Situasi saya ketika menyemak bacaan iqra' murid tahun 3 (iqra' 1):
"ja, sa, da" saya memperkenalkan huruf berbaris kepada seorang murid lelaki. Dia mengulangi dengan sebutan yang jelas dan betul. Saya meminta dia mengulang-ulang beberapa kali. Seterusnya, "a, ma, na" dia membaca mengikut sebutan saya dan mengarahkan jari telunjuknya pada baris ayat yang dibacanya. Seperti sebelumnya, saya meminta dia mengulang-ulang sebutan beberapa kali.
"Baik cukup setakat tu, ustazah nak dengar semula" Uji saya. Mahu menilai bacaannya. Satu baris yang hanya mempunyai tiga perkataan. Sambil menggaru-garu siku, beralih ke kepala. Terus memandang tepat ke muka saya dan tersengih. " Lupe la ustazah". "Takpe, cube". "ma na ta" dia membaca sambil menunjuk pada perkataan "ja, sa, da".. Saya menggeleng-gelengkan kepala. "Tadikan dah ulang lebih sepuluh kali, cube dengar, ingat dan bagi perhatian bila ustazah ajar, ke awak masuk telinga kanan keluar telinga kiri?" Soal saya bersahaja..
Seperti kebiasaannya, dia hanya tersengih. "Saya rasakan ustazah, betul cakap ustazah, memang saya masuk telinga kanan keluar telinga kiri, saya nie pelupa.. dulu masa pra sekolah saya baik, sopan, masuk darjah 2,3 tak tahu kenapa saya jadi ganas.. ntah le ustazah". Ujarnya sambil memandang muka saya.
Saya memandangnya, keadaan yang sedikit kusut masai, baju, seluar dan kasut sekolah yang putih kelihatan sangat comot. Jauh di sudut hati saya, sayu dan kesian.
"Awak bukan tak boleh, boleh. Cuma, kene ubah sikap je. Allah bagi semua sama satu kepala, otak, akal yang sempurna. Semua sama, awak boleh. Buang sikap malas awak tu dan sikap nakal awak. Balik sekolah buat apa?"
"Tidur" jawabnya.
"Petang-petang buat apa?"
"Tidur" jawabnya lagi.
"Malam?"
"Tidur" Jawabnya sambil tersengih lagi.. :(
"Haish masa habis dengan tidur rupanya" (dalam hati saya). Sangka saya, kanak-kanak seusia dia mungkin akan menjawab "main".
"Ustazah terpaksa turunkan awak ke muka surat lepas, boleh?"
"boleh" ujarnya tersengih.
Inilah antara cabaran saya. Sebenarnya tidaklah sebesar manapun jika di banding dengan cabaran orang lain. Cuma bila berhadapan dengan jumlah yang sama sebegini dalam jumlah yang agak ramai, kadang-kadang kusut juga fikiran nie.. Tapi bila saya fikirkan kembali, mereka masih boeh dibentuk dan dilenturkan. Jadi, jangan putus asa duhai diri!!!!!!!!!! jadikan ia sebagai peluang untuk berbakti mendidik anak bangsa.
~Ditarbiyah dan mentarbiyah~
[Tarbiyyah perlu diteruskan]
No comments:
Post a Comment