:: Allahumma solli a'ala Saidina Muhammad

Bercinta hingga ke syurga.. Ameen

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 1, 2009

LAGI.. KOREKSI DIRI

Nasihat buat diri



Teringat pesan seorang sahabat.. “Jaga hak jiwa, baik dalam tutur kata demi kelangsungan hubungan jiwa dengan orang lain.” Kata sahabat lagi “etika dalam hubungan sesama insan bermula dari kata-kata, menegur boleh tapi dengan cara yang berhemah. Demi kelangsungan perhubungan dua hala.”

Pesan sahabat lagi, “Berkata bila perlu, elak daripada banyak berkata takut terlajak kata menyebabkan banyak dosa dan banyak hati terluka.”

Ibn Arabi pernah menukilkan bahawa:
“Sesungguhnya penyakit jiwa ialah bentuk kata-kata dan perbuatan, dan pembahagian dalam bentuk kata-kata itu banyak, tetapi punca dan ubatnya hanya dua: Pertama, tidak berkata apabila ingin berkata, dan kedua, tidak berkata melainkan ketika mana sekiranya kamu diam dari berkata-kata, dikira sebagai maksiat, sekiranya tidak jangan berkata-kata.”


Begitu juga Imam Ghazali ada menceritakan kisah dalam Ihya’ Ulumuddin:

Dikatakan kepada Nabi Isa a.s :Tunjukkan kepadaa kami amalan yang membawa kami ke Syurga.
Nabi Isa menjawab : Jangan berkata selama-lamaya
Mereka berkata : Kami tidak mampu untuk melakukan sedemikian.
Nabi Isa berkata : Maka janganlah kamu berkata melainkan dengan kebaikan.

Nabi Muhammad saw memberi banyak ingatan mengenai perkara itu. Antaranya sabda Baginda bermaksud: "Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Pesan Rasulullah lagi bermaksud: "Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya." (Diriwayatkan oleh Baihaqi).

Nabi Muhammad bersabda lagi bermaksud: "Sesiapa mengawal lidahnya (daripada memperkatakan kehormatan orang), maka Allah akan menutup kecelaannya (hal yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya daripada seksa-Nya. Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya." (Hadis riwayat Ibnu Abib-Duanya).

Demi kelangsungan hubungan sesama insan, kita perlu menjaga hak jiwa-jiwa dan demi kelangsungan Islam kita boleh berkongsi jerih perih perjalanan yang kita sama-sama lalu, tapi tidak sama sekali dalam soal peribadi atau keluarga sendiri. Mungkin ada sesetengah merasakan perlu berkongsi tanda ‘ukhuwah’ , tapi ada juga yang hanya mendiamkan diri tidak mahu dengan tujuan tidak merencatkan gerak kerja Islam.


Ya Allah, Jadikanlah kami insan yang berkata-kata dengan kata-kata yang bermanfaat, selagi mana kami diberi kesempatan untuk menggunakan nikmat ini, sebelum ia dikunci dan hanya anggota lain menjadi saksi kepada amalan kami di alam lain nanti... Amin


:: Maaf khilaf diri :: Pesanan buat diri:: nota buat insan 'berkenaan'::

No comments:

"Al-Muhasibi : Tiap-tiap sesuatu ada nilainya, nilai manusia ialah akal dan nilai akal ialah sabar."