:: Allahumma solli a'ala Saidina Muhammad

Bercinta hingga ke syurga.. Ameen

Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 28, 2009

Tenang dan bersemangat..

video

Dendangan oleh al-Afasi..

Baru hari ini penulis`mengetahui, rupa2nya al-Afasi yang membaca al-Quran dengan penuh penghayatan sehingga mengalirkan air mata juga ada juga mengalunkan nasyid-nasyid yang mendidik jiwa.. Subahanallah.. nice =)

Tuesday, September 15, 2009

~BALIK KAMPUNG~
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Khilaf diri ini
Maaf Zahir & Batin
Halalkan segala-galanya

Saturday, September 12, 2009

Dua zaman



Terubat hati yang ketandusan, kesempatan yang ada, Alhamdulillah Allah bagi keringan untuk diri ini menghadirkan diri untuk menyertai usrah bersama-sama sahabat-sahabat ‘seangkatan’. Topik yang agak ‘ringan’ tapi amat terkesan bagi diri ini. ‘Perbezaan ramadhan kali ini dan lepas’ dan sedikit disentuh oleh sahabat-sahabat mengenai lailatulqadar.


Nilaian Ramadhan kali ini dengan yang lepas.

Mengimbau pengalaman berpuasa dan menempuhi ramadhan di zaman sekolah sedikit berbeza di alam kampus yang penuh dengan ‘cabaran’. Kisah yang masih terpahat di dalam memori, masih segar dalam ingatan sewaktu dibangku sekolah, ada sahabat-sahabat yang sanggup mempertahankan 20 rakaat tarawih bilamana diminta hanya melaksanankan 8 rakaat disebabkan untuk memberi keutamaan kepada pelajar yang bakal menempuhi peperiksaan dan masa ‘study’ yang lebih. Mungkin disebabakan roh ramadhan dan keghairahan dalam beramal dan mengejar amalan yang hanya akan hadir setahun sekali. Seawal subuh, berbondong-bondong kelihatan kelibat putih menuju ke musolla ‘Muqarrabin’. Menyembahkan diri kehadrat Sang Pencipta.


Melihat pada suasana dan ‘trend’ kampus, di surau-surau mahupun masjid, hanya 8 rakaat dilaksanakan. Terpulang pada individu untuk men’top up’ selepas itu. Ya nombor bukan menjadi nilaian, yang penting keikhlasan dalam menunaikan ibadah tersebut. Tetapi perbezaan inilah yang menyebabkab diri ini rindukan suasana ramadhan yang lalu.

Yang lepas adalah sejarah , hargai apa yang ada sekarang.

Mungkin kita selalu membandingkan antara yang dahulu dan sekarang, yang lama dan yang baru, meletakan nilaian dan tahap setiap perbandingan. Ia amat berguna sebagai muhasabah, mengambil ibrah dan pengajaran. Tetapi apa yang lebih penting adalah menghargai detik waktu yang berbaki ini untuk melakukan pembaikan dan pengislahan kearah yang lebih baik. Hari demi hari manusia mungkin lupa bahawa sebenarnya kita semakin hampir dengan pengakhiran. Ibarat seorang pengembara yang mengembara menuju ke destinasi, setiap langkahnya menghampirkann lagi dirinya dengan destinasi yang ingin dituju.

“Meletakkan keutaman Jemaah daripada keutamaan peribadi, meletakkan masalah Jemaah sebagai masalah diri yang perlu di selesaikan tetapi masalah peribadi tidak boleh dijadikan sebagai masalah Jemaah.”

Kredit buat sahabat-sahabat yang meletakkan fokus utama sahabat-sahabat seperti kenyataan di atas dan seangkatan dengan ayat seumpama di atas. “Setiap manusia diuji mengikut tahap kemampuan diri”, ayat yang sudah menjadi kebiasaan bagi kita, meredakan keresahan, memberikan kekuatan, motivasi diri dan membina keyakinan untuk terus mengatur langkah mengorak kehadapan dengan penuh yakin. INSYAALLAH.

Ramadhn Dua Zaman-The Zikr

Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza

Ramadhan mereka gembira cemerlang
Mukmin berjasa diawal zaman

Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira pemergianmu

Malam mereka meriah disimbah nur alQuran
Tapi malam kami muram bertemukanmu

Mereka berlumba mengejar makrifat
Tapi kami lesu diburu nafsu

Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan ramadhan

Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga

Wednesday, September 9, 2009

Muhasabah ramadhan

Mari menilai diri..

Adakah ramadhan kali ini lebih bermakna dari yang lepas?

Adakah "aku" akan diberi kesempatan lagi untuk ramadhan yang akan datang?


Sejauh mana penghayatan ramadhanku kali ini?






Perasaan sekarang??




Ramadhan Bulan Berkat ~Hijjaz~
Bulan Ramadhan bulan yang berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yang istimewa
Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dengan bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia
Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa


Dari Aisyah radhiallahu 'anha, ia berkata :"Bila masuk sepuluh (hari terakhir bulan Ramadhan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengencangkan kainnya menjauhkan diri dari menggauli istrinya), menghidupkan malamnya dan membangunkan Keluarganya . " Demikian menurut lafaz Al-Bukhari.

Allah Ta 'ala berfirman :
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) saat Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala uuusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. " (Al-Qadr: 1-5).
::Tarbiyah Ramadhan::

"Al-Muhasibi : Tiap-tiap sesuatu ada nilainya, nilai manusia ialah akal dan nilai akal ialah sabar."