:: Allahumma solli a'ala Saidina Muhammad

Bercinta hingga ke syurga.. Ameen

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Thursday, November 28, 2013

TREVALOG HAJI SIRI 1

 Bismillahirrahmanirrahim.
 
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ
“Aku datang memenuhi panggilan-Mu ya Allah, Aku datang memenuhi panggilan-Mu, Aku datang memenuhi panggilan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu, Aku datang memenuhi panggilan-Mu, sesungguhnya segala puji, nikmat dan segenap kekuasaan milik-Mu, tiada sekutu bagi-Mu”
 
Subahanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar.

Pasti sahaja sesiapa yang bergelar muslim merindui saat kaki melangkah ke baitullah al-Haram. Perasaan teruja dan melonjak-lonjak untuk turut serta berhimpun bersama seluruh umat Islam yang terpilih pada tahun ini mengatasi perasaan  kesakitan baru sahaja lepas mengalami keguguran / d&c, tambahan luka pembedahan laparoscopy  suspek luar rahim masih lagi terasa biar pun sudah hampir 2 bulan berlalu.

Maha suci Allah

Allahlah sebaik-baik perancang. Setiap sesuatu yang di ambil dari kita dan yang amat kita sayang Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Tabah adalah kunci dan jawapan bagi setiap musibah dan dugaan duka/lara yang Allah telah tentukan untuk kita. Ya!!! saya memang akan sentiasa tabah!!! ^_^

"Mana milik kita, tidak ada milik kita-semua milik Allah"-petikan dari nasyid kumpulan Raihan..

Bermulanya episod haji kami adalah bermula di bumi yang amat ku cintai Madinah al-munawwarah.

Mula-mula perancangan, saya dan suami dan 4 lagi pasangan suami isteri (Malaysia) akan bergerak bersama-sama pada malam Ahad 13 Oktober 2013 bersamaan 13 Zulhijjah 1434H. Tetapi di atas kekangan dan juga masalah lain, kami bergerak lebih awal iaitu pada 12 Oktober 2013, dan hanya 2 pasangan suami isteri sahaja yang dapat menyertai 'kembara' kami ini, iaitu saya dan suami dan juga kak yus dan suami serta anaknya Nawaf (Masyaa Allah sangat comel dan baik)

Kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang malam pertama perjalanan kami menuju ke Mekah. Menempuhi padang pasir dan gelap malam (sungguh di sini dapat kami kutip ibrah dari kisah haji Nabi walaupun jarak dan rintangannya jauh lebih susah di zaman nabi) Alhamdulillah, berdebar-debar tapi Allah lancarkan dan permudahkan perjalanan kami.



bersambung...

Monday, November 25, 2013

POST PERTAMA DI AKHIR PENGHUJUNG 2013


 Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah bersyukur di atas segala nikmat yang Allah kurniakan, pelbagai nikmat yang tidak ternilai dan hamba ini hanya mampu mengucap tahmid tanda syukur yang tidak terhingga, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Kembali mencoret. ^_^

Hampir 3 bulan di bumi Madinah al-Munawarah terasa baru sahaja 3 hari berlalu. Tergerak untuk buka blog ne, wah!!! hampir setahun tak berjenguk dan tak berusik. Al-Maklum dulu sibuk dengan tanggungjawab sebagai pendidik. Walaupun waktu bekerja sehingga 2.00ptg, kadang-kadang perlu balik lewat untuk menyelesaikan tugasan yang bertimbun dan tertanggung. 
(Perlu muhasabah diri)

Di waktu ini Allah memberi kelapangan waktu dan coretan yang bakal di tulis adalah sebagai ibrah, muhasabah, catatan pengalaman terindah dan sebagai lipatan sejarah dalam kehidupan saya untuk di tatap semula di masa akan datang.

Perkara pertama yang ingin di tulis adalah mengenai Travelog haji 2013. Maha Suci Allah yang mengatur dan memberi rezeki buat diri yang hina ini untuk bersama-sama dengan 'dhuyufurahman' berkumpul di Arafah dan menyempurnakan rukun islam yang ke lima.

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ
“Aku datang memenuhi panggilan-Mu ya Allah, Aku datang memenuhi panggilan-Mu, Aku datang memenuhi panggilan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu, Aku datang memenuhi panggilan-Mu, sesungguhnya segala puji, nikmat dan segenap kekuasaan milik-Mu, tiada sekutu bagi-Mu”

Tuesday, September 28, 2010

Saat Lafaz Sakinah

“Sayang.. dalam hidup sayang ada berapa Muhammad yang sayang cintai?”

“Erm.. dua.. Muhammad s.a.w dan………… abang”

****

Maha suci Allah, yang mencipta sekalian kejadian. Segala kejadian menunjukkan kebesaran Tuhan dan kekuasaannya mencipta sesuatu yang tidak mampu untuk ditandingi.

Duhai Hati..

Sedarlah,

Segalanya hanyalah pinjaman,

Saat lafaz sakinah dihembuskan,

Kau berteleku,

Redha dan pasrah,

Kesenangan yang engkau rasai kini,

Juga adalah ujian,

Sebagaimana pernah kau cetuskan,

Di lubuk hatimu,

Akan kegusaranmu,

Tatkala dirimu diuji dengan kesusahan.


Wednesday, May 5, 2010

Note Ringkas..

.......
Ujian hidup adalah guru yang tidak bercakap..
tetapi ia sangat mengajar dan mendidik..
ia hakikatnya adalah komunikasi tanpa suara..
antara Allah dan hambaNya..
kecil atau besar adalah takdir..
usah dipinta kecilkan ujian..
tetapi pintalah dibesarkan IMAN untuk menghadapinya..
......................

Friday, March 12, 2010

Motivasi diri

Saya hanya mahu redha Allah. MengenaliNya, mencintaiNya, merinduiNya, takut hanya padaNya. Ia bukan suatu yang mudah.. Maharnya sangat tinggi dan perlukan tadhiyyah yang tinggi jua..


::Rindu kaabah, mudah-mudahan diberi kesempatan untuk berkunjung ke sana::


Masih teringat niat mula-mula semasa menjejak kaki ke Universiti. “Aku bertekad untuk belajar supaya aku lebih mengenal Pencipta. Patuh dan taat pada suruhan dan laranganNya”.



Saya amat teruja bila di dalam kuliah-kuliah subjek tasawuf. Subjek yang paling diminati. Waktu 1st Year ambil subjek akhlak dan tasawuf, 2nd Year belajar pula mengenai tarekat, kajian aqidah dan lain-lain, dan sekarang belajar mengenai tasawuf perbanding, kajian tasawuf sunni falsafi dan lain-lain. Memang seronok belajar subjek-subjek ni.



Patut la pelajar jabatan lain kata kalau belajar usuluddin ni akan rasa diawang-awangan. Hehe.. ada juga kebenarannya. Sebab semuanya berkaitan dengan hati. Mendidik hati, mengenali ulama’ tasawuf, sufi-sufi, membentuk akhlak diri. Berbincangg mengenai perkara yang non-meterial.



Aplikasi ilmu. Belajar memang mudah. Mana tak mudah, kita mendengar yang bercakap pensyarah. Pensyarah berdiri dihadapan, kita selesa bersandar di kerusi sambil mendengar. Kadang-kadang ada yang mengantuk tersengguk-sengguk menahan mata, mungkin tak faham menyebabkan boring atau tidur lewat. Namun, aplikasi ilmu perlu dititik beratkan supaya ilmu itu terpahat dalam ingatan bukan dikertas-kertas nota sahaja (nasihat pada diri). Saya tidak menuding pada sesiapa, hanya sekadar suka untuk menasihati diri sendiri.





Mengimbau memori lalu



Masih teringat kata-kata kakak saya ketika saya ditingkatan dua, tam (gelaran kakak saya), memang agak tegas. Pernah satu ketika, mintak keputusan periksa saya, “tengok.. tak adil pada ilmu”. Saya terkesima, “kenapa?”(persoalan dalam hati). “Ada A, B,C…bla, bla”. Panjang nasihatnya. Itu dulu, sekarang dah besar-besar, dah tak macam dulu. Dulu tam bujang, sekarang dah berkeluarga (cepat je masa berlalu). Leteran beralih pada anak-anak pula, supaya mereka menjadi insan yang berguna. =)



Kesibukan di“dunia kampus”, kadang-kadang menyebabkan kita tidak adil pada ilmu. Disebabkan kelemahan diri sendiri untuk mengurus diri dan masa. Bila tengok keputusan periksa bagi setiap sem, mesti teringat waktu zaman sekolah dulu, teringat pada pesanan dan nasihat tam. Setiap sem baru, saya akan memperbaharui azam dan tekad. Niat asal ketika mula-mula masuk universiti, masih menjadi tunjang di medan akademik ni. (saya memang sayang sangat pada mak, abah, abang-abang, dan kakak-kakak saya).





Terus, terus, terus kehadapan..

Alhamdulillah, masih ada rasa syukur untuk keptusan sem-sem lepas. Masih berbaki satu sem. Ya, kita perlu berusaha lebih untuk sem ini.



Kita perlu menguasai ilmu didewan-dewan kuliah disamping ilmu-ilmu lain dijadikan nilai tambah pada diri (ilmu yang kita perolehi secara tidak formal).



Saya tidak pernah merasai sekolah agama dulu, cukup manis bila seketika diberi kesempatan untuk belajar dibumi barakah, bumi waqafan, menjadi titik tolak untuk kehidupan selepas itu.



Subahanallah.. Alhamdulillah, mungkin ini hanya sedikit sahaja bila Allah campakkan rasa manisnya Iman dan indahnya hidup dalam Islam, kadang-kadang mampu untuk menjadikan kita sebak (terharu). Sungguh besar nikmat yang Allah berikan, walaupun kadang-kadang diri ini selalu lalai dan kadang-kadang mengulangi kesalahan yang berulang. Semua yang saya coretkan ini hanya sekadar motivasi diri, tidak ada kena mengena dengan sesiapa.. Sejak akhir-akhir ini selalu sahaja terasa sedikit (-_-) ….. Haha.. Nak bangunkan diri, sebelum terlena, takut terlena yang panjang.



“Ya Allah, aku takut menjadi lebih teruk dari sebelumnya.. bantulah diri ini untuk sentiasa berusaha mengislah diri ke arah yang lebih baik, menjadikanku lebih tunduk dan patuh padaMu. Kesudahan yang baik.. Amin..”

"Al-Muhasibi : Tiap-tiap sesuatu ada nilainya, nilai manusia ialah akal dan nilai akal ialah sabar."