:: Allahumma solli a'ala Saidina Muhammad

Bercinta hingga ke syurga.. Ameen

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 16, 2009

Mendidik diri..


Penulis masih terasa baru dalam gerakan dakwah Islam. Terasa terlalu cetek ilmu dan kefahaman. Namun jauh disudut hati, penulis amat bersyukur dengan nikmat ini, ia sebagai wasilah untuk diri ini menikmati nikmat Islam dan Iman. Nikmat yang terbesar yang dikurniakan oleh Allah. Alhamdulillah… Menjadi cita-cita dan amat berharap dengan sepenuh hati untuk mati dalam husnul khatimah, dalam nikmat limpahan iman di dalam hati yang menjadi bukti kebenaran pengIslam diri.

Mengkagumi diri seorang pejuang agama.


Amat mudah di era globalisasi sekarang untuk kita menimba ilmu dan memperteguhkan kefahaman agama. Dunia dihujung jari. Bila hati ini terasa kusam dan kekeringan, dahagakan ilmu, pantas sahaja jari jemari penulis menaip diruangan google. Ntah kenapa diri ini tergerak hati untuk mencari maklumat dan karya-karya tulisan Said Qutb pada kali ini. Walaupun sebelum ini pernah disentuh didalam usrah beberapa kali mengenai diri beliau dan karya-karyanya. Tetapi diri ini masih tidak mengenali tokoh ini dengan mendalam.


Mungkin dek kerana diri terasa seakan-akan lemah dan tidak bersemangat. Dengan harapan pembacaan ini dapat mengembalikan semangat dan dapat memandu diri dalam menerjah kehidupan yang amat mencabar.


Beliau amat mencintai al-Quran.


"Saya mula membaca al-Quran ketika saya masih kecil lagi. Walaupun fikiran saya ketika itu masih tidak cukup untuk memahami maksud dan kehendak ayat-ayat ini cuma saya dapat rasakan sesuatu. Setiap kali saya membaca al-Quran ianya tergambar dalam khayalan saya. Gambaran ini memang aneh tetapi saya dapat rasakan kepuasan dan keseronokannya." Inilah kata-kata beliau yang dapat dijadikan inspirasi kita.

Subahanallah…

Syahid cita-cita teragung

Kata-kata beliau sebelum dihukum ditali gantung :

"Jari telunjuk ini yang menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah tidak mungkin sama sekali akan menulis coretan yang hina dan mengampu-ampu. Jikalau sememangnya saya layak dipenjara, saya reda menerimanya. Tetapi jikalau saya dipenjara dengan zalim, saya sama sekali tidak akan tunduk memohon belas kasihan daripada orang vang zalim..."

Allahuakbar!!

Ruh kefahaman dan penghayatan seperti beliau ini perlu diserapkan didalam diri kita (terutama penulis) bagi melahirkan jiwa-jiwa yang sanggup berkorban untuk menjadi pendokong agama Allah, sedia berada dibarisan hadapan bukan kerana mahukan pangkat dan jawatan akan tetapi individu yang pertama yang akan mempertahankan kalimah suci “lailahaillallah” agar bumi ini sentiasa subur dengan kalimah tauhid.

Ya, kadang-kadang diri kita sering di belenggu dengan memikirkan masalah picisan. Padahal terlalu banyak masalah umat yang tidak selesai dan mengharapkan rawatan dan pembelaan. Manifestasi keimanan dan pengakuan keislaman kita perlu diterjemahkan dalam amal dan perbuatan.

Ya Allah.. kuatkan keyakinan kami dengan agamaMU.



Ya Allah..Berikanlah kelancaran gerak kerja Islamku sebagai mana taklifan yang telah diamanahkan dibahuku..

No comments:

"Al-Muhasibi : Tiap-tiap sesuatu ada nilainya, nilai manusia ialah akal dan nilai akal ialah sabar."