:: Allahumma solli a'ala Saidina Muhammad

Bercinta hingga ke syurga.. Ameen

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 14, 2008

Berkorban @ terkorban??

Pagi-pagi lagi mak dah siap-siap mandi dan mengemas rumah.. “nak pegi sembahyang raya” kata mak.. Penulis tersenyum.. Lantas membuka almari mencapai baju yang baru siap dijahit oleh angah sehari sebelum raya..

Penulis berjalan kaki bersama mak menuju ke masjid.. Hanya terletak selang beberapa buah rumah dari rumah penulis. Shahdu rasa hati melihat manusia berbondog-bondong menuju ke masjid.. Subahanallah.. terlintas dibenak fikiran penulis, tentunya tidak terkira ramainya umat manusia tatkala dihitung segala amalan kita diperhimpunan di padang masyar kelak.. yang pasti lebih ramai jumlahnya daripada jumlah muslim yang ingin menunaikan solat hari raya ini..

Mendengar khatib membaca khutbah hari raya.. Membicarakan soal pengorbanan, korban yang dilakukan oleh Habil dan Qabil (anak-anak nabi Adam) sewaktu mempersembahkan korban mereka kepada Allah. Jelas menunjukkan Allah hanya menerima korban dari kalangan hambanya yang bertaqwa..
video
“..Korbankanlah diri untuk kepentingan Islam.. Jangan mengorbankan Islam untuk kepentingan peribadi..” Antara kata-kata khatib yang masih terasa terngiang-ngiang lagi ditelinga penulis.. “..berapa banyak sudah darah-darah korban (haiwan) sudah tumpah dibumi kita ini.. tetapi mengapa umat Islam tidak mengambil iktibar daripada sambutan ini.. umat Islam dalam jumlah yang ramai, masih dalam keadaan lemah. Adakah kita hanya akan berterusan begini dan akan membiarkan musuh Allah mengatur strategi, mengatur kehidupan kita..”

“..sifat wahan adalah antara punca kurangnya pengorbanan umat Islam terhadap agamanya.. iaitu sifat cintakan dunia dan takutkan mati..” Tatkala mendengar kata-kata khatib ini, teringat penulis mengenai sifat wahan. Penulis pernah terbaca artikel mengenai sifat wahan.. Manusia yang matlamatnya adalah dunia akan dibelenggu dengan sifat-sifat mazmumah lain seperti tamak, rakus, dengki dan lain-lain.. Lupa pada pembalasan tuhan, takut dan benci pada kematian serta tidak menyediakan bekalan untuk ke negeri abadi.. Astaghfirullahalazim.. Dalam memperkatakan soal ini.. Penulis lebih suka kita sama-sama mengkoreksi diri.. Agaknya dimana kedudukan kita???

Ya Allah…
Aku memerlukan kekuatan daripadaMu…
Untuk aku terus menerus melakuka
n pengislahan dalam diriku ini..
Setelah Kau berikan hidayah kepadaku…
Kau perkukuhkanlah keimananku dan ketaqwaanku kepadaMu ..
Jangan Kau palingkan
ku kelembah kehinaan..
Aku sangat takut dan
khuatir di penghujung hayat ku…
Aku dalam kemurkaanMu…Nauzub
illah ya Allah..

Terus menerus ya Allah berikan hidayahMu kepada ku…
Rahmatilah hidupku…

Terimalah taubat ku atas segala dosa-dosaku…
AKU MENGHARAP DAN BERSERAH KEPADAMU YA ALLAH…

Berkorban demi “hub al-a’la”, yakin dengan janjiNya. Persiapkanlah diri kita untuk sama-sama berkorban dan memperjuangkan agamaNya walau berada di lapangan mana sekalipun, walau dalam apa jua keadaan kita, walau bagaimana metod dan caranya, asal mengikut ketetapan dan batasanNya. Berkorban atau terkorban?? fikir-fikirkanlah..

**Buat pertama kalinya penulis menunaikan solat aidiladha.. terasa rindu untuk melakukan buat kali seterusnya pada masa-masa akan datang..

Monday, December 1, 2008

Hati...



Hati.. Segala-galanya bermula daripada hati.. di sini lah bermula niat baik atau buruk. Setiap perbuatan dan tingkah laku adalah berdasarkan apa yang diniatkan. Benarlah sabda nabi : "innamal a'maalu bilniat".

Mendidik hati... bagaimana ingin mendidik hati? Dari hatilah akan melahirkan sebenar-benar cinta iaitu cinta pada Allah dan Rasul.. Mengimbau kisah silam penulis, ibarat dihidupkan semula setelah diberi sedikit kefahaman tentang addin tercinta "ISLAM". Syukur.. Alhamdulillah. Masih ramai lagi sahabat-sahabat di luar yang ketandusan ilmu agama. Penulis amat bersykur dengan kurnian yang Allah berikan. Cuma kadang-kadang, untuk memelihara hati amat susah ibarat mengendong air ditapak tangan, sekiranya dibuka sedikit jari jemari maka, akan bercucuran air akan keluar dari celahan jari. Hati... di sinilah letaknya perasaan hasad dengki, dendam kesumat, amarah dan di sini jualah letaknya kasih sayang, cinta, simpati dan segala macam perasaan yang sinonim dengan diri insan yang bergelar manusia.

Memelihara kesucian hati... Bagaimana ingin memelihara kesucian hati? Hati mudah dicemari sekiranya tidak ada pemurnian. Mana mungkin hati yang kotor boleh menonjolkan sifat mahmudah... Selaku insan biasa, kita mudah dipengaruhi dengan keadaan sekeliling, masa dan situasi. Hanya Allah selayaknya untuk kita sandarkan setiap sesuatu... "Ya Muqallibal qulub thabbit qulubana ala dinik..." AMIN..

Thursday, October 30, 2008

10 PESANAN IMAM SYAFEI'


Sebelum Imam Syafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut yang harus kita hayati: " Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:


1. HAK KEPADA DIRI: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT: mengqada’kan kewajipan2 yg tertinggal, mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH .


3. HAK KEPADA KUBUR: membuang tabiat suka mnabur fitnah, tabiat kencing merata-ratamemperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.


4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.


5. HAK KEPADA MIZAN(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.


6. HAK KEPADA SIRAT(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.


7. HAK KEPADA MALIK(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.


8. HAK KEPADA RIDZUAN(malaikat penjaga syurga): merasa redha kapada qadha' ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat.


9. HAK KEPADA NABI MUHAMMAD SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kapada al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari ALLAH.


10. HAK KEPADA ALLAH SWT: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Wednesday, October 29, 2008

#BAHAYA DOSA PADA HATI#



*Tertegah daripada ilmu


*Rezeki tak lancar


*Keterasingan dengan Allah


*Keterasingan dengan manusia


*Allah akan mempersulitkan urusan


*Kegelapan dalam hati


*Maksiat akan melemahkan kekuatan hati


*Malas melakukan amal ibadah


*Menghapuskan keberkatan umur


*Menambah benih dosa lain


*Kehinaan dihadapan Allah


*Merosakkan akal


*Menutup hati


pandangan mata selalu menipu, pandangan aqal selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hati itu YANG HAKIKI bila hati itu bersih...

Sunday, September 14, 2008

Salam Ramadhan dan Salam Aidil Fitri

Salam Ramadhan. Semoga ramadhan kali ini benar-benar menjadi madrasah tarbiyah buat diri kita. Sepertimana yang kita ketahui keislaman seseorang yang mengucap syahadah sebagai penyaksian terhadap pegangan kepada aqidah yang satu ini dimanefestasikan dengan amal perbuatan. Berusahalah kita untuk mempertingkatkan tahap keimanan kita. Adakah cukup bagi kita sekadar bergelar muslim yang hanya sekadar menjalankan kewajipan bukan atas kesedaran sebagai tuntutan Islam. Kita perlu tahu bahawa peringkat-peringkat bagi individu yang berpegang pada aqidah yang satu ini :

1)Muslim
2)Mukmin
3)Mutaqin
4)Mukhlisin

Sama-sama kita mengkoreksi diri sendiri dimanakah kita berada. Sematkan dalam diri, moga medan tarbiyah kali ini memberi seribu satu 'mutiara ' yang tak ternilai dan menjadi saham diakhirat kelak. Pentingnya kita membangunkan jiwa yang lesu dengan siraman keimanan yang sebenar kepada Allah swt beserta kefahaman terhadap tuntutan agama. Moga segala gerak geri, tingkah laku, perbuatan kita dalam petunjuk dan hidayah daripadNya.

Jadikan syawal yang bakal tiba sebagai hari kemenangan bagi kita yang berjaya mempertingkatkan amalan dan berjaya melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik.

Aku rindukan Rahmat dan Kasih sayangMu,
Moga disini aku kan peroleh limpah kurniaanMu yang tidak terhingga,
Meniti jalan dakwah,
Mengharungi jalan penuh mehnah,
Asam garam seorang pejuang,
Menitip jalan…menyusuli jalan para syuhada’,

Sungguh Ya Allah…
Aku amat-amat bersyukur ketika dan saat ini….
Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…

Sunday, August 31, 2008

JUADAH SEMPENA RAMADHAN =)

Salam Ramadhan.. nei resepi best dari kak sarah sempena ramadhan...memang best..... tq kak sarah..=)



AIR ASAM MANGGA HAMIDAH( Untuk IKAN PARI BAKAR )


Bahan-bahan
1 biji mangga muda [parut]5 tangkai cili merah10 tangkai ciliapi4 cm belacan1/2 cawan air asam jawa
Cara Memasak
1. Masukkan semua bahan kecuali mangga dalam blender dan mesinkan sekejpa.2. Masukkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan mangga muda.3. Hidangkan dengan ikan bakar.




IKAN BAKAR TOMYAM HAMIDAH


Bahan-bahan
2 ekor ikan selardaun limau purutjus limau nipis atau kasturialuminium foilBahan Mesin3 biji cili merah5 biji ciliapi3 tangkai serai1 biji tomatogaram
Cara Memasak
1. Gaulkan semua bahan mesin dan letakkan dalam aluminium foil.2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Bungkus kemas.3. Bakar diatas dapur atau dalam oven suhu 200'C selama 20 minit.4. Perahkan limau semasa menghidang.



IKAN 3 RASA HAMIDAH

Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal atau siakap [bersihkan dan kelar kedua belah badan]Tepung jagung [untuk salut ikan]1 labu bawang besar ] mayang2 ulas bawang putih ]1 s/b haliaMinyak untuk goring ikanBahan Sos½ cawan sos toamto3 s/b sos cili3 s/b sos tiram3 s/b air1 s/k gulaBahan Hiasan1 pokok daun bawang [potong 3 – 4 cm]2 biji cili merah ]2 biji cili hijau ] mayang2 biji buah tomato [belah 4
Cara Memasak
1. Sapukan tepung jagung disekeliling ikan.2. Gorengkan ikan dalam minyak yg banyak sehingga masak dn kuning keeemasan. Angkat dan letakkan dalam pingan hidangan.3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 s/b minyak untuk tumis bahan sos sehingga wangi.4. Kacau rata sehingga mendideh. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.5. Curahkan kuah sos keatas ikan didalam pinggan hidangan.



HATI GORENG BEREMPAH HAMIDAH


Bahan-bahan
300 gm hati lembu [ potong kecil & nipis]2 biji bawang besar - dihiris bulat22 biji tomato buah [belah 43 biji lada hijau [potong 2 serung]5 urat kacang panjang [potong pendek]kobis bulat [potong kasar]daun kariminyakgaramBahan mesin3 cm halia5 ulas bawang merah3 ulas bawang putih2 s/b rempah kari daging1 s/b jintan manis
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan daun kari . Masukkan bahan mesin dan kacau sehingga naik minyak.2. Masukkan hati lembu.. Kacau sebati dan biarkan reneh sehingga naik minyak.3. Masukkan kacang panjang dan kobis.4. Masukkan bawang hiris, lada hijau, tomato dan garam.5. Kacau lagi dan biarkan naik minyak semula.6. Hidangkan dengan nasi atau roti.NOTA:sesuai untuk masakan orang semasa mengandung dan juga dalam pantang melahirkan anak..



DAGING GORENG LADA HITAM HAMIDAH


Bahan-bahan
500 gm daging lembu [potong kecil dan nipis]2 s/b kicap pekat2 s/b tepung jagung ] bancuh1 cawan air ]2 s/b lada hitam [tumbuk]3 s/b minyak untuk menumisgaram secukup rasa...bahan tumis [mayangkan/hiriskan ]5 ulas bawang merah/kecil2 ulas bawang putih1 inci halia1 labu bawang besarbahan hiasan2 tangkai daun sup ]2 tangkai daun bawang ]potong 1 inci1 biji tomato [belah 6]2 biji cili merah2 biji cili hijau
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.2. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.3. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat.4. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.5. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.



SUP TULANG ALA MAMAK HAMIDAH


Bahan-bahan
1 kg tulang2 s/b minyak makan3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]4 biji kentang [belah 4]1 batang carrot [potong kecil]1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]1 batang serai [ketuk]2 biji tomato [belah 4]garambawang gorengair secukupnyaBahan tumbuk7 ulas bawang merah3 ulas bawang putih3 sm halia1 s/k lada hitamBahan rempah tumis1 inci kulit kayu manis2 kuntum bunga lawang5 kuntum bunga cengkih2 biji buak pelaga
Cara Memasak
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.4. Rebuskan sehingga daging di ulang betul-betul lembut.5. Masukkan kentang, carrot, air dan garam. Biarkan mendideh.6. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.7. Tutup api dan masukkan tomato.8. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang


RENDANG TOK HAMIDAH


Bahan-bahan
1 kg daging [potong sebesar 3 inci]2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]1/2 cawan kerisik1/2 biji kelapa [dipotong nipis] >> kakliza x masukkan sebab anak2 tak suka..3 s/b gula merah3 keping asam kepingDaun kunyit [koyakkan]garamBahan mesin2 s/b ketumbar1 s/b jintan manis1 s/b jintan putih1 s/b lada hitam3 kuntum bunga lawang5 kuntum bunga cengkih25 biji cili kering20 biji bawang merah5 cm halia5 batang serai3 cm lengkuas
Cara Memasak
1. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping dalam kuali.2. Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak.3. Bila telah pekat masukkan daun kunyit, asam keping dan kerisik. Kacau rata.4. Masakkan lagi sehinggan naik minyak dan cukup pekat. [sebaiknya keringkan sikit rendang ni]5. Hidangkan.



DAGING MASAM MANIS HAMIDAH


Bahan-bahan
500 daging [hiris nipis]5 s/b sos tomato5 s/b sos cilikunyitgaramminyakBahan Hiris1 labu bawang besar3 ulas bawang putih3 cm halia2 biji cili merah2 biji cili hijau
Cara Memasak
1. Perapkan daging dengan sedikit garam dan kunyit sebentar.2. Panaskan minyak dan masukkan daging.Goreng sehingga lembut.3. Masukkan sos tomato dan sos cili.4. Masukkan pula bahan hiris. Kacau dan gaul sebati.5. Angkat dan hidangkan.


RENDANG SOTONG HAMIDAH


Bahan-bahan
500 gm sotong sederhana1 biji kelapa2 s/b kerisikdaun limau purutdaun kunyit [jika suka]garamgulaminyakBahan mesin20 tangkai cili kering10 biji bawang merah3 ulas bawang putih3 batang serai3 sm lengkuas3 sm halia2 sm kunyit hidup
Cara Memasak
1. Bersihkan sotong.Buangkan kulitnya dan basuh. Toskan kering.2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan emsin sehingga naik minyak3. amsukkan santan, kerisek, daun limau dan daun kunyit.4. Kacau sekali sekala dan biarkan sampai naik minyak dan pekat dan agak kering.5. Masukkan sotong dan janggutnya [kepalanya]. Rasakan garam dan masukkan sedikit gula.6. Masakkan sekejap dan biarkan sampai naik minyak . Jangan terlalu lama nanti sotong akan liat.7. Angkat dan hidangkan.


SAMBAL UDANG & PETAI HAMIDAH


Bahan-bahan
500 gm udang [buangkan kulit dan bersihkan]30 biji buah petai1 labu bawang besar [potong gelang]½ cawan jus asam jawa3 s/b sos tomatoMinyakGaramGulaBahan Mesin20 tangkai cili kering10 biji bawang merah2 ulas bawang putih
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak.2. Masukkan jus asam jawa dan sos tomato. Kacau rata dn biarkan sehingga naik minyak.3. Masukkan udang, petai , bawang besar dan garam serta sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api kecil.4. Bila dah nampak pekat boleh tutup api dan masukkan dalam mangkuk hidangan.


SWEET-SOUR KETAM HAMIDAH


Bahan-bahan
4 ekor ketam [potong 2 dan bersihkan]3 s/b minyak masak3 s/besar sos cili6 s/b sos tomato1 cawan air1 s/k garam1 s/b gula1/2 cawan nenas - jika suka [dipotong dadu]2 biji tomato [dibelah]1 biji telur [pukul sikit]1 pokok daun bawang [mayang 1 inci]Bahan hiris2 ulas bawang putih1 labu bawang besar
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.2. Masukkan air, sos cili, sos tomato dan ketam. Biarkan mendideh.3. Masukkan garam dan gula sedikit.4. Masukkan telur dan kacau sikit. Biarkan mendideh.5. Masukkan buah tomato dan nenas dan kacau rata.6. Bila dah nampak pekat masukkan daun bawang dan angkat.7. Masukkan dalam pinggan besar..
~ SELAMAT MENCUBA ~


















Friday, August 22, 2008

Antara rahmat dan ujian..

Ya Allah...
Sujudku syukurku hanya pada Mu...
Acapkali Kau warnai kehidupanku dengan rahmat dan ujianMu...

Aku tidak terdaya mengharungi ujianMu...
Tanpa bimbingan dariMu...
Tanpa petunjuk hidayahMu...

Ya HANAN...
Ya MANAN...
Ya Rahman ya Rahim...
Aku mengharap kepadaMu...
Permudahkanlah segala urusanku...

Saturday, May 17, 2008

WANITA OH WANITA



Kurniaan sifat malu pada wanita


“Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki…”

Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan2 raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana2 ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;
“Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifa malu.” (Hadith riwayat Bauhaqi).
Wanita walau apa pun yg dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi dilihat menggoda, dan pelbagai lagi menarik perhatian.

Oleh sebab itu Allah swt mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau2 ada orang yg akan nampak, hendak mendedahkan aurat dia takut kalau orang mengganggunya dan hendak berjalan seorang dia takut kalau ada orang mengusiknya. Begitulah peranan malu yg boleh membantu dlm tindak tanduk seorang wanita. Tetapi kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tidak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka merasa senang, seronok dan bahagia apabila dlm keadaan sebegitu.

Dalam sebuh hadith riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;
“Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu.” Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yg mulia dan budi pekerti yg terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat, malah neraca akal pun sudah mengakui malu sebagai satu sifat yg perlu ada dlm diri manusia. Barangkali wanita hari ini kebanyakannya tidak tahu malu atau kurang malu. Atas sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat. Atau barangkali sifat malu yg dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian bererti kurangnya iman di dada mereka. Jelasnya mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah, dan idak cintakan syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yg bakal Allah timpakan ke atas mereka.
Disebabkan kurangnya iman di dada, maka sifat malu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yg tidak boleh dinafikan, buktinya boleh diliha dimana2 sahaja. Melalui media cetak, media elektronik dan bahkan dihadapan mata kita sendiri pelbagai ragam kemungkaran berlaku tidak terkecuali dilakukan oleh wanita. Sayang…wanita yg sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki, menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malu tidak berfungsi sepenuhnya.Tetapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya, tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yg selalu menimpa kaum wanita.

Sesungguhnya setiap insan itu pasti melakukan kesalahan…dan sebaik2 manusia yg melakukan kesalahan adalah mereka yg bertaubat.

Wednesday, March 26, 2008

HAKIKAT SEBENAR...

PENAFSIRAN KITAB TAFSIR ZAMAN TERKEMUDIAN
(TAFSIR AL-AZHAR OLEH PROF. DR HAMKA)
Maksudnya: Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku redhai Islam itu agama bagimu (al-Maidah: 3).

Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu.
Ayat ini mengambarkan berkenaan dengan tuntutan aqidah, cara ibadah, menegakkan syariat, muamalat dan jinayat, semuanya telah cukup lengkap. Tidak akan ada lagi penambahan lagi. Nabi Muhammad adalah nabi yang terakhir, tidak akan ada nabi sesudahnya kerana agama Islam telah cukup sempurna buat seluruh manusia (Prof Dr Hamka, 1965).

Dan telah Aku lengkapkan buat kamu nikmat-Ku.
Nikmat telah di lengkapi dengan takluknya seluruh Tanah Arab kedalam kekuasaan Islam, kota Mekah telah bersih daripada berhala, dan setiap tahun umat Islam bebas untuk menjalani ibadah haji manakala Madiah menjadi kota suci yang kedua. Orang musyrik tidak akan lagi tawaf mengelilingi ka’bah dan nikmat pemeliharaan kota suci ini akan kekal dipelihara Allah selama-lamanya (Prof Dr Hamka, 1965).

Dan telah Aku redhai Islam itu agama bagimu.
Menurut riwayat, setelah mendengar ayat ini Saidina Umar menangis sedangkan umat Islam lain bergembira mendengar berita yang menunjukkan kesempurnaan dakwah Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w dan kaum muslimin. Saidina Umar dapat merasakan akan tiba masanya Rasulullah s.a.w akan pergi menemui Allah kerana tugas dakwah Rasulullah s.a.w telah selesai (Prof Dr Hamka, 1965).

Berdasarkan ayat ini, jelas menunjukkan telah sempurna agama Islam dari segala sudut dan tidak akan berubah syariat Islam hinggalah hari kiamat. Namun bagi perkara yang tidak berkaitan dengan ibadah dan syariat serta tidak ada hukum yang qatei’, kita diberi kelonggaran untuk berfikir atau berijtihad. Namun ijtihad tidak boleh dijadikan sumber yang utama menandingi al-Quran dan al-Hadis. Di dalam Surah Ali Imran ada menyatakan bahawa agama disisi Allah hanyalah Islam. Firman Allah:

Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam. tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al-Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, Karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah Maka Sesungguhnya Allah amat tepat hisab-Nya. (Ali Imran: 3)


(TAFSIR AL-QURANNUL MAJID OLEH TENGKU MUHAMMAD HASDI)

Maksudnya: Pada hari Ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku redhai Islam itu agama bagimu (al-Maidah: 3).

Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu.
Pada hari ini (masa ini) Allah sempurnakan untukmu agamamu. Allah telah halalkan yang halal dan mengharamkan yang haram, sehingga segala hukum itu telah terang benderang tidak ada lagi sesuatu yang tersembunyi. Dan Allah telah patahkan segala tipu daya musuhmu dan Allah jadikan tanganmulah tangan yang tertinggi.

Dan telah Aku lengkapkan buat kamu nikmat-Ku.
Disamping itu Allah telah sempurnakan nikmatKu, maka segala orang musyrikin tidak lagi melakukan haji bersama kamu. Nikmat Allah ini memang telah disempurnakan, iaitu dengan menawan Mekah dan manusia beramai-ramai masuk ke dalam agama Allah, serta meninggalkan amalan-amalan jahiliyyah.

Dan telah Aku redhai Islam itu agama bagimu.
Allah telah memilih Islam dari berbagai-bagai agama lain (tidak diredhi) untuk menjadi agama yang diredhaiNya. Hanya Islam agama yang diredhai Allah.

HAKIKAT ISLAM

Syahadah memainkan peranan penting dalam menyatakan penyaksian dan pengakuan akan keyakinan dan keimanan terhadap Allah Tuhan sekalian alam. Bertunjangkan keyakinan kepada Allah, seseorang itu akan meyakini perkara-perkara ghaib seperti malaikat, syurga, neraka dan lain-lain. Konsep syahadah ini meliputi penyerahan diri seorang muslim kepada Allah, tunduk dan patuh hanya kepada Allah serta mengakui kebesaranNya. Pengakuan yang timbul dari kesedaran diri bermula dilubuk hati akan melahirkan hakikat keimanan muslim yang sebenar (Prof Dr Hamka, 1976).

Berbalik kepada sejarah awal semenjak zaman nabi Adam hinggalah zaman nabi Muhammad, risalah yang dibawa adalah risalah Islamiyyah. Walaupun berbeza masa, keadaan dan berlainan syariat namun misi yang dibawa adalah sama iaitu Islam. Maksud agama itu sendiri terbahagi kepada dua iaitu, pertama: membersihkan jiwa dan aqal dari kepercayaan karut serta meyakini ada kuasa lain yang berkuasa namun pada hakikatnya tidak mempunyai apa-apa kekuatan (seperti patung, pokok dan lain-lain) kepada kepercayaan hanya kepada Allah, tunduk dan patuh hanya kepadaNya. Kedua: membersihkan hati dan sentiasa berniat ikhlas hanya untuk Allah dalam segala tujuan serta perbuatan. Hal inilah yang akan menjadi menifestasi kepada istilah Islam itu sendiri.
Didalam meguraikan perkara yang tersirat pada kalimah syahadah, kalimah syahadah ini mempunyai penafian dan penthabatan. Penafian ialah menafikan tuhan yang lain selain Allah tidak layak disembah. Penthabatan ataupun bermaksud penetapan didalam syahadah menunjukkan kepada penetapan bahawa hanya Allah tuhan sekalian alam yang wajib disembah (ٲشهد ألا إله إلا الله) (Porf.Dr.Syaikh Abdul Malik Bin Abdul Karim Amrullah,1976)


PENGAJARAN

i Islam adalah agama yang sempurna dan perlu dijadikan cara hidup.
ii Syahadah memainkan peranan penting dalam membentuk keyakinan dan kepatuhan kepada Allah. Jesteru, sebagai seorang muslim perlulah memelihara syahadah supaya tidak terbatal disebabkan oleh perkara-perkara syirik.
iii Asas Islam adalah keimanan kepada Allah, tunjang iman adalah syahadah. Seorang muslim perlu meletakkan Allah yang utama dalam segala hal dan keadaan serta megutamakan pandangan Allah dalam membuat sesuatu keputusan.
iv Hukum-hukum yang qatei’ perlu diterima tanpa ada penolakan, perbalahan dan pertikaian. Manakala dari sudut perkara furu’ yang dibahaskan perlulah dalam keadaan bersederhana dan tidak berdasarkan hawa nafsu serta perlulah saling berlapang dada dengan pendapat setiap pihak selagimana tidak melanggar syariat.
v Islam adalah agama yang syumul, agama yang diredhai Allah serta memberi kebahagiaan dunia dan akhirat bagi mereka yang memahaminya dan mengamalkan ajarannya.


KESIMPULAN

Berpandukan dalil al-Quran yang telah dihuraikan penafsirannya, dapatlah disimpulkan bahawa Islam adalah agama yang bersifat syumuliah. Selain itu, Islam juga mempunyai sifat rabbaniah, waqeiyah, thabat wal murunah, alamiyyah, dan inqilabiyah. Gabungan kesemua sifat-sifat Islam ini menggambarkan keindahan dan kemurniaan ajaran Islam itu sendiri. Oleh itu, kita perlu bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasai nikmat terbesar iaitu iman dan Islam. Hal ini kerana tidak semua manusia yang diberi hidayah untuk merasai nikmat ini. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah, namun kita masih mampu berusaha untuk mendaptkan hidayah Allah.


Kesimpulannya, tegakkanlah Islam dalam diri supaya Islam terus dihormati. Untuk mengembalikan kegemilagan Islam adalah bermula dari individu muslim itu sendiri. Sesungguhnya Islam tidak mempunyai kekurangan dan tidak memerlukan terhdap sesuatu. Allah telah menyatakan tentang kesempurnaan Islam. Namun, kitalah sebagai hamba Allah memerlukan agama sebagai panduan agar kita sentiasa dalam redhaNya.
"Al-Muhasibi : Tiap-tiap sesuatu ada nilainya, nilai manusia ialah akal dan nilai akal ialah sabar."