:: Allahumma solli a'ala Saidina Muhammad

Bercinta hingga ke syurga.. Ameen

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 30, 2010

~Pagi yang InDaH~

Pagi yang indah..

Bertolak ke tempat kerja seawal jam 6.30 pagi. Walaupun jarak antara rumah dengan tempat kerja tidaklah begitu jauh. Saya dan housemate sengaja memilih untuk keluar awal untuk mengelakkan “terjebak” dengan kesesakan jalan raya.

Saya yakin sahabat seperjuangan saya sedang giat melaksanakan aktiviti dakwah dan tarbiyah. Walaupun kita dilapangan yang berbeza, tetapi saya juga membawa misi yang sama, misi dakwah dan tarbiyah.

Hari ke tiga mengajar, agak tertekan dengan sikap sesetengah “anak-anak” yang sedikit “nakal”.

“Salam ateh.. tension la.. rasa nak berenti je” Saya menghantar sms kepada kakak saya. Memang agak tertekan. Seperti satu kejutan budaya kepada diri saya. Saya yang “berpakaian sebegini” mungkin dianggap “pelik” oleh “mereka”.

“Jadi guru, kena banyak bersabar.. umpama berjihad di medan perang. Carilah pendekatan supaya depa rasa seronok nak belajar agama…..kita yang kena faham mereka.. bukan mereka perlu memahami kita”

Terima kasih ateh…

Kakak saya memberi nasihat dan kekuatan kepada saya.. Saya masih menyimpan di peti inbox sms.. InsyaAllah.. Allah sentiasa bersama-sama kita..

Bersambung…

Monday, June 28, 2010

~Aku Seorang Guru~

Hari pertama mengajar. Bergerak dari Bangi. Kak Aisyah dan ina menghantar dan menemani saya. Bergerak seawal 6.30 pagi. Dengan jalan yang sedikit sesak di sebabkan kereta berpusu-pusu menuju ke destinasi mereka. Mungkin menuju ke tempat kerja dan atas lain-lain urusan.

Memang mencabar. Herm.. Melihat kenakalan anak-anak didik. Ya Allah.. hanya Allah lebih mengetahui. Kini saya merasai sendiri menjadi seorang pendidik. Saya sentiasa memotivasikan diri dan memohon padaMu ya Allah untuk terus menguatkan diri ini. Memberi khidmat kepada anak-anak didik supaya mereka mendapat didikan Islam yang sepatutunya.

“Saya kembali kepada masyarakat” walaupun hakikatnya saya juga adalah entiti sebahagian daripada masyarakat.

Pengalaman pertama bekerja.

Danish sayang..

Pengalaman pertama mengajar. Sebaik sahaja habis kelas. Danish akan menuju ke arah saya yang duduk di meja guru bersebelahan pintu kelas. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan saya. Buat pertama kalinya saya menyambut tangan yang dihulurkan. Kelas ke dua dan ketiga begitu juga. Masuk kali yang keempat, saya sengaja melengah-lengahkan untuk keluar kelas, tunggu pelajar lain habis keluar. Danish setia menunggu saya mengemas barang-barang saya, shut down laptop, cabut wayar cable LCD.

“Danish… lepas ni tak perlu salam ustazah lagi ye..”

“Tapi ustazah.. saya tak cium tangan ustazah, saya letak kat dahi je..”

Agak kelakar jawapan Danish. Saya hanya tersenyum dan menarik nafas.

“Ye.. ustazah tahu.. tapi ustazah bukan mahram Danish. Tak boleh bersentuhan kulit.”

“ooooooo…” Mungkin juga dia baru mengetahui.

“Danish dah matang dan dah balighkan”

“Tak lah ustazah.. saya kecil lagi”

“Ok.. Danish dah tahu nie… nanti tak boleh salam dengan orang lain yang bukan mahram kita ye..”

“Baik.. ustazah.. terima kasih ustazah..”

“Good boy”

Bersambung………..

"Al-Muhasibi : Tiap-tiap sesuatu ada nilainya, nilai manusia ialah akal dan nilai akal ialah sabar."