:: Allahumma solli a'ala Saidina Muhammad

Bercinta hingga ke syurga.. Ameen

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 14, 2008

Berkorban @ terkorban??

Pagi-pagi lagi mak dah siap-siap mandi dan mengemas rumah.. “nak pegi sembahyang raya” kata mak.. Penulis tersenyum.. Lantas membuka almari mencapai baju yang baru siap dijahit oleh angah sehari sebelum raya..

Penulis berjalan kaki bersama mak menuju ke masjid.. Hanya terletak selang beberapa buah rumah dari rumah penulis. Shahdu rasa hati melihat manusia berbondog-bondong menuju ke masjid.. Subahanallah.. terlintas dibenak fikiran penulis, tentunya tidak terkira ramainya umat manusia tatkala dihitung segala amalan kita diperhimpunan di padang masyar kelak.. yang pasti lebih ramai jumlahnya daripada jumlah muslim yang ingin menunaikan solat hari raya ini..

Mendengar khatib membaca khutbah hari raya.. Membicarakan soal pengorbanan, korban yang dilakukan oleh Habil dan Qabil (anak-anak nabi Adam) sewaktu mempersembahkan korban mereka kepada Allah. Jelas menunjukkan Allah hanya menerima korban dari kalangan hambanya yang bertaqwa..
video
“..Korbankanlah diri untuk kepentingan Islam.. Jangan mengorbankan Islam untuk kepentingan peribadi..” Antara kata-kata khatib yang masih terasa terngiang-ngiang lagi ditelinga penulis.. “..berapa banyak sudah darah-darah korban (haiwan) sudah tumpah dibumi kita ini.. tetapi mengapa umat Islam tidak mengambil iktibar daripada sambutan ini.. umat Islam dalam jumlah yang ramai, masih dalam keadaan lemah. Adakah kita hanya akan berterusan begini dan akan membiarkan musuh Allah mengatur strategi, mengatur kehidupan kita..”

“..sifat wahan adalah antara punca kurangnya pengorbanan umat Islam terhadap agamanya.. iaitu sifat cintakan dunia dan takutkan mati..” Tatkala mendengar kata-kata khatib ini, teringat penulis mengenai sifat wahan. Penulis pernah terbaca artikel mengenai sifat wahan.. Manusia yang matlamatnya adalah dunia akan dibelenggu dengan sifat-sifat mazmumah lain seperti tamak, rakus, dengki dan lain-lain.. Lupa pada pembalasan tuhan, takut dan benci pada kematian serta tidak menyediakan bekalan untuk ke negeri abadi.. Astaghfirullahalazim.. Dalam memperkatakan soal ini.. Penulis lebih suka kita sama-sama mengkoreksi diri.. Agaknya dimana kedudukan kita???

Ya Allah…
Aku memerlukan kekuatan daripadaMu…
Untuk aku terus menerus melakuka
n pengislahan dalam diriku ini..
Setelah Kau berikan hidayah kepadaku…
Kau perkukuhkanlah keimananku dan ketaqwaanku kepadaMu ..
Jangan Kau palingkan
ku kelembah kehinaan..
Aku sangat takut dan
khuatir di penghujung hayat ku…
Aku dalam kemurkaanMu…Nauzub
illah ya Allah..

Terus menerus ya Allah berikan hidayahMu kepada ku…
Rahmatilah hidupku…

Terimalah taubat ku atas segala dosa-dosaku…
AKU MENGHARAP DAN BERSERAH KEPADAMU YA ALLAH…

Berkorban demi “hub al-a’la”, yakin dengan janjiNya. Persiapkanlah diri kita untuk sama-sama berkorban dan memperjuangkan agamaNya walau berada di lapangan mana sekalipun, walau dalam apa jua keadaan kita, walau bagaimana metod dan caranya, asal mengikut ketetapan dan batasanNya. Berkorban atau terkorban?? fikir-fikirkanlah..

**Buat pertama kalinya penulis menunaikan solat aidiladha.. terasa rindu untuk melakukan buat kali seterusnya pada masa-masa akan datang..

No comments:

"Al-Muhasibi : Tiap-tiap sesuatu ada nilainya, nilai manusia ialah akal dan nilai akal ialah sabar."