:: Allahumma solli a'ala Saidina Muhammad

Bercinta hingga ke syurga.. Ameen

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 28, 2010

~Aku Seorang Guru~

Hari pertama mengajar. Bergerak dari Bangi. Kak Aisyah dan ina menghantar dan menemani saya. Bergerak seawal 6.30 pagi. Dengan jalan yang sedikit sesak di sebabkan kereta berpusu-pusu menuju ke destinasi mereka. Mungkin menuju ke tempat kerja dan atas lain-lain urusan.

Memang mencabar. Herm.. Melihat kenakalan anak-anak didik. Ya Allah.. hanya Allah lebih mengetahui. Kini saya merasai sendiri menjadi seorang pendidik. Saya sentiasa memotivasikan diri dan memohon padaMu ya Allah untuk terus menguatkan diri ini. Memberi khidmat kepada anak-anak didik supaya mereka mendapat didikan Islam yang sepatutunya.

“Saya kembali kepada masyarakat” walaupun hakikatnya saya juga adalah entiti sebahagian daripada masyarakat.

Pengalaman pertama bekerja.

Danish sayang..

Pengalaman pertama mengajar. Sebaik sahaja habis kelas. Danish akan menuju ke arah saya yang duduk di meja guru bersebelahan pintu kelas. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan saya. Buat pertama kalinya saya menyambut tangan yang dihulurkan. Kelas ke dua dan ketiga begitu juga. Masuk kali yang keempat, saya sengaja melengah-lengahkan untuk keluar kelas, tunggu pelajar lain habis keluar. Danish setia menunggu saya mengemas barang-barang saya, shut down laptop, cabut wayar cable LCD.

“Danish… lepas ni tak perlu salam ustazah lagi ye..”

“Tapi ustazah.. saya tak cium tangan ustazah, saya letak kat dahi je..”

Agak kelakar jawapan Danish. Saya hanya tersenyum dan menarik nafas.

“Ye.. ustazah tahu.. tapi ustazah bukan mahram Danish. Tak boleh bersentuhan kulit.”

“ooooooo…” Mungkin juga dia baru mengetahui.

“Danish dah matang dan dah balighkan”

“Tak lah ustazah.. saya kecil lagi”

“Ok.. Danish dah tahu nie… nanti tak boleh salam dengan orang lain yang bukan mahram kita ye..”

“Baik.. ustazah.. terima kasih ustazah..”

“Good boy”

Bersambung………..

4 comments:

Al-Faqir 'Abdullah Munib ilaiHi said...

Salaam 'alaik Ukht Fatimah. Apa khabar? Masya Allah lama tak dengar khabar.

Masih kenal saya?

Moga Kak Fatimah terus dikekalkan oleh ALLAH ikhlas berjuang pada jalan-Nya.


Ameen ya robbana.

siti fatimah said...

Wa'alaikumussalam... bil khair.. alhamdulillah..

Ye dik, akak masih kenal nta lagi..

Ameen, terima kasih doakan akak.. (^_^)

Al-Faqir 'Abdullah Munib ilaiHi said...

Menarik pengalaman Ukhti jadi Ustazah, melayan kerenah kanak-kanak. Hehe. =)

Saya masih ingat, Ukhti bersama Ukhti Siti Sabiha ada pernah menghadiri program di Anjung Rahmat sekitar tahun 2007.

Doa-doakanlah semoga kita semua dikekalkan Allah dalam perjuangan, ketaatan dan keikhlasan.

Insya Allah, besar sangat-sangat saham akhirat ukhti dengan menjadi guru/ustazah, sebarkan ilmu bermanfaat.

Ila al-Liqo' , ma'as salaamah.

As-Salaa mu'alaikum.

siti fatimah said...

tak de la budak2 sgat.. akak ngaja form 1, 2 n 4.

Ye.. akak ingat.

ameen.. ilalliqo'..

"Al-Muhasibi : Tiap-tiap sesuatu ada nilainya, nilai manusia ialah akal dan nilai akal ialah sabar."