:: Allahumma solli a'ala Saidina Muhammad

Bercinta hingga ke syurga.. Ameen

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 28, 2013

TREVALOG HAJI SIRI 1

 Bismillahirrahmanirrahim.
 
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ
“Aku datang memenuhi panggilan-Mu ya Allah, Aku datang memenuhi panggilan-Mu, Aku datang memenuhi panggilan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu, Aku datang memenuhi panggilan-Mu, sesungguhnya segala puji, nikmat dan segenap kekuasaan milik-Mu, tiada sekutu bagi-Mu”
 
Subahanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar.

Pasti sahaja sesiapa yang bergelar muslim merindui saat kaki melangkah ke baitullah al-Haram. Perasaan teruja dan melonjak-lonjak untuk turut serta berhimpun bersama seluruh umat Islam yang terpilih pada tahun ini mengatasi perasaan  kesakitan baru sahaja lepas mengalami keguguran / d&c, tambahan luka pembedahan laparoscopy  suspek luar rahim masih lagi terasa biar pun sudah hampir 2 bulan berlalu.

Maha suci Allah

Allahlah sebaik-baik perancang. Setiap sesuatu yang di ambil dari kita dan yang amat kita sayang Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Tabah adalah kunci dan jawapan bagi setiap musibah dan dugaan duka/lara yang Allah telah tentukan untuk kita. Ya!!! saya memang akan sentiasa tabah!!! ^_^

"Mana milik kita, tidak ada milik kita-semua milik Allah"-petikan dari nasyid kumpulan Raihan..

Bermulanya episod haji kami adalah bermula di bumi yang amat ku cintai Madinah al-munawwarah.

Mula-mula perancangan, saya dan suami dan 4 lagi pasangan suami isteri (Malaysia) akan bergerak bersama-sama pada malam Ahad 13 Oktober 2013 bersamaan 13 Zulhijjah 1434H. Tetapi di atas kekangan dan juga masalah lain, kami bergerak lebih awal iaitu pada 12 Oktober 2013, dan hanya 2 pasangan suami isteri sahaja yang dapat menyertai 'kembara' kami ini, iaitu saya dan suami dan juga kak yus dan suami serta anaknya Nawaf (Masyaa Allah sangat comel dan baik)

Kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang malam pertama perjalanan kami menuju ke Mekah. Menempuhi padang pasir dan gelap malam (sungguh di sini dapat kami kutip ibrah dari kisah haji Nabi walaupun jarak dan rintangannya jauh lebih susah di zaman nabi) Alhamdulillah, berdebar-debar tapi Allah lancarkan dan permudahkan perjalanan kami.



bersambung...

No comments:

"Al-Muhasibi : Tiap-tiap sesuatu ada nilainya, nilai manusia ialah akal dan nilai akal ialah sabar."