:: Allahumma solli a'ala Saidina Muhammad

Bercinta hingga ke syurga.. Ameen

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 23, 2011

Friday, October 7, 2011

Habib Umar bin Zain al-Sumait


Dulu sewaktu zaman sekolah 'berusrah' adalah perkara wajib yang perlu dilaksanankan oleh Badan Dakwah dalam usaha membentuk Fard Muslim. Meningkat dewasa ini, bagi yang telah berumah tangga, pembentukan bait muslim memerlukan persefahaman fikrah antara suami dan isteri. Memerlukan suasana keluarga yang padanya ada sakinah, mawaddah wa rahmah.

fard muslim --> bait muslim--> mujtama' --> daulah Isamiyyah --> Khilafah Islammiyah

Sesekali berhubung dengan suami melalui skype atau fb, ada sahaja ilmu yang diberi kepada saya. Alhamdulillah..

Siapa Habib Umar?

Saya mula menekan butang-butang keyboard mencari maklumat. (Pautan) Taip sahaja di google semua maklumat ada. Dunia dihujung jari.

Mengikut salasilah keturunan, beliau adalah daripada keturunan Rasulullah s.a.w. Beliau amat mendalami ilmu pengetahuan. Antara yang diajar oleh beliau bidayatul hidayah,al-azkar imam nawawi,nahu tuhfatussaniah,dgn fiqh muqaddimah hadramiah

Zaman sekarang, ramai di kalangan kita lebih mengenali artis daripada ulama'.

~Ya Allah jadikanlah kami orang yang beramal dengan ilmu yang dimiliki~

Sunday, October 2, 2011

TETAMU


Syawal sudah berlalu.. Masuk bulan Zulqaedah. Berangkat para tetamu Allah menjejakkan kaki ke tanah haram. Alangkah beruntungnya.

"Orang yang Allah campakkan rasa rindu pada baitullah, tu maksudnya Allah membuka hati kita untuk menjadi tetamuNYA" sms dari ibu saudara saya kepada saya, sewaktu mak membuat keputusan untuk mendaftar haji empat tahun yang lalu.

Tapi rezeki mak abah bukan tahun nie, insyaAllah.. Masanya akan tiba dengan izinNYA. Ameen.


~Ya Allah jadikanlah kami hambaMU yang taat, tunduk dan patuh padaMU,
Alirkan benih cinta dan rindu pada Allah dan Rasulullah dalam jiwa kami,
agar tidak akan ada perasaan lain yang dapat mengatasi CINTA AGUNGMU~

Thursday, September 22, 2011

Tukarkan Cabaran kepada PELUANG


Situasi saya ketika menyemak bacaan iqra' murid tahun 3 (iqra' 1):

"ja, sa, da" saya memperkenalkan huruf berbaris kepada seorang murid lelaki. Dia mengulangi dengan sebutan yang jelas dan betul. Saya meminta dia mengulang-ulang beberapa kali. Seterusnya, "a, ma, na" dia membaca mengikut sebutan saya dan mengarahkan jari telunjuknya pada baris ayat yang dibacanya. Seperti sebelumnya, saya meminta dia mengulang-ulang sebutan beberapa kali.


"Baik cukup setakat tu, ustazah nak dengar semula" Uji saya. Mahu menilai bacaannya. Satu baris yang hanya mempunyai tiga perkataan. Sambil menggaru-garu siku, beralih ke kepala. Terus memandang tepat ke muka saya dan tersengih. " Lupe la ustazah". "Takpe, cube". "ma na ta" dia membaca sambil menunjuk pada perkataan "ja, sa, da".. Saya menggeleng-gelengkan kepala. "Tadikan dah ulang lebih sepuluh kali, cube dengar, ingat dan bagi perhatian bila ustazah ajar, ke awak masuk telinga kanan keluar telinga kiri?" Soal saya bersahaja..

Seperti kebiasaannya, dia hanya tersengih. "Saya rasakan ustazah, betul cakap ustazah, memang saya masuk telinga kanan keluar telinga kiri, saya nie pelupa.. dulu masa pra sekolah saya baik, sopan, masuk darjah 2,3 tak tahu kenapa saya jadi ganas.. ntah le ustazah". Ujarnya sambil memandang muka saya.

Saya memandangnya, keadaan yang sedikit kusut masai, baju, seluar dan kasut sekolah yang putih kelihatan sangat comot. Jauh di sudut hati saya, sayu dan kesian.

"Awak bukan tak boleh, boleh. Cuma, kene ubah sikap je. Allah bagi semua sama satu kepala, otak, akal yang sempurna. Semua sama, awak boleh. Buang sikap malas awak tu dan sikap nakal awak. Balik sekolah buat apa?"

"Tidur" jawabnya.

"Petang-petang buat apa?"

"Tidur" jawabnya lagi.

"Malam?"

"Tidur" Jawabnya sambil tersengih lagi.. :(

"Haish masa habis dengan tidur rupanya" (dalam hati saya). Sangka saya, kanak-kanak seusia dia mungkin akan menjawab "main".

"Ustazah terpaksa turunkan awak ke muka surat lepas, boleh?"

"boleh" ujarnya tersengih.

Inilah antara cabaran saya. Sebenarnya tidaklah sebesar manapun jika di banding dengan cabaran orang lain. Cuma bila berhadapan dengan jumlah yang sama sebegini dalam jumlah yang agak ramai, kadang-kadang kusut juga fikiran nie.. Tapi bila saya fikirkan kembali, mereka masih boeh dibentuk dan dilenturkan. Jadi, jangan putus asa duhai diri!!!!!!!!!! jadikan ia sebagai peluang untuk berbakti mendidik anak bangsa.

~Ditarbiyah dan mentarbiyah~

[Tarbiyyah perlu diteruskan]

Tuesday, September 13, 2011

Indah Malam

Indahnya malam itu, terpulang kepada penghuninya yang mencorakkan malam tersebut. Bagi anak muda yang cintakan hiburan, malamnya dihiasi dengan joget tari di kelab-kelab malam. Alangkah ruginya nikmat usia yang Allah berikan kepada kita andai dipersiakan sebegitu rupa.

Bagi orang soleh menunggu malam itu ibarat malam pertama. Hanya diri hamba dengan Tuhannya. Bermadu kasih, munajat, melafazkan bait-bait Cinta dalam sujud dan ruku’.

Manisnya tahajjud hanya dapat di rasa oleh mereka yang menghayati dan merasainya. Ibarat kita yang memakan gula. Kita yang rasa manisnya. Tidak sama dengan orang yang memakan garam.

Tahajjud menguatkan jiwa yang lemah, putus asa, kecewa, sedih dan sebagainya. Kerana tahajjud melayarkan hati ke dalam lautan cintaNYA dan tenggelam dengan mengingatiNYA. Mengingati Allah menjadi penawar kepada 'rajuk hati'.

Jauh dari kesibukan dunia yang kadang membuatkan diri tersasar, leka, lelah, dunia yang kadang menyebabkan diri tertipu dengan ‘pakaian’nya yang indah, mengaburi mata tentang hakikatnya yang sementara.

Mana lebih baik bangun tahajjud kerana CINTANNYA atau tahajjud yang terkejut dari lena kerana dikejutkan oleh insan istimewa.


Di antara fadhilatnya :

1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
6. Doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT.

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا تَهَجَّدَ مِنْ اللَّيْلِ قَالَ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ


~Muhasabah diri: cintailah ILAHI~


(-_-)


Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku


Ya Allah Ya Rabbi

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku

~WALI BAND~


Wednesday, September 7, 2011

PJJ


Burung yang terbang saban senja
berlegar manja di langit sepi
mendorongku untuk bertanya:
Pernahkah ia merasa sunyi?

~ A. Samad Said~

Sudah lama dan dengan sengajanya saya membiarkan blog nie bersawang tidak di'update'kan. Baru balik dari KLIA menghantar suami tercinta. Kembali berjihad di perbukitan ilmu nuuuuuun di sana,bumi penuh ketenangan, bumi syuhada', bumi barakah, bumi anbiya', bumi bumi yang penuh dengan rahmat Allah. Tup-tup dah setahun usia perkahwinan kita abang. Genap setahun kalo ikut kalender islam (3 Syawal). Tapi kalo ikut masihi masih belum cukup lagi. InsyaAllah 12 Sept 2011 genap setahun perkahwinan kita. Alhamdulillah. Doakan kami...

PJJ=Perhubungan Jarak Jauh

P

E

R

H

U

B

U

N

G

A

N


J

A

R

A

K


J

A

U

H



Bismillahirrahmanirrahim..


1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dalam melaksanakannya)?

4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

7. Kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),

8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).

~fasbir sobran jamila~

Monday, May 9, 2011

cHecK selalu..

Muhasabah diri: Periksa hati.






“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama Allah), zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang”. (Al-Ahzab: 41-42)

ZIKIR:
  1. Diri rasa hampir dengan Allah dan jiwa rasa tenteram.
  2. Merasa selamat kerana Allah sentiasa bersama hambaNya yang ingat padaNya.
  3. Dengan menyebut salah satu nama dan sifat Allah yang Maha Mulia, meninggalkan kesan istimewa dalam jiwa dan mendorong kita berusaha menghiasi diri dengan sifat-sifat yang menepati asma’ Allah.
  4. Apabila berzikir, syaitan lari jauh bersama was-was dan prasangka yang dibawanya.
  5. Dengan berzikir kita sentiasa dilimpahi rahmat dan sakinah (ketenangan).


* Sambutan hari guru peringkat sekolah (19/05/2011).
* Persedian kuliah mei-jun.
* Menunggu & menyambut kepulangan insan yang amat dikasihi dan di cintai keranaNYA.. (JUN 2011).
* Persiapan majlis menyambut menantu (25/06/2011).

Friday, February 18, 2011

21.02.2011 menanti..

Alhamdulillah.. :)


::Terima kasih mak seremban temankan selesaikan urusan-urusan yang berkaitan.. (^_^) ::

Tahniah kepada sahabat-sahabat seangkatan.. Alhamdulillah.. Allah permudahkan urusan penempatan (sekolah) kita semua. Selamat menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai pendidik@guru.

Membina akhlak pendidik:

  • Seharusnya seorang pendidik terlebih dahulu membersihkan jiwanya sebelum membimbing manusia kepada Tuhannya.
  • Menjiwai matlamat tasawuf kepada pendidik: memcapai makrifatullah (mengenal Allah) melalui jalan ibadah (yang pelbagai) kepadaNYA, dan menterjemahkan ihsan di setiap waktu dan ketika sepanjang kehidupan.
  • Mengeluarkan diri daripada penguasaan nafsu.
  • Mendidik melalui jalan 'hikmah'.

Bagaimana akhlak dibentuk??

  • Akhlak dibentuk dari dalam ke luar (inside out)
  • Menerusi penghayatan rukun iman (input), mengaplikasikan "input" dalam rukun islam (proses). Hasilnnya, output dalam bentuk ihsan yang membentuk akhlak, perilaku baik (mahmudah) akan terbentuk secara mudah dan ikhlas kerana merasakan diri "melihat" Allah di setiap waktu dan ketika atau merasa diri "dilihat" Allah.

P/s: Kita semua adalah pendidik bagi diri kita dan orang sekeliling kita..

::Ya Allah.. jadikanlah kami hambaMU yang beramal dengan ilmuMU::

Saturday, January 22, 2011

~"Pertemuan" pasanganya adalah "perpisahan"~








~Lelaki pasanganya wanita~

~Hitam pasangannya putih~

~Gelap pasangannya cerah~





:: Hargailah "pasangan" anda ketika mana anda menyedari kehadirannya::



*Sejuk >> panas*

*Langit >> bumi*

*Masam >> manis*









::Manusia hanya menyedari 'sesuatu' itu amat berharga tatkala ia tiada disampingnya::


:: Bersyukurlah dengan setiap nikmat::
::Dan bersabarlah dengan setiap mehnah::


Setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai pasangan. Begitu lah kehidupan. Begitu juga PERTEMUAN pasangannya adalah PERPISAHAN. Hidup perlu diteruskan selagi nyawa di kandung badan. Selagi KEHIDUPAN tidak bertemu dengan pasangannya KEMATIAN.Terima kasih kepada sahabat handai di SAPURA SMART SCHOOL serta anak-anak didik yang di kasihi.






note: 21/01/2011 berhenti kerja
>>> seterusnya: 24/01/2011 (fasa baru)




::Didik diri:: bertemu dan berpisah kerana Allah::

Saturday, January 8, 2011

H.I.L.A.N.G



Adam hilang?? Saya terkejut dengan berita tersebut. Berita ini saya ketahui sewaktu saya membuka homepage FB saya.



Wajah comelnya seiras anak saudara saya Ahmad yasin.



Masih teringat sesi lepas. Adam Shah selalu menunggu di muka pintu kelas atau menjemput saya di staff room sebaik sahaja jadual masa agama.



“Ustazah Fatimah.. masa ustazah” Dengan wajah yang comel tersenyum, dan berlari-lari anak ke arah saya.



"Al-Muhasibi : Tiap-tiap sesuatu ada nilainya, nilai manusia ialah akal dan nilai akal ialah sabar."