Bismillahirrahmanirrahim.
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ
“Aku datang memenuhi panggilan-Mu ya
Allah, Aku datang memenuhi panggilan-Mu, Aku datang memenuhi
panggilan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu, Aku datang memenuhi panggilan-Mu,
sesungguhnya segala puji, nikmat dan segenap kekuasaan milik-Mu, tiada
sekutu bagi-Mu”
Subahanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar.
Pasti sahaja sesiapa yang bergelar muslim merindui saat kaki melangkah ke baitullah al-Haram. Perasaan teruja dan melonjak-lonjak untuk turut serta berhimpun bersama seluruh umat Islam yang terpilih pada tahun ini mengatasi perasaan kesakitan baru sahaja lepas mengalami keguguran / d&c, tambahan luka pembedahan laparoscopy suspek luar rahim masih lagi terasa biar pun sudah hampir 2 bulan berlalu.
Maha suci Allah
Allahlah sebaik-baik perancang. Setiap sesuatu yang di ambil dari kita dan yang amat kita sayang Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Tabah adalah kunci dan jawapan bagi setiap musibah dan dugaan duka/lara yang Allah telah tentukan untuk kita. Ya!!! saya memang akan sentiasa tabah!!! ^_^
"Mana milik kita, tidak ada milik kita-semua milik Allah"-petikan dari nasyid kumpulan Raihan..
Bermulanya episod haji kami adalah bermula di bumi yang amat ku cintai Madinah al-munawwarah.
Mula-mula perancangan, saya dan suami dan 4 lagi pasangan suami isteri (Malaysia) akan bergerak bersama-sama pada malam Ahad 13 Oktober 2013 bersamaan 13 Zulhijjah 1434H. Tetapi di atas kekangan dan juga masalah lain, kami bergerak lebih awal iaitu pada 12 Oktober 2013, dan hanya 2 pasangan suami isteri sahaja yang dapat menyertai 'kembara' kami ini, iaitu saya dan suami dan juga kak yus dan suami serta anaknya Nawaf (Masyaa Allah sangat comel dan baik).
Kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang malam pertama perjalanan kami menuju ke Mekah. Menempuhi padang pasir dan gelap malam (sungguh di sini dapat kami kutip ibrah dari kisah haji Nabi walaupun jarak dan rintangannya jauh lebih susah di zaman nabi) Alhamdulillah, berdebar-debar tapi Allah lancarkan dan permudahkan perjalanan kami.
bersambung...
No comments:
Post a Comment