Perkembangan tasawuf abad ketiga dan keempat hijrah memberi impak kepada pembentukann disiplin ilmu tasawuf. Golongan sufi pada waktu ini dikenali sebagai ahli tasawuf. Pada abad kelima hijrah wujud usaha untuk pemurnian antara fiqh dan tasawuf yang cuba dilaksanakan oleh sesetengah individu yang memahami kedudukannya dalam Islam.
Isu syatahat yang dibawa oleh al-Hallaj menyebabkan dia dianggap oleh ahli fiqh sebagai seorang mulhid. Pertentangan antara fiqh dan tasawuf ini cuba dimurnikan kembali oleh mereka yang menyedari hakikat sebenar kedudukan fiqh dan tasawuf. Kembali kepada konsep wasatiah, tasawuf dan fiqh dimurnikan kembali. Antara tokoh yang berusaha memurnikannya adalah al-Qusyairi atau nama sebenarnya' Abd al-Karim bin Hawazin bin 'Abd al-Malik bin Talhah bin Muhammad al-Naysaburi.
Kemungkinan al-Hallaj tidak bermaksud untuk menyatakan dirinya sebagai tuhan akan tetapi kemungkinan cintanya kepada yang Maha Agung mengatasi segalanya sehingga beliau mengeluarkan kalimah “ana al-Haq”. Pelbagai perbahasan tentang beliau ini sehingga diperakhiran hidupnya, beliau telah dipenggal kepala. Wallahu a’lam. Allah lebih mengetahui kebenaran yang sebenar.
Tasawuf sebagai satu wasilah ibadah yang mampu memberi impak positif kepada pengamalnya berdasarkan lunas-lunas yang digariskan oleh Islam. Al-Sya’rani menggariskan ilmu-ilmu yang muncul dari hati yang bersih, al-ulum, al-adab, al-asrar dan al-haqai’q.
Zuhud
Zuhud
Zuhud sebagai satu maqam dan cara hidup. Pengaplikasian zuhud dalam kehidupan mampu melahirkan sifat qanaah dan lain-lain sifat mahmudah. Ahli tasawuf meletakkan zuhud sebagai maqam yang telah dicapai oleh ahli tasawuf selepas melepasi maqam al-Taubah. Zuhud dengan kehidupan dunia dengan mengutamakan akhirat. “Al-dunya lai’bun wa lahwun”, konsep ini perlu di selarikan dengan “al-dunya mazra’atun al-akhirah”. Tidak ada keindahan dan ketenangan yang hakiki melainkan merasa indah dan tenang diberi kepuasan dalam hati hidup dalam keadaan iman dan Islam.
Aplikasi ilmu teori dalam kehidupan. Ilmu yang dipelajari semestinya wajib diamalkan setelah mengetahui akan kebenarannya. Barulah ilmu itu dikira bermanfaat pada diri dan orang lain.
Tingkatkan taqwa.. Ya Allah.. Hidup dan matikanku dalam iman dan Islam.. Amin
No comments:
Post a Comment