:: Allahumma solli a'ala Saidina Muhammad

Bercinta hingga ke syurga.. Ameen

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 22, 2011

Tukarkan Cabaran kepada PELUANG


Situasi saya ketika menyemak bacaan iqra' murid tahun 3 (iqra' 1):

"ja, sa, da" saya memperkenalkan huruf berbaris kepada seorang murid lelaki. Dia mengulangi dengan sebutan yang jelas dan betul. Saya meminta dia mengulang-ulang beberapa kali. Seterusnya, "a, ma, na" dia membaca mengikut sebutan saya dan mengarahkan jari telunjuknya pada baris ayat yang dibacanya. Seperti sebelumnya, saya meminta dia mengulang-ulang sebutan beberapa kali.


"Baik cukup setakat tu, ustazah nak dengar semula" Uji saya. Mahu menilai bacaannya. Satu baris yang hanya mempunyai tiga perkataan. Sambil menggaru-garu siku, beralih ke kepala. Terus memandang tepat ke muka saya dan tersengih. " Lupe la ustazah". "Takpe, cube". "ma na ta" dia membaca sambil menunjuk pada perkataan "ja, sa, da".. Saya menggeleng-gelengkan kepala. "Tadikan dah ulang lebih sepuluh kali, cube dengar, ingat dan bagi perhatian bila ustazah ajar, ke awak masuk telinga kanan keluar telinga kiri?" Soal saya bersahaja..

Seperti kebiasaannya, dia hanya tersengih. "Saya rasakan ustazah, betul cakap ustazah, memang saya masuk telinga kanan keluar telinga kiri, saya nie pelupa.. dulu masa pra sekolah saya baik, sopan, masuk darjah 2,3 tak tahu kenapa saya jadi ganas.. ntah le ustazah". Ujarnya sambil memandang muka saya.

Saya memandangnya, keadaan yang sedikit kusut masai, baju, seluar dan kasut sekolah yang putih kelihatan sangat comot. Jauh di sudut hati saya, sayu dan kesian.

"Awak bukan tak boleh, boleh. Cuma, kene ubah sikap je. Allah bagi semua sama satu kepala, otak, akal yang sempurna. Semua sama, awak boleh. Buang sikap malas awak tu dan sikap nakal awak. Balik sekolah buat apa?"

"Tidur" jawabnya.

"Petang-petang buat apa?"

"Tidur" jawabnya lagi.

"Malam?"

"Tidur" Jawabnya sambil tersengih lagi.. :(

"Haish masa habis dengan tidur rupanya" (dalam hati saya). Sangka saya, kanak-kanak seusia dia mungkin akan menjawab "main".

"Ustazah terpaksa turunkan awak ke muka surat lepas, boleh?"

"boleh" ujarnya tersengih.

Inilah antara cabaran saya. Sebenarnya tidaklah sebesar manapun jika di banding dengan cabaran orang lain. Cuma bila berhadapan dengan jumlah yang sama sebegini dalam jumlah yang agak ramai, kadang-kadang kusut juga fikiran nie.. Tapi bila saya fikirkan kembali, mereka masih boeh dibentuk dan dilenturkan. Jadi, jangan putus asa duhai diri!!!!!!!!!! jadikan ia sebagai peluang untuk berbakti mendidik anak bangsa.

~Ditarbiyah dan mentarbiyah~

[Tarbiyyah perlu diteruskan]

Tuesday, September 13, 2011

Indah Malam

Indahnya malam itu, terpulang kepada penghuninya yang mencorakkan malam tersebut. Bagi anak muda yang cintakan hiburan, malamnya dihiasi dengan joget tari di kelab-kelab malam. Alangkah ruginya nikmat usia yang Allah berikan kepada kita andai dipersiakan sebegitu rupa.

Bagi orang soleh menunggu malam itu ibarat malam pertama. Hanya diri hamba dengan Tuhannya. Bermadu kasih, munajat, melafazkan bait-bait Cinta dalam sujud dan ruku’.

Manisnya tahajjud hanya dapat di rasa oleh mereka yang menghayati dan merasainya. Ibarat kita yang memakan gula. Kita yang rasa manisnya. Tidak sama dengan orang yang memakan garam.

Tahajjud menguatkan jiwa yang lemah, putus asa, kecewa, sedih dan sebagainya. Kerana tahajjud melayarkan hati ke dalam lautan cintaNYA dan tenggelam dengan mengingatiNYA. Mengingati Allah menjadi penawar kepada 'rajuk hati'.

Jauh dari kesibukan dunia yang kadang membuatkan diri tersasar, leka, lelah, dunia yang kadang menyebabkan diri tertipu dengan ‘pakaian’nya yang indah, mengaburi mata tentang hakikatnya yang sementara.

Mana lebih baik bangun tahajjud kerana CINTANNYA atau tahajjud yang terkejut dari lena kerana dikejutkan oleh insan istimewa.


Di antara fadhilatnya :

1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
6. Doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT.

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا تَهَجَّدَ مِنْ اللَّيْلِ قَالَ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ


~Muhasabah diri: cintailah ILAHI~


(-_-)


Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku


Ya Allah Ya Rabbi

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku

~WALI BAND~


Wednesday, September 7, 2011

PJJ


Burung yang terbang saban senja
berlegar manja di langit sepi
mendorongku untuk bertanya:
Pernahkah ia merasa sunyi?

~ A. Samad Said~

Sudah lama dan dengan sengajanya saya membiarkan blog nie bersawang tidak di'update'kan. Baru balik dari KLIA menghantar suami tercinta. Kembali berjihad di perbukitan ilmu nuuuuuun di sana,bumi penuh ketenangan, bumi syuhada', bumi barakah, bumi anbiya', bumi bumi yang penuh dengan rahmat Allah. Tup-tup dah setahun usia perkahwinan kita abang. Genap setahun kalo ikut kalender islam (3 Syawal). Tapi kalo ikut masihi masih belum cukup lagi. InsyaAllah 12 Sept 2011 genap setahun perkahwinan kita. Alhamdulillah. Doakan kami...

PJJ=Perhubungan Jarak Jauh

P

E

R

H

U

B

U

N

G

A

N


J

A

R

A

K


J

A

U

H



Bismillahirrahmanirrahim..


1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dalam melaksanakannya)?

4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

7. Kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),

8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).

~fasbir sobran jamila~

"Al-Muhasibi : Tiap-tiap sesuatu ada nilainya, nilai manusia ialah akal dan nilai akal ialah sabar."