:: Allahumma solli a'ala Saidina Muhammad

Bercinta hingga ke syurga.. Ameen

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 17, 2009

Saringan

Saringan keatas anggota jamaah.



Iman yang benar akan lahir daripada kuatnya mujahadah seseorang untuk membentuk jati diri muslim yang melaksanakan tuntutan agamanya. Said Qutd dalam tulisannya (haza addeen) mengulas mengenai iman yang benar. Pentingnya mujahadah dalam membentuk kesucian jiwa yang terpancar padanya keimanan yang benar. Seringkali manusia diuji dengan kehendak, mengutamakan kehendak daripada keperluan, terutama kemewahan, syahwat dan kesenangan, maka keciciranlah mereka ini dari jalan Allah sekiranya gagal bertindak dan gagal membuat pertimbangan.




Peri pentingnya mujahadah seorang anggota jamaah dalam menghadapi situasi ini. Ia seolah-olah saringan dalam menentukan kelayakan untuk terus thabat di medan ini. Ramai mereka yang keciciran dek kerana berlaku kerosakan pada jiwa. Perkara ini juga ada disentuh oleh said Qutb. Bertepatan bahawa : syaitan akan sentiasa menggangu manusia berpusat pada hatinya.
Ada yang memandang enting permasalah ini. Ya benar, ada golongan yang tegar yang tidak mudah goyah, bagaimana pula sekiranya mereka yang bergelar ahli gerakan yang lemah dan mudah untuk dibolak-balikkan hatinya?

Petikan daripada tulisan said Qutb:

“Perkara pertama yang akan rosak ialah jiwa, menyebabkan ia tidak bermaya lalu semangatnya mulai luntur, motivasinya lemah dan sentiasa dibuai kemewahan dan keseronokan. Akibatnya kehidupannya juga tidak bermaya ataupun hanya aktif untuk memenuhi kehendak nafsu semata-mata. Inilah sebenarnya yang berlaku kepada bangsa-bangsa yang pernah diuji dengan nikmat kemewahan!

Ini adalah sebahagian fitrah manusia yang telah Allah tetapkan. Allah telah tetapkan bahawa fitrah ini dapat berperanan dengan baik jika ia bermujahadah bagi memantapkan manhaj Allah dalam kehidupan manusia dengan menggembeleng segala usaha manusia dan segala kemampuan yang ada pada manusia.

Malahan segala mujahadah dan ujian ini merupakan satu-satunya cara yang praktikal untuk menyaring anggota jamaah (selepas menapis jiwa) bagi membersihkan jamaah Islam daripada anggota yang tidak bermaya, membebankan dan goyah, anggota yang memiliki jiwa dan hati yang lemah, anggota yang bermuka-muka, munafik dan suka disanjung.

Ini adalah hakikat yang Allah ingin ajarkan kepada jamaah Islam ketika jamaah ini menghadapi sebarang ujian dan cubaan. Melalui ujian ini akan tersingkap segala yang disembunyikan oleh hati seterusnya akan menyaring anggota jamaah ini. Penyaringan ini hanya boleh dilakukan melalui beberapa siri ujian dan proses yang sukar, iaitu setelah melalui pahit maung penderitaan.”


Firman Allah :

"...Supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya) dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati syahid. Dan (ingatlah) Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir." (Aali Imran: 140-141).

Keperluan mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan segala macam bentuk mehnah.

Persiapkan diri untuk menjadi tegar dan kuat bila di timpa mehnah / tribulasi dan musibah. Menjadikan aset fitrah dan pengalaman sebagai titik tolak pemangkin diri untuk terus mengorak langkah dengan penuh yakin. InsyaALLAH.



::Sentiasa menasihati diri :: Duhai diri.. sediakan bekalmu secukupnya.

No comments:

"Al-Muhasibi : Tiap-tiap sesuatu ada nilainya, nilai manusia ialah akal dan nilai akal ialah sabar."