:: Allahumma solli a'ala Saidina Muhammad

Bercinta hingga ke syurga.. Ameen

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 13, 2010

Solat Istisqa

Nik Aziz imamkan solat Istisqa

KOTA BHARU - Solat sunat Istisqa yang diadakan awal pagi semalam, memberi keinsafan kepada lebih 2,000 hadirin apabila hujan mula turun sebaik sahaja rakaat pertama solat dilakukan. Solat bermula jam 8.30 pagi itu diimamkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Padang Perdana, bersebelahan dengan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, dekat sini.

Hadir sama, seluruh kepimpinan Kerajaan Negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Faudzi Che Mamat, Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamat dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad.

Ketika Nik Aziz sedang membaca surah Al-Fatihah pada rakaat pertama, hujan lebat mula membasahi ribuan jemaah yang menunaikan solat tersebut.

Solat Istisqa adalah kali kedua diadakan di Kelantan selepas pertama kali dianjurkan beberapa tahun lalu akibat kemarau panjang. Sementara itu, Nik Aziz ketika ditemui berkata, beliau bersyukur kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT. “Syukur, kita solat Istisqa hari ini (semalam) mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah solat turun hujan.

“Saya sendiri didedah oleh Allah SWT dengan air hujan yang pertama semasa solat hari ini (semalam). Sangat-sangat besarlah harapan dan mudah-mudahan Allah beri pada kita kebahagiaan di dunia dan akhirat.

“Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab itu, saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa,” katanya.

Sumber:http://www.sinarharian.com.my/com/ (13/03/2010)

Subahanallah.. Segala puji bagi Allah. Indahnya tawakkal dan penyerahan diri kepada Allah, mengharap dan memohon hajat hanya padaNya. Sama-sama koreksi diri..

Friday, March 12, 2010

Motivasi diri

Saya hanya mahu redha Allah. MengenaliNya, mencintaiNya, merinduiNya, takut hanya padaNya. Ia bukan suatu yang mudah.. Maharnya sangat tinggi dan perlukan tadhiyyah yang tinggi jua..


::Rindu kaabah, mudah-mudahan diberi kesempatan untuk berkunjung ke sana::


Masih teringat niat mula-mula semasa menjejak kaki ke Universiti. “Aku bertekad untuk belajar supaya aku lebih mengenal Pencipta. Patuh dan taat pada suruhan dan laranganNya”.



Saya amat teruja bila di dalam kuliah-kuliah subjek tasawuf. Subjek yang paling diminati. Waktu 1st Year ambil subjek akhlak dan tasawuf, 2nd Year belajar pula mengenai tarekat, kajian aqidah dan lain-lain, dan sekarang belajar mengenai tasawuf perbanding, kajian tasawuf sunni falsafi dan lain-lain. Memang seronok belajar subjek-subjek ni.



Patut la pelajar jabatan lain kata kalau belajar usuluddin ni akan rasa diawang-awangan. Hehe.. ada juga kebenarannya. Sebab semuanya berkaitan dengan hati. Mendidik hati, mengenali ulama’ tasawuf, sufi-sufi, membentuk akhlak diri. Berbincangg mengenai perkara yang non-meterial.



Aplikasi ilmu. Belajar memang mudah. Mana tak mudah, kita mendengar yang bercakap pensyarah. Pensyarah berdiri dihadapan, kita selesa bersandar di kerusi sambil mendengar. Kadang-kadang ada yang mengantuk tersengguk-sengguk menahan mata, mungkin tak faham menyebabkan boring atau tidur lewat. Namun, aplikasi ilmu perlu dititik beratkan supaya ilmu itu terpahat dalam ingatan bukan dikertas-kertas nota sahaja (nasihat pada diri). Saya tidak menuding pada sesiapa, hanya sekadar suka untuk menasihati diri sendiri.





Mengimbau memori lalu



Masih teringat kata-kata kakak saya ketika saya ditingkatan dua, tam (gelaran kakak saya), memang agak tegas. Pernah satu ketika, mintak keputusan periksa saya, “tengok.. tak adil pada ilmu”. Saya terkesima, “kenapa?”(persoalan dalam hati). “Ada A, B,C…bla, bla”. Panjang nasihatnya. Itu dulu, sekarang dah besar-besar, dah tak macam dulu. Dulu tam bujang, sekarang dah berkeluarga (cepat je masa berlalu). Leteran beralih pada anak-anak pula, supaya mereka menjadi insan yang berguna. =)



Kesibukan di“dunia kampus”, kadang-kadang menyebabkan kita tidak adil pada ilmu. Disebabkan kelemahan diri sendiri untuk mengurus diri dan masa. Bila tengok keputusan periksa bagi setiap sem, mesti teringat waktu zaman sekolah dulu, teringat pada pesanan dan nasihat tam. Setiap sem baru, saya akan memperbaharui azam dan tekad. Niat asal ketika mula-mula masuk universiti, masih menjadi tunjang di medan akademik ni. (saya memang sayang sangat pada mak, abah, abang-abang, dan kakak-kakak saya).





Terus, terus, terus kehadapan..

Alhamdulillah, masih ada rasa syukur untuk keptusan sem-sem lepas. Masih berbaki satu sem. Ya, kita perlu berusaha lebih untuk sem ini.



Kita perlu menguasai ilmu didewan-dewan kuliah disamping ilmu-ilmu lain dijadikan nilai tambah pada diri (ilmu yang kita perolehi secara tidak formal).



Saya tidak pernah merasai sekolah agama dulu, cukup manis bila seketika diberi kesempatan untuk belajar dibumi barakah, bumi waqafan, menjadi titik tolak untuk kehidupan selepas itu.



Subahanallah.. Alhamdulillah, mungkin ini hanya sedikit sahaja bila Allah campakkan rasa manisnya Iman dan indahnya hidup dalam Islam, kadang-kadang mampu untuk menjadikan kita sebak (terharu). Sungguh besar nikmat yang Allah berikan, walaupun kadang-kadang diri ini selalu lalai dan kadang-kadang mengulangi kesalahan yang berulang. Semua yang saya coretkan ini hanya sekadar motivasi diri, tidak ada kena mengena dengan sesiapa.. Sejak akhir-akhir ini selalu sahaja terasa sedikit (-_-) ….. Haha.. Nak bangunkan diri, sebelum terlena, takut terlena yang panjang.



“Ya Allah, aku takut menjadi lebih teruk dari sebelumnya.. bantulah diri ini untuk sentiasa berusaha mengislah diri ke arah yang lebih baik, menjadikanku lebih tunduk dan patuh padaMu. Kesudahan yang baik.. Amin..”

Monday, March 1, 2010

Renew Syahadah..

Alhamdulillah, terisi sedikit kelompangan hati, ubat bagi hati yang amat mudah terdedah dengan “virus” yang pelbagai yang boleh merosakkan sistem “antibody” kekuatan kerohanian diri. Perkongsian yang menarik untuk usrah kali ini. Naqib memberi penjelasan mengenai akidah ahli sunnah. Antara elemen perbincangan yang memberi kesan pada saya adalah berkaitan dengan renew syahadah.

Banyak dikalangan kita yang menggelar pejuang agama terlepas pandang mengenai perkara ini.

“Adakah syahadah terbahagi kepada dua pembahagian wajib dan sunat sebagaimana rukun-rukun Islam yang lain?” soal naqib.

“Ya” Ringkas jawapan dari semua.

Tajuk yang santai, tapi mempunyai “berat” timbangannya, menjadi titik tolak pada keislaman dan keimanan seseorang muslim. Target kita bukan sekadar muslim, ataupun menjadi soleh akan tetapi perlu berazam untuk menjadi muslih, yang dapat memperbaiki diri dan orang lain ke arah yang lebih baik, terutama dalam aspek mengenal Allah dengan lebih mendalam sehingga mampu memaparkan “hamba” yang sebenar-benarNya dalam konsep ta’abud kepadaNya.

RENEW SYAHADAH

Syahadah sebagai perkara pokok, menjadi tunjang. Syahadah umumnya mengetahui, adalah sebagai bukti keimanan hamba kepada Allah. Kadang-kadang kita tersasar di antara dua penyebab bagi sesuatu perkara. Penyebab kepada kegagalan, kemenangan, kecemerlangan, kedukaan dan segala macam lagi. Meletakkan penyebab kegemilangan kita kepada keupayaan diri sebagai penyebab utama.

Kadang-kadang kita megah dengan potensi diri, merasa diri hebat dan sebagainya. Ini adalah’ antara perkara yang memerlukan kepada renew syahadah supaya kita kembalikan kepada fitrah hidup bertuhan, segala-galanya yang kita hadapi dihari-hari ini adalah daripadaNya. DaripadaNya ia datang, dan kepadaNya jua ia dikembalikan. Sepatutnya ucapn ini bukan sahaja diucapkan apabila mndengar kematian, akan tetapi perlu diaplikasikan dalam kehidupan agar kita merasa “dekat” denganNya. Maka, segala gerak kerja Islam yang kita lakukan adalah dalam ruang lingkup untuk mengejar mardhatillah dan mencapai ma’rifatullah.

Mengamalkan syahadah, dengan penuh kefahaman dan kesedaran mampu mewujudkan jiwa “hamba”. Menyingkap ta’abud hamba kepada Maha agung, Maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Meruntuhkan jahiliyyah, meruntuhkan juga elemen “jahiliyyah” moden pada diri.

Terngiang-giang lagi ceramah dr Fadzilah kamsah mengenai pendekatan kita untuk meyakini akan qada’ qadar Allah. Apabila ditimpa musibah yang berbentuk kedukaan ,kehilangan dan sebagainya disarankan untuk melakukan tiga step berikut :

1) Mengucapkan kalimah “innalillahi wa inna ilaihirajiu’n”

2) Mengucapkan dengan penuh keyakinan dan sepenuh perasaan “ Ya Allah aku redha dengan ujian ini”

3) Mengucapkan juga “ Ya Allah, gantikan yang lebih baik bagiku agar aku dapat lebih mengenaliMu”

Setiap kita punya sejarah hidup, kita insan terpilih untuk diberi nikmat dan ujian pada sejarah hidup kita yang lalu. Pengislahan yang berterusan perlu dilakukan agar kita mampu menyingkap nilaian “hamba” yang sebenar di sisiNya. Mungkin dosa dan keterlanjuran dahulu adalah tarbiyah Allah sebagai mana untuk memahamkan kita antara dosa dan pahala, begitu juga sebagaimana kita tidak akan kenal Islam sebelum mengetahui apa itu jahiliyyah. Kita tidak akan kenal diri kita, sebelum kita mengenal musuh kita iaitu syaitan laknatullah.

Wallahu a’lam..

Sunday, February 21, 2010

Kembara


Nasyid turun temurun yang selalu didendangkan di musolla muqarrabin di bumi Waqafan:


Berjalan di bumi yang tandus ini penuh duri...
Tanpa sedar dan penuh lalai...
Usia beredar penuh kejahilan dan kemusnahan...
Mengembara mencari dunia hakiki...
Tiada jumpa arah yang sejati...
Tiada pembimbing penunjuk jalan yang suci...
Hidup terumbang-ambing sendiri...
Tuhanku dengarlah bicara hati ini...
Dari ku insan sering tersisih...
Di lautan penuh dosa dan noda...
Demi mencari secebis kasihMU...
Tuhanku tangan ini menadah sayu...
Keampunan di perjalanan jauh...
Semoga diterima di sisiMU...
Sebagai bekalan negeri abadi...
Menempuh sayu perjalanan pahit...
Dalam kembara mencari diri...
Mengharap sinar terangi hati...
Yang sekian lama menutup jiwa....


Teringat satu kisah di penjuru musolla muqarrabin, muslimah itu menagis kerana takut akan bebanan mendatang. Datang seorang ukht menenangkan : "bersabar wahai saudaraku, takutmu itu adalah tanda aras bagi taqwa dihatimu". Kata-kata itu menenangkan jiwa muslimah yang bercelaru dan tidak menentu.


Kini, kita ada jurang pemisah, mungkin juga jurang itu adalah berpunca dari kita ataupun mungkin disebabkan perubahan masa. Namun kenangan di waqafan memberi seribu satu erti dalam kembara di bumi Allah ini.

::Kekalkan kami dalam nikmat Iman dan Islam ya Allah::

Wednesday, February 10, 2010

Mengembara dan mengambil pengajaran.

Saya menasihati diri saya dan juga kalian yang membaca artikel ini untuk kembali menginsafi diri dan merenung setiap apa yang berlaku disekeliling kita, mudah-mudahan terus menerus cahaya kebenaran menyuluhi hati dan jiwa kita, tetap thabat dengan Islam, hidup dan mati dalam keadaan benar-benar Islam dari sudul zahir dan batin. Amin.
Kapal sebesar ini terdampar jauh di tengah-tengah kawasan penduduk
Kami berpeluang ke rumah anak-anak yatim mangsa Thunami. Saya dan sahabat-sahabat berpeluang berbual dan berkongsi kisah duka, di saat mereka menghadapi musibah. Mengalir air mata “bunda”pusat asuhan disaat dia menceritakan kisahnya. Ada juga dikalangan ahli keluarganya yang menjadi mangsa maut dan masih tidak ditemui sehingga kini.

“Bunda hanya terpikir kiamat” Luah bunda. Bunda menceritakan di saat cemas ketika itu, dia tidak berfikir untuk benda lain, hanya memikirkan untuk menyelamatkan dirinya sahaja. Tidak terfikir lagi tentang anak-anak, harta, suami dan apa jua miliknya. Subahanallah. Dikala itu juga saya teringatkan kisah yang diceritakan di dalam al-Quran mengenai suasana dan keadaan bila berlakunya kiamat. Sama seperti yang bunda ceritakan. Ya, ini hanya sedikit Allah ingin menunjukkan kekuasaannaya kepada kita.

Merenung kekuasaan Allah

Air yang datang dikatakan sangat hitam dan tinggi. Air yang bercampur lumpur. Disaat bunda berlari kekaki gunung untuk menyelamatkan diri, ada yang berteriak supaya tidak kegunung kerana takut gunung pula yang akan hancur. Dari sudut penceritaan bunda, saya dapat membayangkan saat-saat cemas itu.
***************
Alhamdulillah, saya bersyukur menjadi insan terpilih diberi peluang untuk terus sujud menyembahMu. Kami berpeluang untuk menziarahi masjid-masjid yang tidak musnah ketika berlakunya musibah tersebut. Antaranya Masjid ar-Rahman, kami tiba sebaik sahaja azan maghrib berkumandang. Ada sesetengah pengunjung luar yang hadir sempat untuk mengambil gambar masjid dan bergambar berlatar belakangkan masjid tersebut. Tiba-tiba kedengaran suara yang memanggil supaya mengutamakan solat. Sungguh menyentuh hati dan perasaan kami dengan suasana sebegitu.



“Berenti dulu berfotoran, solat dahulu” Berkali-kali laungan tersebut. Pakaiannya seperti pengawal siap berpakaian lengkap. Ya, memang begitu setiap hari. Gerai-gerai perniagaan ditutup awal untuk mengutamakan solat.

Terlalu banyak untuk saya ceritakan disini, tidak terluah pengalaman sebenar-benarnya dengan tinta bisu ini yang kadang-kadang ia tidak mampu untuk menyampaikannya dengan sebaiknya.
Biar gambar yang berbicara:

Lautan yang menghempas daratan


Subahanallah


Tugu di kubur besar yang memuatkan lebih 40 ribu mayat

Kapal nelayan yang terdampar jauh dari lautan

Singgah makan.



Keadaan selepas Thunami


Keadaan ketika Thunami


Masjid yang terselamat dan masih utuh binaannya

Anak yatim yang turut merasai detik-detik musibah melanda

Bunda dan sebahagian anak-anak yatim

Keadaan selepas beberapa tahun

Mengimbau Kembali



































Monday, February 1, 2010

Penyelewengan dalam Pilihan Raya Kampus (PRK)

Maksudnya : Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Berikut adalah email yang saya terima, menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikannya kepada mereka yang berkenaan dengan tujuan ia membuka ruang mata kita dan menapak kesedaran dalam diri, untuk sama-sama menegakkan yang haq. InsyaAllah.

Assalamualaikum,

Berkenaan Pilihan Raya Kampus (PRK) UKM baru-baru ini yang banyak berlaku penyelewengan, pihak kami telah membuat aduan secara profesional. Namun, aduan kami hanya dibakul sampahkan. Justeru, saya menyeru sahabat-sahabat yang mempunyai ruang seperti blog, FB dan lain-lain, sila "publish"kan penyelewengan-penyelewengan ini secara besar-besaran. Biar semua orang tahu bahawa ada sekumpulan manusia yang sedang menindas mahasiswa di UKM.

Yang pasti, di akhirat nanti akan saya tuntut satu persatu dari setiap orang yang merupakan PENINDAS, pendokong kumpulan penindas, penyokong dan mereka yang berdiam diri tatkala melihat penindasan. Kalau kamu yakin di pihak yang benar, jangan takut dengan ayat saya ini.Kepada pimpinan ASPIRASI dan CCC yang kononnya bijak mahu mengajar kami supaya menggunakan pendekatan "nego" dalam menyelesaikan masalah, jangan anggap kami bodoh. Jangan anggap kami selalu demontrasi sahaja. Kami sudah banyak kali "nego".

Saya bersedia berdebat dengan mana-mana pimpinan ASPIRASI dan CCC dalam isu ini kerana kamu sudah banyak kali menipu mahasiswa lain terutama tahun satu dalam hal ini.Mesti ASPIRASI akan kata "ini fitnah!". Ya, saya cabar kamu bawa kes ini, kita tribunalkan secara terbuka. Mana tahu, kamu boleh membawa kes ini ke tribunal yang kami juga inginkan kerana kamu ada KABEL BESAR.....Ayuh sahabat-sahabat, rancakkan kempen ini..... Sebarkan.....ADUAN KESALAHAN DALAM TEMPOH PEMBUANGAN UNDI DAN PENGIRAAN PERJALANAN BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UKM SESI 09/10.

Berikut adalah antara tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar di beberapa Kolej Kediaman.
Kolej Keris Mas.
1) Bermula jam 9 pagi salah seorang pelajar Fakulti Pengajian Islam Tahun 2 telah diberikan kertas undi bagi kerusi Fakulti Pengajian Islam tahun 3 sedangkan tiada pertandingan untuk kerusi Pengajian Islam tahun 2 kerana Menang Tanpa Bertanding. Merujuk kepada Perkara 29 Peraturan Pemilihan, calon yang menang tanpa bertanding akan diisytiharkan tiada pertandingan akan dijalankan. Tindakan ini jelas menyalahi peruntuntukan ini yang boleh dianggap sebagai berniat jahat tujuan mengelirukan pengundi dan seterusnya menunjukkan ketidakcekapan Jawatankuasa Pelaksana kolej ini.

1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1.

2) Pihak Felo telah memberikan arahan kepada JAKSA Kolej untuk membuka Kaunter SPKG yang telah menimbulkan keraguan dan ketegangan antara calon dan wakil wakil calon yang bertanding. Alasan yang digunakan untuk perkara ini adalah setiap siswa/I perlu mendaftar di kaunter SPKG tersebut dahulu sebelum mengundi dengan alasan pemberian merit untuk pelajar yang turun mengundi. Ini adalah dikira sebagai penyalahgunaan kuasa oleh felo felo untuk tujuan yang salah. Merujuk kepada Perkara 48(3)(a) Peraturan Pemilihan , adalah tidak dibenarkan untuk mewujudkan pondok pondok panas sepanjang hari pengundian. Tindakan Felo felo dan JAKSA ini jelas telah melanggar peraturan dan menimbulkan ketegangan yang gagal di tangani walaupun aduan telah dibuat kepada Jawatankuasa Pelaksana peringkat kolej.

3) Tindakan diatas juga telah menimbulkan pertelingkahan yang buruk antara calon dan wakil calon dengan pihak Pegawai Keselamatan peringkat atasan sendiri iaitu Ketua Pegawai Keselamatan yang merupakan Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP merujuk kepada Perkara 5 (2)(i) yang bertindak bias atau berat sebelah selepas gagal menangani isu ini sehingga jam 5.00 petang.

4) Tindakan mewujudkan Kaunter SPKG ini juga telah dikesan dengan tujuan yang menyalahi Peraturan 48(3)(b) dan (c) yang mana Kaunter tersebut telah digunakan untuk berusaha meraih undi kepada pihak pihak tertentu dan juga bagi tujuan mengedar senarai nama nama calon yang bertanding. Kewujudan kaunter SPKG ini telah disahkan oleh YDP JAKSA kolej ini iaitu Saudara Faizul Imran Bin Nadzri melalui notis yang di cop olehny dan ditampal di dinding Kolej berkenaan.

5) JAKSA kolej Keris Mas juga telah bertindak memakai baju yang sama berlabel “Aspirasi” bagi tujuan meraih undi dan memberi tekanan kepada para pengundi, Calon dan Wakil Calon sepanjang tempoh hari pengundian. Perkara ini telah melanggar Perkara 48(2) yang melarang menunjukkan identiti yang melambangkan identiti sebuah kumpulan seperti pakaian, tanda nama dan lain lain. Perkara ini telah diadu dan dibantah kepada Ketua Pusat Undi iaitu Pengetua Kolej sendiri oleh calon calon tetapi tidak dapat diselesaikan malahan tekanan diberikan kepada Calon yang mengadu dan membantah.

Kolej Burhanuddin Helmi.

1) Pihak JAKSA kolej bersama beberapa kumpulan pelajar telah bertindak mengedarkan senarai nama nama calon kepada pelajar pelajar Tahun 1 sebagai tekanan meraih undi kepada pengundi. Pelajar adalah dilarang untuk memancing undi sepanjang hari pengundian dengan merujuk kepada Perkara 23 Buku Panduan Calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2009. Walaupun perkara ini telah dibantah oleh Calon dan Wakil CAlon, namun perkara ini masih lagi berterusan berlaku dan Wakil Calon dan Calon pula yang diberi tekanan apabila membuat bantahan.

2) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1

3) Semasa proses pengiraan undi dijalankan, Pengetua sebagai Ketua Pusat Undi telah melakukan tindakan yang meragukan Calon dan Wakil Calon yang mengira undi. Tindakan Pengetua Kolej iaitu Prof.Madya Dr.Kadderi Md.Desa.Kolej


Tun Hussin Onn.

1) Pengundi pengundi tahun 3 Fakulti teknologi dan Sains Maklumat telah tidak dibenarkan untuk mengundi atas alasan kerusi yang dipertandingkan adalah bagi pelajar tahun 1 dan 2 sahaja. Mereka hanya diberikan 1 kertas undi sahaja iaitu bagi memilih Caloon Umum.

2) Semasa Pengiraan Undi dijalankan, tiada penyelarasan untuk memisahkan undi yang rosak. Ada diantara kertas undi yang rosak diterima tanpa sebab yang munasabah dan tanpa persetujuan daripada calon wan wakil kira undi calon.

3) Terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi meraih undi disekitar kawasan kolej dengan menunjukkan identity perkumpulan dan berusaha mengedar risalah senarai nama calon sepanjang hari pengundian.


Kolej Ibrahim Yaakob.

1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1.

2) Salah seorang pelajar tahun 2 Fakulti Sains dan Teknologi hanya diberikan kertas undi bagi memilih calon kerusi umum sahaja tanpa diberikan kertas undi Fakulti. Tindakan ini telah menimbulkan keraguan kepada pengundi, Calon dan wakil calon di kolej berkenaan.


Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka.

1) Pusat pembuangan undi ini telah dibuka lewat iaitu sekitar jam 8.20 pagi. Ini telah menimbulkan masalah kepada pelajar pelajar yang ingin mengundi. Tempoh waktu pembuangan undi adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.


Secara umumnya, terdapat banyak salahlaku yang ditelah dikesan yang dilakukan diperingkat Kolej Kediaman dan kebanyakan daripadanya gagal ditangani dengan baik oleh Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi. Kebanyakan tindakan ini telah memberikan tekanan kepada para pengundi, Calon dan Wakil Calon sepanjang tempoh Pengundian dan Pengiraan Undi yang berlangsung semalam bersamaan 28 Januari 2010.

Masalah catatan nombor siri ini berlaku hampir di kesemua kolej kediaman yang dikawal oleh Pengetua pengetua tetapi perkara ini tidak berbangkit sama sekali di Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka yang diuruskan oleh Jawatankuasa Pelaksana daripada Fakulti fakulti.Atas sebab-sebab inilah dan banyak sebab-sebab yang lain yang tidak dikemukakan diperingkat kami merasakan perlu melakukan beberapa tindakan,baik dari segi rundingan dan majlis-majlis penerangan kepada mahasiswa terutamanya.

Kepada mahasiswa sekalian, marilah kita terus menyatakan sokongan kita menolak kezaliman dan penipuan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu dalam mencatur politik kampus saban tahun.

"Ya Allah, teguhkan pendirian kami.. ameen"

Monday, January 11, 2010

Menggapai Maqamat dan Ahwal dalam hidup berTuhan.


Perkembangan tasawuf abad ketiga dan keempat hijrah memberi impak kepada pembentukann disiplin ilmu tasawuf. Golongan sufi pada waktu ini dikenali sebagai ahli tasawuf. Pada abad kelima hijrah wujud usaha untuk pemurnian antara fiqh dan tasawuf yang cuba dilaksanakan oleh sesetengah individu yang memahami kedudukannya dalam Islam.




Isu syatahat yang dibawa oleh al-Hallaj menyebabkan dia dianggap oleh ahli fiqh sebagai seorang mulhid. Pertentangan antara fiqh dan tasawuf ini cuba dimurnikan kembali oleh mereka yang menyedari hakikat sebenar kedudukan fiqh dan tasawuf. Kembali kepada konsep wasatiah, tasawuf dan fiqh dimurnikan kembali. Antara tokoh yang berusaha memurnikannya adalah al-Qusyairi atau nama sebenarnya' Abd al-Karim bin Hawazin bin 'Abd al-Malik bin Talhah bin Muhammad al-Naysaburi.

Kemungkinan al-Hallaj tidak bermaksud untuk menyatakan dirinya sebagai tuhan akan tetapi kemungkinan cintanya kepada yang Maha Agung mengatasi segalanya sehingga beliau mengeluarkan kalimah “ana al-Haq”. Pelbagai perbahasan tentang beliau ini sehingga diperakhiran hidupnya, beliau telah dipenggal kepala. Wallahu a’lam. Allah lebih mengetahui kebenaran yang sebenar.

Tasawuf sebagai satu wasilah ibadah yang mampu memberi impak positif kepada pengamalnya berdasarkan lunas-lunas yang digariskan oleh Islam. Al-Sya’rani menggariskan ilmu-ilmu yang muncul dari hati yang bersih, al-ulum, al-adab, al-asrar dan al-haqai’q.

Zuhud

Zuhud sebagai satu maqam dan cara hidup. Pengaplikasian zuhud dalam kehidupan mampu melahirkan sifat qanaah dan lain-lain sifat mahmudah. Ahli tasawuf meletakkan zuhud sebagai maqam yang telah dicapai oleh ahli tasawuf selepas melepasi maqam al-Taubah. Zuhud dengan kehidupan dunia dengan mengutamakan akhirat. “Al-dunya lai’bun wa lahwun”, konsep ini perlu di selarikan dengan “al-dunya mazra’atun al-akhirah”. Tidak ada keindahan dan ketenangan yang hakiki melainkan merasa indah dan tenang diberi kepuasan dalam hati hidup dalam keadaan iman dan Islam.
Aplikasi ilmu teori dalam kehidupan. Ilmu yang dipelajari semestinya wajib diamalkan setelah mengetahui akan kebenarannya. Barulah ilmu itu dikira bermanfaat pada diri dan orang lain.

Tingkatkan taqwa.. Ya Allah.. Hidup dan matikanku dalam iman dan Islam.. Amin
"Al-Muhasibi : Tiap-tiap sesuatu ada nilainya, nilai manusia ialah akal dan nilai akal ialah sabar."