:: Allahumma solli a'ala Saidina Muhammad

Bercinta hingga ke syurga.. Ameen

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 1, 2010

~Soalan Tin Tong~

Agak kerap ye kebelakangan ini saya meng “update” blog. Terasa banyak masa terluang di pagi-pagi hari sebaik sahaja sampai ke tempat kerja. Bertolak seawal jam 6.30 pagi, tiba dalam sekitar jam 6.40 pagi. Jadi saya punya banyak masa untuk melakukan pelbagai aktiviti ‘bebas’ saya, sementara menunggu jam 8.00 pagi. Saya mencuri sedikit masa sebelum sesi p&p bermula untuk berkongsi pengalaman. Barangkali, saya dan pembaca dapat manfaat daripadanya (harap-harapnya begitu).

Sonia sayang..

“Ustazah apa yang di maksudkan dengan pengabdian? Saya kurang faham”. Soal Sonia dengan nada sebagaimana orang ‘putih’ berbahasa melayu. Al-maklum, mereka lebih selesa berbahasa asing di sini. Kadang-kadang saya yang merasai seolah-olah berada di Negara orang lain. Pernah pelajar saya minta saya jelaskan maksud perkataan ‘merepek’.

“Erm.. pengabdian diri kepada Allah, melakukan segala-galanya kerana Allah. ‘Abdi’ bukan sahaja dalam bentuk ibadah ritual.. tapi segala perbuatan yang baik pun boleh membawa kita kepada pengabdian diri kepada Allah.. Kita lakukan apa yang Allah suka.. buat sesuatu sebab Allah suka perbuatan tu.. Contohnya bersedekah kerana Allah, menghormati sahabat, guru dan orang lain kerana Allah, melakukan ibadah korban kerana Allah dan lain-lain…”.

“Sonia faham?” Sonia hanya sekadar mengangguk-anggukkan kepalanya. Tanda faham (harapnya begitu).

Athirah sayang..

Memandang dirinya.. membawa kesayuan di hati saya. Dia pelajar yang baik. Rajin bertanyakan soalan. Personaliti menarik. Cuma kadang-kadang persoalan yang diajukan seolah-olah terlalu meragui.

Saya menjelaskan mengenai liwat dan musahaqah (hubungan lelaki dengan lelaki dan hubungan perempuan dengan perempuan).

“Tapi ustazah, kita tak boleh salahkan mereka yang berperasaan macam tu. Sebab tu perasaan yang tak boleh dipaksa. Takkan kita nak hukum pula mereka..”

“Ye.. ustazah faham. Sebab tu, kita kena faham bahawa agama adalah nasihat. Ok.. ustazah ibaratkannya seperti undang-undang sivil (walaupun hakikatnya tak sama). (Saya analogikan sebegini) Kita adalah pelakunya. Kita punya pilihan untuk lakukan kesalahan ataupun tidak. Tapi bila kita lakukan kesalahan kita akan di kenakan hukuman ataupun denda. Begitu juga dengan syariat Allah. Allah memberi pilihan untuk kita pilih mana-mana ‘jalan’. Maka kita yang akan menerima kesan, hukuman dan akibatnya. Tetapi sebelum itu, Islam terlebih dahulu mendidik dan menasihati kita supaya kita berwaspada dan tidak terjebak dengan kesalahan tersebut…...”

“Ustazah.. kita sebagai muslim wajib tutup aurat.. tapi kalau yang non-muslim tak tutup aurat.. jadi sama juga, lelaki tetap boleh melihat aurat wanita?” Soal Athirah lagi.

Saya yakin, soalan Athirah ini adalah disebabkan dia ingin tahu yang mendalam, dan lontaran soalannya dilihat agak bersungguh-sungguh (melihat perwatakan dia yang amat memberi tumpuan di dalam kelas walaupunn dia berskirt paras lutut). Saya tidak menjatuhkan terus ‘hukuman’ ke atasnya. Kerana saya masih ingat intipati usrah di kampus, kita adalah daei’ bukan penghukum.

Saya tayangkan video untuk tontonan mereka dan saya membuat analogi lagi. Kebanyakkan jawaban saya lebih kepada aqli (logik akal) kerana melihat pada kondisi anak-anak didik saya..

“Ok.. sama macam mana yang ustazah jelaskan tadi.. Kita yang memilih. Kita yang membuat pilihan ye.. Apa yang ditetapkan oleh Allah, wajib kepada kita yang bergelar muslim. Ia bukan satu kewajipan yang perlu dilakukan oleh non-muslim. Kerana mereka tidak tergolong dikalangan muslim. Islam mengajar kia tentang adab, mengajar kita supaya menjaga pandangan, tidak memandang kepada yang haram…”

Agak bingung juga saya. Macam mana nak bagi mereka merasai apa yang kita rasa. Rasa aman, rasa nikmat hidup dalam syariatNya, terhindar daripada fitnah, selamat. Bila menutup aurat, berhijab kita akan rasa aman dan terselamat daripada gangguan jahat.

*******

“Ustazah, arak bila dituang pada daging.. n then kita bakar.. arak tu hilang.. kita boleh la makan daging tu kan?”

Anak-anakku.. (walaupun saya masih muda)..

“Ustazah dah kawen?” Soal pelajar saya.

“Tak lagi..”

“Kenapa ustazah cakap anak-anak ustazah?”

Geli hati saya mendengar persoalan tersebut.

“Yela.. kamu semua niekan anak-anak ustazah”

Mereka ketawa mendengar jawapan saya..

“Arak tu tentu sahaja akan meresap di dalam daging tersebut, walaupun terbakar, tetap ada meninggalkan sisa alcohol pada daging.. So.. tak boleh..”

“Tapi ustazah.. kalau ayah sendiri yang ajak minum..”

“Kita belajar agama untuk di amalkan..bukan sekadar tahu.. lepas tu buat tak tahu ye..”

Saya menjawab persoalan-persoalan mereka berdasarkan ilmu yang saya ada dan kefahaman saya. Dakwah dan tarbiyah. Mentarbiyah dan ditarbiyyah. Saya alu-alukan kepada sesiapa sahaja yang ingin membantu, tahu dan boleh memberi penerangan yang lebih simple serta mudah untuk difahami oleh ‘anak-anak’ saya ini.. =)

No comments:

"Al-Muhasibi : Tiap-tiap sesuatu ada nilainya, nilai manusia ialah akal dan nilai akal ialah sabar."