:: Allahumma solli a'ala Saidina Muhammad

Bercinta hingga ke syurga.. Ameen

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 11, 2009

Ramadhan Kareem



Tanggal 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah (Jumaat), terjadi peperangan Badar al-Kubra. Sebuah peperangan yang besar dan pertama kali berlaku antara kaum muslimin menentang kaum musyrik. Pertempuran terjadi berhampiran sebuah lembah di kota Madinah iaitu di Badr. Kekuatan kaum muslimin seramai 300 orang menentang kekuatan kaum kuffar seramai 1000 orang.

Tanggal 18 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah, peristiwa futuh Makkah (membebaskan Mekah), era baru Islam setelah Islam ditindas dan dizalimi.

Ramadhan tahun ke-9 Hijrah, Kaum Muslimin di bawah pimpinan panglima Thariq bin Ziad membuka Andalusia (Spanyol)- Futuh Andalusia.

Banyak lagi sejarah daripada sirah-sirah terdahulu yang boleh dijadikan peniup semangat dan motivasi diri. Kisah kegemilangan Islam bukan sekadar dalam lipatan sejarah akan tetapi perlu diulang mungkin dalam versi terbaru berdasarkan mehnah dan tribulasi kini. Ibrahnya diambil daripada sejarah lampau yang diadaptasikan ke realiti sekarang.

Mungkin, dengan akal yang cetek ada yang beranggapan bahawa sesuatu yang luar biasa, Islam dapat membentuk sejarah dengan siri-siri kemenangan dan kegemilangan tambahan dicapai sewaktu bulan Ramadhan. Didalam keadaan lapar dan dahaga serta bilangan yang sedikit, bagaimana mampu?

Kekuatan Islam bukan letaknya diperut.. tetapi dihati dan akal..

Bagaimana kekuatan hati dan akal dapat memberi kemenangan kepada Islam?

Menurut ahli tasawuf, seseorang akan terus “hidup” sekiranya hati dan akal “dipelihara”. Pemerkasaan hati dan akal akan membentuk kesungguhan dalam beramal, kecekalan dalam berjihad, ketajaman dalam mengatur strategi..


Kembali mengkoreksi diri:

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

No comments:

"Al-Muhasibi : Tiap-tiap sesuatu ada nilainya, nilai manusia ialah akal dan nilai akal ialah sabar."