- Selamat tahun baru.
- Selamat berhijrah ke tahun baru dengan semangat baru.
- Semoga hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini.
Thursday, December 30, 2010
201....?
Monday, December 20, 2010
CIK-gu..

Friday, November 12, 2010
Owh... Anak-anak didikku..
Anak ibarat kain putih,
Yang fitrahnya putih seputih-putihnya,
Bersih lagi suci,
Kita adalah mata pena yang mencorakkan diri tersebut.
Anak-anak didiku, biarpun tiada pertalian darah antara kita,
kita ada pertalian akidah.
Monday, November 1, 2010
Color...

Setiap individu secara tidak langsung sebenarnya masing-masing mempunyai harapan. Begitu juga kita sebagai seorang muslim khususnya, pasti mengharapakan kesudahan yang baik dalam kehidupan. Hidup yang dilalui sehari-hari yang penuh dengan ‘warna-warni’. Kadang dihiasi dengan warna yang indah dan ceria dan kadang jua dihadapkan dengan warna yang suram dan duka. Itulah kita, manusia yang bertatih di buminya. Berkelana menuju titik nokhtah penghujung pengakhiran kehidupan di dunia dan menuju ‘pintu’ kehidupan baru di alam lain.
“Kita harus bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita” tercetus dari mulut kak Fadhilah. Alhamdulillah, saya bersyukur, Allah sentiasa memberikan saya sahabat yang selalu mengingatkan kembali kepada Pencipta. “Patah tumbuh, hilang berganti”.
Alam pekerjaan yang mempunyai cabaran yang berbeza dengan zaman menuntut di kampus. Mengajar saya untuk lebih berdikari. Kembali bekerja. Hampir dua bulan ‘merehatkan diri’, tanggal 04 Okt 2010 saya kembali berkhidmat mendidik anak bangsa.
“Ya Allah tiada daya upaya bagi kami untuk melawan takdirMU. Berikan kecekalan pada hati-hati kami, di dalam melalui liku-liku hidup yang penuh dengan ‘warna-warni’” ini.
Thursday, October 28, 2010
I bulan 16 hari
26 Oktober 2010. Sayu rasa hati. “Abang fly hari khamis nie”. Saya masih teringat dan terasa terngiang-ngiang lagi, bait kata ini. Sebaik sahaja habis mengajar sesi petang kafa, suami menjemput saya di sekolah. Begitulah rutin sehari-hari hampir sebulan selepas mendirikan rumah tangga.. Saat-saat yang paling berharga sebelum suami pergi meneruskan ‘perjuangan’ jihad ilmunya dibumi barakah, bumi nabi dan tempat tumpah darah para syuhadak.
“Apa perasaan abang sekarang?” Soal saya pada suami. “Erm.. perasaan untuk apa tu?” “Perasaan.. erm.. Abang rasa gembira sangat” Pada sangkaan saya, mungkin akan terpacul dari mulutnya perasaan sedih, sayu. Rupanya perasaan gembira melebihi lagi. Saya bertekat tidak mahu menunjukkan riak wajah sedih untuk pemergiannya buat seketika dalam misi kembara ilmunya. Saya perlu gembira jua, perlu merasai perasaan gembira suami..
Alhamdulillah, saya Berjaya tidak menitiskan sedikit pun air mata sehingga suami berlepas. Tapi apakan daya, menitis juga, tatkala along memeluk dan memberi kata-kata semangat untuk diri ini sebaik sahaja kami bergerak meninggalkan KLIA. Berbeza perasan ini, sebelum dan selepas kahwin. Kalau dulu tidak kisah, kini menjadi kisah. Segala urusan kami, saya serahkan dan pulangkan kembali kepada Allah, tuhan yang memcipta kita, dan tempat selayaknya untuk kita bertawakkal.
Terima kasih kepada mak, mak, abah , ayah dan adik-beradik dan ipar-ipar serta semua yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan sentiasa mendoakan kebaikan untuk diri ini.
Tanah yang dipijak, masih tanah yang sama
Udara untuk bernafas, masih udara yang sama
Kita masih berada di bumi Allah yang satu ini
Cuma jarak yang memisahkan jasad kita
Selagi nyawa di kandung badan
Doaku sentiasa mengiringimu
Moga Allah memberi ketabahan buat kita
~Bercinta hingga ke syurga~
Tuesday, October 5, 2010
[ TERBANG ]
Terbanglah..
Untuk satu matlamat..
Untuk menggapai tujuan..
Untuk membawa semangat ummat..
Untuk menyumbang khidmat..
Kepada ad-din..
Terbanglah..
Sebebasnya..
Selagi meletakkan syariat..
Sebagai benteng..
Pembatas antara abyadh dan aswad..
Doaku mengiringimu selalu..
Biar jauh dari penglihatan..
Namun sentiasa di ingatan..
Diriku ada pada semangatmu..
Ya Allah.. Peliharalah kami..
Tuesday, September 28, 2010
Saat Lafaz Sakinah
“Sayang.. dalam hidup sayang ada berapa Muhammad yang sayang cintai?”
“Erm.. dua.. Muhammad s.a.w dan………… abang”
****
Maha suci Allah, yang mencipta sekalian kejadian. Segala kejadian menunjukkan kebesaran Tuhan dan kekuasaannya mencipta sesuatu yang tidak mampu untuk ditandingi.
Duhai Hati..
Sedarlah,
Segalanya hanyalah pinjaman,
Saat lafaz sakinah dihembuskan,
Kau berteleku,
Redha dan pasrah,
Kesenangan yang engkau rasai kini,
Juga adalah ujian,
Sebagaimana pernah kau cetuskan,
Di lubuk hatimu,
Akan kegusaranmu,
Tatkala dirimu diuji dengan kesusahan.
