:: Allahumma solli a'ala Saidina Muhammad

Bercinta hingga ke syurga.. Ameen

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 17, 2009

Ibrah..

HAKIKAT MATI


Sekilas mengenai hidup dan mati

Manusia terdiri daripada dua komponen besar yang saling bergantungan iaitu roh dan jasad. Mati ialah terjadinya pemisahan antara roh dan jasad. Jasad yang dijadikan daripada tanah akan kembali kepada tanah manakala roh (hanya Allah sahaja ynag lebih mengetahui hakikat sebenar roh) akan kembali kepada Tuhan penciptanya. Unsur roh menyebabkan manusia melihat, mendengar, merasa, berfikir dan lain-lain. Semua keadaan inilah yang akan menjadi manusia gembira, sedih, marah dan lain-lain.


Roh atau rohani mempunyai banyak nama, mengikut fungsinya. Dinamakan roh atau jiwa ataupun nyawa dalam fungsinya menghidupkan, dinamakan akal dalam fungsi memikir, mencari sebab dan akibat, mengigat dan menghayal. Dinamakan hati atau kalbu dalam fungsinya mengimplimintasikan perasaan. Dinamakan nafsu dalam fungsinya berkeinginan dan kehendak. Oleh itu rohani terdiri daripada empat unsur iaitu roh, akal, hati dan nafsu.


Firman Allah:

“Dan mereka akan bertanya kepada (Muhammad) tentang roh, katakanlah: Roh itu urusan Tuhanku, dan kami tidaklah diberi pengetahuan kecuali sedikit.” (al-Isra’ : 85)

Para ulama’ menyatakan bahawa kematian bukan hanya musnah atau lenyap tetapi adalah terputus atau terpisahnya hubungan antara roh dan jasad, bertukar atau berpindahnya suatu keadaan kepada keadaan yang lain, suatu tempat ke tempat lain, dan mati merupakan salah satu musibah yang paling besar. Para ulama’ berkata, “Tetapi ada hal yang lebih dasyat daripada kematian, yaitu lalai dalam menghadapi kematian, serta meninggalkan amal soleh yang merupakan bekalan selepas mati. Bahkan pada kematian itu terdapat ibrah yang dapat difikir dan diambil pelajaran”.

Didalam suatu riwayat diceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Seandainya binatang-binatang itu mengetahui tentang kematian, maka kamu tidak mengenal makanan yang telah membuatmu menjadi gemuk”.

Mati dinamakan musibah berdasarkan firman Allah:

Maksudnya: “Lalu kamu ditimpa bahaya –musibah-kematian” (Surah Maidah:ayat 106).



Kesempatan bertaubat untuk memohon redha Allah

Al-isti’tab ialah memohon keredhaan. Keredhaan Allah hanya akan diperolehi oleh persalah maksiat setelah bertaubat serta tidak mengulangi perbuatan dosa tersebut. Diriwayatkan daripada Sahl ibn ‘abdullah at-Tastari, dia berkata, “mengangan-angankan kematian adalah dilarang, kecuali untuk tiga keadaan iaitu; orang yang tidak mengetahui apa yang akan terjadi setelah kematian, orang yang lari dari takdir Allah, dan orang yang ingin sekali berjumpa dengan Allah”.


Rasulullah melarang manusia untuk mengharapkan kematian. Hadis Rasulullah “Janganlah salah satu diantara kalian mengharapkan kematian kerana ditimpa musibah. Jika ada musibah, maka hendaklah dia berdoa : Ya Allah, hidupkanlah aku, jika hidup itu lebih baik bagiku. Matikanlah aku jika mati itu lebih baik bagiku”. Manusia boleh mengharapkan kematian dengan syarat mengharapkan kematian dengan pasrah terhadap qadha’ dan qadar Allah, yang lebih utama ialah sabar dan tenang dalam menghadapi takdir Allah.


Memadailah kematian itu sebagai nasihat. Setiap manusia berjalan menuju kematian. Ia adalah ketentuan yang pasti. Dimana ia (kematian) menghina para perlaku kezaliman dan melumpuhkan semua perlaku maksiat. Orang derhaka pada ketika itu akan insaf dan orang yang berdosa akan kembali bertaubat.


Sakitnya sewaktu sakarat ada diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa ketika Rasulullah akan wafat, baginda meletakkan sehelai kain basah di antara wajahnya memandangkan beratnya sakaratul maut yang bakaldihadapi. Tatkala itu Rasulullah mengucapkan (maksudnya) “Lailahaillallah, Lailahaillallah, Lailahaillallah.. sesungguhnya setiap kematian itu ada sakaratnya.. Ya Allahh bantulah aku menghadapi sakaratul maut.. Ya Allah, ringankanlah bagiku sakaratul maut”.



Mati dan hidup sesudah mati

Kehidupan selepas mati adalah kehidupan kedua setelah berlaku kematian. Kehidupan kedua ini adalah dikatakan kehidupan akhirat. Kubur merupakan tempat persinggahan awal sebelum ke akhirat. Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Hani’ ibn Utsman, dia berkata: Apabila Utsman berada di kuburan, maka dia pasti menangis, sehingga janggutnya dibasahi dengan air mata. Seseorang bertanya kepada Utsman “wahai Utsman, kenapa saat engkau mengigati syurga dan neraka engkau tidak menangis tetapi saat berada di sini (kubur) engkau menangis?”. Utsman menjawab, “Rasulullah s.a.w bersabda: Kubur merupakan tempat persinggahan awal menuju akhirat. Apabila seseorang selamat di sana (kubur), nescaya seterusnya dia akan selamat. Tetapi apabila seseorang tidak selamat di sana (kubur), nescaya seterusnya dia akan lebih menderita”.


~Aku perlukan bimbinganMU Allah~

1 comment:

An said...

mati yang pasti, tapi kebanyakan manusia amat mudah melupakannya.

"Al-Muhasibi : Tiap-tiap sesuatu ada nilainya, nilai manusia ialah akal dan nilai akal ialah sabar."