak hukum pula mereka..”

“Ye.. ustazah faham. Sebab tu, kita kena faham bahawa agama adalah nasihat. Ok.. ustazah ibaratkannya seperti undang-undang sivil (walaupun hakikatnya tak sama). (Saya analogikan sebegini) Kita adalah pelakunya. Kita punya pilihan untuk lakukan kesalahan ataupun tidak. Tapi bila kita lakukan kesalahan kita akan di kenakan hukuman ataupun denda. Begitu juga dengan syariat Allah. Allah memberi pilihan untuk kita pilih mana-mana ‘jalan’. Maka kita yang akan menerima kesan, hukuman dan akibatnya. Tetapi sebelum itu, Islam terlebih dahulu mendidik dan menasihati kita supaya kita berwaspada dan tidak terjebak dengan kesalahan tersebut…...”

“Ustazah.. kita sebagai muslim wajib tutup aurat.. tapi kalau yang non-muslim tak tutup aurat.. jadi sama juga, lelaki tetap boleh melihat aurat wanita?” Soal Athirah lagi.

Saya yakin, soalan Athirah ini adalah disebabkan dia ingin tahu yang mendalam, dan lontaran soalannya dilihat agak bersungguh-sungguh (melihat perwatakan dia yang amat memberi tumpuan di dalam kelas walaupunn dia berskirt paras lutut). Saya tidak menjatuhkan terus ‘hukuman’ ke atasnya. Kerana saya masih ingat intipati usrah di kampus, kita adalah daei’ bukan penghukum.

Saya tayangkan video untuk tontonan mereka dan saya membuat analogi lagi. Kebanyakkan jawaban saya lebih kepada aqli (logik akal) kerana melihat pada kondisi anak-anak didik saya..

video

“Ok.. sama macam mana yang ustazah jelaskan tadi.. Kita yang memilih. Kita yang membuat pilihan ye.. Apa yang ditetapkan oleh Allah, wajib kepada kita yang bergelar muslim. Ia bukan satu kewajipan yang perlu dilakukan oleh non-muslim. Kerana mereka tidak tergolong dikalangan muslim. Islam mengajar kia tentang adab, mengajar kita supaya menjaga pandangan, tidak memandang kepada yang haram…”

Agak bingung juga saya. Macam mana nak bagi mereka merasai apa yang kita rasa. Rasa aman, rasa nikmat hidup dalam syariatNya, terhindar daripada fitnah, selamat. Bila menutup aurat, berhijab kita akan rasa aman dan terselamat daripada gangguan jahat.

*******

“Ustazah, arak bila dituang pada daging.. n then kita bakar.. arak tu hilang.. kita boleh la makan daging tu kan?”

Anak-anakku.. (walaupun saya masih muda)..

“Ustazah dah kawen?” Soal pelajar saya.

“Tak lagi..”

“Kenapa ustazah cakap anak-anak ustazah?”

Geli hati saya mendengar persoalan tersebut.

“Yela.. kamu semua niekan anak-anak ustazah”

Mereka ketawa mendengar jawapan saya..

“Arak tu tentu sahaja akan meresap di dalam daging tersebut, walaupun terbakar, tetap ada meninggalkan sisa alcohol pada daging.. So.. tak boleh..”

“Tapi ustazah.. kalau ayah sendiri yang ajak minum..”

“Kita belajar agama untuk di amalkan..bukan sekadar tahu.. lepas tu buat tak tahu ye..”

Saya menjawab persoalan-persoalan mereka berdasarkan ilmu yang saya ada dan kefahaman saya. Dakwah dan tarbiyah. Mentarbiyah dan ditarbiyyah. Saya alu-alukan kepada sesiapa sahaja yang ingin membantu, tahu dan boleh memberi penerangan yang lebih simple serta mudah untuk difahami oleh ‘anak-anak’ saya ini.. =)

"Al-Muhasibi : Tiap-tiap sesuatu ada nilainya, nilai manusia ialah akal dan nilai akal ialah sabar."