:: Allahumma solli a'ala Saidina Muhammad

Bercinta hingga ke syurga.. Ameen

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 5, 2009

INTIPATI KULIAH US MAZLAN





ISRAILIYAT.

Kalimah Israiliyat dikaitkan dengan kisah-kisah yang dibawa masuk dalam penafsiran al-Quran dan hadis nabi. Sumber tafsir israiliyat adalah daripada thurath Yahudi (kitab taurat) yang terkandung padanya pengajaran serta sumber kedua adalah thurath Nasrani (kitab injil). Telah berlaku tokok tambah di dalam kedua-dua kitab ini.
Kisah yang datang bukan daripada dua sumber dan diselitkan didalam penafsiran al-Quran dan hadis nabi juga dipanggil tafsiran israiliyat.


FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASUKNYA ISRAILIYAT DALAM TAFSIR:

1) Kerana taurat dan injil terdapat kisah-kisah yang manusia ingin tahu seperti kejadian alam, kejadian manusia dan lain-lain.
2) Ingin mengetahui kisah para nabi dan umat terdahulu secara terperinci.
3) Dalam al-Quran hanya ringkasan, tetapi dalam kitab-kitab terdahulu banyak secara terperinci seperti nama-nama pemuda al-Kahfi, warna anjing mereka dan lain-lain.
4) Manusia berkeinginan ingin tahu tentang sesuatu.
5) Sesetengah golongan mufassirin ada yang terlepas pandang mengenai sanad. Atau ada sesetengahnya hanya menukilkan kisah sahaja.

ULAMA’ MEMBAHAGIKAN KEPADA 3:

1) Maqbul: Apa yang diketahui kesohehannya diambil daripada nabi (contoh kisah nabi Khaidhir). (diterima).
2) Maskud a’nhu: Yang tidak ketahui kesohehan atau riwayat tersebut tapi boleh diambil sebagai peringatan. (boleh ambil ibrah atau boleh abaikan).
3) Yang bertentangan dengan syariat Islam dan akal. (tertolak).

Antara kitab yang banyak menukilkan bersumberkan israiliyat dengan tujuan mengambil ibrah adalah seperti tafsir Ibn Kathir. Pengambilan dari sumber israiliyat hanyalah bertujuan sebagai ibrah tetapi tidak boleh dijadikan sumber hujah.

No comments:

"Al-Muhasibi : Tiap-tiap sesuatu ada nilainya, nilai manusia ialah akal dan nilai akal ialah sabar."