28 Oktober 2010 Sungguh cepat masa berlalu. Pejam celik sudah 1 bulan 16 hari tempoh perkahwinan saya dengan suami yang sangat dicintai. Moga Allah sentiasa memelihara perhubungan ini, di bawah lembayung kebahagiaan membina keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah.. InsyaAllah. Ameen.
26 Oktober 2010. Sayu rasa hati. “Abang fly hari khamis nie”. Saya masih teringat dan terasa terngiang-ngiang lagi, bait kata ini. Sebaik sahaja habis mengajar sesi petang kafa, suami menjemput saya di sekolah. Begitulah rutin sehari-hari hampir sebulan selepas mendirikan rumah tangga.. Saat-saat yang paling berharga sebelum suami pergi meneruskan ‘perjuangan’ jihad ilmunya dibumi barakah, bumi nabi dan tempat tumpah darah para syuhadak.
“Apa perasaan abang sekarang?” Soal saya pada suami. “Erm.. perasaan untuk apa tu?” “Perasaan.. erm.. Abang rasa gembira sangat” Pada sangkaan saya, mungkin akan terpacul dari mulutnya perasaan sedih, sayu. Rupanya perasaan gembira melebihi lagi. Saya bertekat tidak mahu menunjukkan riak wajah sedih untuk pemergiannya buat seketika dalam misi kembara ilmunya. Saya perlu gembira jua, perlu merasai perasaan gembira suami..
Alhamdulillah, saya Berjaya tidak menitiskan sedikit pun air mata sehingga suami berlepas. Tapi apakan daya, menitis juga, tatkala along memeluk dan memberi kata-kata semangat untuk diri ini sebaik sahaja kami bergerak meninggalkan KLIA. Berbeza perasan ini, sebelum dan selepas kahwin. Kalau dulu tidak kisah, kini menjadi kisah. Segala urusan kami, saya serahkan dan pulangkan kembali kepada Allah, tuhan yang memcipta kita, dan tempat selayaknya untuk kita bertawakkal.
Terima kasih kepada mak, mak, abah , ayah dan adik-beradik dan ipar-ipar serta semua yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan sentiasa mendoakan kebaikan untuk diri ini.
Kita masih bernaung di langit nan biru yang sama
Tanah yang dipijak, masih tanah yang sama
Udara untuk bernafas, masih udara yang sama
Kita masih berada di bumi Allah yang satu ini
Cuma jarak yang memisahkan jasad kita
Selagi nyawa di kandung badan
Doaku sentiasa mengiringimu
Moga Allah memberi ketabahan buat kita
~Bercinta hingga ke syurga~
Tanah yang dipijak, masih tanah yang sama
Udara untuk bernafas, masih udara yang sama
Kita masih berada di bumi Allah yang satu ini
Cuma jarak yang memisahkan jasad kita
Selagi nyawa di kandung badan
Doaku sentiasa mengiringimu
Moga Allah memberi ketabahan buat kita
~Bercinta hingga ke syurga~
1 comment:
Post a Comment