:: Allahumma solli a'ala Saidina Muhammad

Bercinta hingga ke syurga.. Ameen

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 24, 2009

MENGURUS EMOSI


Daya ketahanan jiwa yang tinggi mampu untuk menguruskan emosi secara profesional. Emosi adalah anugerah Allah kepada hambanya. Nikmat yang diberikan oleh Allah ini perlu disyukuri dan diletakan pada tempat yang sepatutnya.

Teringat pada teman penulis, dia selalu mengadu pada penulis situasinya bila berhadapan dengan masalah dia selalu melarikan diri daripada masalah tersebut. Waktu zaman persekolahan, dia sanggup untuk berpindah sekolah lain dek kerana hendak lari daripada masalah yang dihadapi. Tapi hakikatnya, diri sentiasa diuji.

Tidak Melampau Dalam Mempamerkan Emosi.

Bagaimana contoh daripada insan yang kita cintai, nabi Muhammad saw dalam mendidik kita menguruskan emosi?

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sebenarnya aku ini seorang manusia. Aku marah seperti mana manusia marah” (Hadis Riwayat Muslim dan Anas).

Firman Allah dan Surah al-A'raf ayat 31 yang bermaksud: .."Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau: sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas".

Subahanllah... Segala puji kehadrat Allah, Tuhan sekalian alam.

Indahnya Islam dalam mendidik umatnya mengamalkan ajaran. Rasulullah mengakui di dalam hadisnya di atas tentang dirinya juga seperti manusia lain, mempunyai perasaan dan emosi untuk dilepaskan. Tetapi cantiknya akhlak Rasulullah, sentiasa bersederhana dan hanya meletakkan emosi sedih, suka, duka, marah, gembira baginda pada tempatnya.

Nasihat buat temanku dan terutama buat diriku yang seringkali alpa ini, terkadang diri ini tersasar juga, bila kita tersentak tersedar daripada lamunan dan terkadang lemah terasa tidak mampu untuk bangun untuk melangkah apatah lagi untuk berlari laju meneruskan perjalanan di bumi Allah ini, kita perlu letakkan keyakinan pada Allah. Ada hikmahnya, bersabar dan berdoa.. Ada anugerah yang tidak ternilai yang bakal Allah berikan kepada hambaNya yang redha dengan ujian dan sedikitpun tidak merungut. Jangan mengikut emosi tapi perlu rasional dalam berfikir. Persepsi boleh membawa kepada kebaikan dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kehancuran serta boleh membawa kepada emosi diri dan orang lain tidak stabil. Mengembalikan kemurnian hati dalam berhadapan dengan masalah supaya jalan penyelesaiannya tidak dikesali dan bukan dipengaruhi emosi semata-mata.
::Tazkirah diri::

Wednesday, December 23, 2009

IMANI..

video

Isyrah qalbi bil iman ya Allah...

Sunday, December 20, 2009

Kembali Sujud..



“Allahuakbar.. Allahuakbar…..” Sayup-sayup kedengaran laungan azan. Raudhah terpanggil. Dia kembali meneruskan perjalanannya yang tidak tahu arah tujunya. Dia tercari-cari arah azan tersebut berkumandang. “Itu dia..” getus hatinya.

*****

“Subahanallah..” Kalimah agung memuji Allah.. Raudhah terpegun melihat ramai manusia berbondong-bondong menuju satu tempat dan arah yang sama.. Begitu juga hatinya.. melonjak-lonjak ingin menuju tempat yang sama yang dituju oleh manusia-manusia tadi…

*****

Seusai selesai solat berjamaah.. Raudhah kembali bermuhasabah diri.. Perit, memang perit ujian. Tapi jiwanya terasa tenang setelah mengadu kepada Pemilik jiwa-jiwa, Sebaik Pemberi dan Sebaik-baik Perancang.

Raudhah kembali sujud, kerana dia yakin sebaik-baik tempat pengaduan hanyalah kepada Pemilik yang memberi Ujian. Nikmatnya rasa ujian, baru kini Raudah memahami betapa para sahabat nabi merindui ujian daripada Allah, mereka akan resah bilamana diri tidak diuji, bukan disebabkan terlalu mengharapkan ujian tetapi mengharapkan perhatian daripada Sang Pencipta. Betapa beruntungnya diri yang diuji dengan mehnah dan tribulasi dariNya. Lagi tambah beruntung bagi mereka yang tabah dan redha dengan ujian tersebut.

*****

Munajat penguat rohani, membina jiwa sufi…

*****


Raudhah kembali mengorak langkah dengan yakin, meletakan Allah dihadapan.

"Al-Muhasibi : Tiap-tiap sesuatu ada nilainya, nilai manusia ialah akal dan nilai akal ialah sabar."