:: Allahumma solli a'ala Saidina Muhammad

Bercinta hingga ke syurga.. Ameen

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 4, 2009

Sahabat..

::Kenangan::

"Sahabat...

Jika hari ini aku terlalu gembira..

Sedarkan lah aku dengan amaran-amaran ALLAH..

Jika aku bersedih tanpa kata..

Bimbinglah aku dengan tarbiyah pencipta..

Jika ku lemah tsk berdaya..

Ingatkan aku dengan keindahan dan kenikmatan syurga..

Jika ada diantara kita ada tembok yang memisahkan..

Ajaklah aku meleraikan segera..

Maafkan diriku andai hatimu terluka..

UKHUWWAH KITA UNTUK SELAMANYA.."



::G main bowling gan cik sal, cik yah, kak nad, cik dil n cik yam.. best=)::


Wednesday, June 24, 2009



Pengemudi bahtera kehidupan mengeluh kehampaan..
Berkali-kali mengayuh tidak jua sampai kemuara..
Ntah mengapa cuaca suram..
ombak badai bergelora seperti tidak ada hentinya...
Pengemudi bahtera kehidupan kembali mengumpul semangat...
Setelah bermuhasabah,
menilai teknik dan langkah yang diambil mungkin tidak menepati kaedah yang terbaik untuk menempuhi lautan yang terbentang luas...

"Ya Allah berikanlah kekuatan kepadaku untuk menuju kemuara"
Keluh pengemudi bahtera...
Pengemudi bahtera kembali bersemangat...
Berbekalkan keyakinan dengan pertolongan Allah dan meletakkan pergantungan hanya kepada Allah,
pengemudi bahtera kembali mengemudi bahtera menuju ke muara...
Tampak ceria di wajah pengemudi bahtera melihat muara yang ingin dituju semakin hampir...

Tiba-tiba...
Petir sambung menyambung...
Lautan bertambah gelora...
Lebih hebat berbanding sebelumnya..
Pengemudi bahtera terduduk kaku, tergamam...
"Tidak ada harapan untukku kembali ke muara" getus hati kecil pengemudi bahtera...
Pengemudi mendiamkan dirinya..
Hanya tawakkal dan doa mengiringi setiap degup jantungnya...
" Ya Allah aku bertawakkal kepadaMu, cukuplah Engkau bagiku..."
Pasrah pengemudi bahtera...

Tidak semena-mena tanpa diduga..
Datang ombak besar...
Pengemudi menutup mukanya dengan kedua belah tangannya..."Allah" Hanya satu-satu kalimah ini sahaja yang terkeluar dari mulut pengemudi bahtera...
"Allah..Allah..Allah"..
Dalam benak fikiranya hanya memikirkan kesudahan kehidupannya...
Agak lama pengemudi berkeadaan sedemikian rupa, menutup wajahnya...
Cahaya menembusi dicelahan jemarinya, menyilaukan pandangan...
Pengemudi bahtera cuba membuka sedikit demi sedikit jemari tangannya...
Namun.. masih ada cebisan perasaan gementar dihatinya...

~Dari hati seorang sahabat~

Tuesday, June 2, 2009

Belajar daripada Alam..

Daratan hanya 1/4 daripada bumi...
3/4 adalah terdiri daripada lautan yang terbentang luas..
Kalu kita fikir ikut logik..
1/4 daratan dihuni oleh manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan..
Maka.. manusia hanyalah golongan minoriti..
Tapi diberi keistimewaan oleh Allah berbanding makhluk lain..
Seharusnya kita perlu belajar daripada alam..
Alam sentiasa mengikut lumrah dan fitrah kejadiannya..




Sabda Rasulullah : "Tafakkaru a'ala khalqillah wa la tafakkaru a'la zatihi"






Maksud firman Allah:

30. Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

31. Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani.

32. Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal, sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan Kami) yang ada padanya.

33. Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).

34. Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini). Maka kalau engkau meninggal dunia (wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya?

35. Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

(al-Anbiya' ayat 30-35)

~Kembali menilai~Muhasabah diri~
~ALPA~


Sunday, May 10, 2009

Buta Mata tapi Celik Mata Hati

PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN BERMODULAR OKU ISTIMEWA
Anjuran bersama: PERKIM, JAWI dan MAB


"Saudara baru OKU melaksanakan praktikal solat"

"Boleh tolong tak g jadi wakil PERKIM UKM untuk program bengkel orang buta solat?" Pinta sahabat penulis malam sebelum program ini diadakan. "Boleh" Pada tanggapan penulis, kami adalah peserta bagi bengkel tersebut. Memandangkan penulis tidak pernah terdedah bagaimana untuk menguruskan dan membantu OKU, penulis tertarik dah terus bersetuju untuk menyertai bengkel tersebut.

Setibanya kami di tempat kejadian...

"Pendaftaran peserta kat mane ye puan?" Penulis bertanya kepada puan yang duduk bersebelahan pintu masuk. "Dari mana?" "UKM" Jawab penulis ringkas. "Sila duduk dibelakang tempat duduk peserta ye, pemerhati..". Penulis 'kepelikan' mendengar jawapan tersebut. Tanpa soal penulis bersama dua orang sahabat lagi (yang turut serta) mengatur langkah menuju ke kerusi dibelakang peserta.

Selang beberapa minit...

Ustaz muttaqiin (dari PERKIM) memanggil kami keluar dari dewan.

Di luar dewan...

"Bengkel mula dalam pukul 3 lebih.. Kamu 5 orang jadi fasi dan bantu saudara baru OKU (buta) memperbaiki solat mereka." Kami bertiga (penulis dan 2 orang sahabat tadi) saling berpandangan.. Rupa-rupanya bukan jadi peserta tapi jadi fasi rupanya.. Kami dah tersalah anggap..



"Membantu saudara baru OKU"

Bersyukur dengan nikmat pancaindera yang dikurniakan Allah..

Penulis kagum dengan semangat saudara baru OKU dalam mendalami Islam.. Dalam serba kekurang, mereka nampak bersemagat dan jelas riak wajah yang jelas bersungguh-sungguh ingin memahami Islam.

Penulis terkesan dengan kata-kata seorang peserta bengkel:

"Kamu buta, adakah kamu ingin buta buat kali kedua disebabkan tidak mahu menerima kebenaran Islam?" Persoalan yang diajukan kepada sahabat-sahabatnya yang lain ketika slot perkongsian bersama saudara baru. "Subahanallah, walhamdulillah, wallahuakbar" Getus hati penulis melihat respon dan reaksi wajah-wajah yang dicampakkan nur hidayah kedalam hati mereka.


"Praktikal"

Sedangkan insan yang buta mampu melihat kebenaran Islam dengan 'mata hati' mereka, inikan pula kita insan yang diberi peluang untuk melihat kebesaran penciptaan Allah dimuka bumi dan cakerawala...ADAKAH KAMU TIDAK BERFIKIR???..


"Sebahagian yang turut terlibat"

Semoga Allah tetapkan hati-hati kita, hati orang-orang yang menerima kebenaran Islam , sentiasa thabat dalam norma-norma hidup Islam, hidup dan mati dalam Islam dan dilimpahi keimanan dan sentiasa dalam redhaNya.. AMIN..

Saturday, May 9, 2009

Kisah Kasih Ibu..


Sebagai renungan diri yang bergelar anak..


"Raudah Hananiy n Fawaz Ahmadiy"

KISAH 1

Kesemua wajah yang hadir jelas terpancar "lukisan" garis-garis halus di wajah, tanda banyaknya keringat yang telah dikeluarkan, menampakkan wajah yang dimamah usia. Menghabiskan sisa-sisa baki hidup dengan menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu.


KISAH 2

Pengalaman usrah ditempat praktikal:

Naqibah memulakan " Usrah santai" (sewaktu kaum muslimin menunaikan solat jumaat) dengan membuka majlis dengan surah al-Fatihah.

Topik yang disentuh banyak berkaitan tentang ibu..

"Nyatakan kata-kata ibu yang masih terpahat di benak fikiran kita sampai ke hari ini.." Naqibah mencetuskan idea, menggerakkan minda kami, menyingkap memori yang tersimpan didalam "disket" ingatan kami..

Terlalu banyak..

Cuma, penulis terkesan mendengar luahan dari hati seorang ibu (sewaktu usrah tersebut), lebih kurang seusia ibu yang mungkin sudah mempunyai anak yang sudah dewasa..

"Bila, anak-anak dah besar nie.. hati seorang ibu.. Kalau lama anak tak balik.. risau rasa hati."

Mungkin perkara yang sama dirasai bagi ibu-ibu yang lain..




"Ahmad Yasin"


Kisah 3

Penulis sempat mengikuti ibu penulis ke majlis ilmu sewaktu pulang ke kampung tempoh hari. Kisah yang ingin di kongsi bukan pengisian yang disampaikan..

Sebelum kaki melangkah pulang, semua bersalam-salaman antara satu sama lain. Tiba penulis dipeluk dengan erat oleh seorang tua. Seingat penulis, baru kali ini penulis bertemu dengannya. " Kenapa mak cik?" " Muka anak, macam anak mak cik.. hampir setahun dah tak balik" Jawab si tua itu, sambil mengesat air matanya.. "Mak cik asyik teringat kat anak mak cik.."




"Nurmin A'la n Ahmad Yasin"


Hargai Ibu..

Sabda Rasulullah: "Berbaktilah kepada kedua orang tua (ibubapa), nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu. Dan peliharalah kehormatan isteri-isteri irang lain, nescaya isteri-isteri kamu akan memelihara kehormatan mereka.."

Tuesday, April 28, 2009

hanya Allah dan Rasul..

Salam imtihan buat sahabat2 seperjuangan…

Perjuangan mesti di teruskan..

Masih berbaki separuh lagi (tidak terbaca )novel Salahuddin Ayubi.. Salah satu koleksi bahan bacaan tambahan dan menjadi koleksi peribadi penulis.. Mengimbas kembali kisah yang dapat disingkap daripada kisah Salahuddin Ayubi (setakat yang penulis baca), penulis amat tertarik dengan kepintaran beliau dalam mengatur strategi menghadapi tentera musuh.. Setiap kali siri peperangan yang di rancang dengan strategi yang tersusun membuahkan kemenangan yang menjadi catatan sejarah hingga kini..

Bukan setakat kepintaran akal yang dikurniakan Allah kepadanya bergeliga tetapi juga, penulis turut tertarik dengan peribadi Salahuddin Ayubi.. Masih terpahat di benak fikiran penulis tentang pembacaan penulis mengenai peribadi Salahuddin Ayubi.. Antarnya: Beliau dikatakan tidak membayar zakat harta bukan disebabkan lokek atau kedekut akan tetepi dek kerana harta-harta beliau kesemuanya telah diinfakkan ke jalan Allah dan membelanjakan hartanya itu ke jalan yang diredhai Allah.. Subahanallah..

Sebenarnya.. penulis dah “ketepuan” di musim-musim peperiksaan nie.. =)

Sekadar coretan untuk menghilangkan stress.. Kembali kepada kisah Salahuddin Ayubi.. Pengorbanan beliau untuk menjulang Islam amat besar. Beliau seorang pewira, pejuang, pembela agama. Penulis teringat pada sahabat-sahabat seperjuangan yang turut bergerak kerja untuk Islam.. Walaupun usaha yang kita lakukan kecil tapi yang penting ikhlas dan hanya untuk mardhotillah.. InsyaAllah..

Almaklum.. Penulis teringat tentang kata-kata sahabat-sahabat.. “…ana tinggal ALLAH dan RASUL..” Kebiasaan, Diakhir-akhir sem, seluruh tenaga dan keringat, wang ringgit, masa dan segala-galanya telah dikorbankan. Yang tinggal hanya Allah dan Rasul.. =).. Semoga bait kata itu menjadi azimat semangat untuk kita mengorak langkah menghabiskan sem yang berbaki ini.. Ambillah iktibar sahabat-sahabat, dari perjuang Salahuddin Ayubi dalam perjuangan dan kehidupan sehari-harinya hanya untuk menginfakkan diri kepada Allah.. Kebergantungan diri (tawakkal) kepada Allah dalam apa jua keadaan.

Kebergantungan kepada Allah (tawakkal), adalah antara peringkat maqam yang tinggi (bagi golongan sufi) dalam mengejar madhatillah. Penulis teringat tentang subjek tasawuf yang penulis ambil sem nie.. Mungkin boleh di kongsi bersama.. Peringkat-peringkat / maqomat yang perlu dilalui oleh seseorang yang ingin mencapai mardhotillah (di dalam kitab al-luma’) ialah:

1)Maqam taubat

2)Maqam wara’

3) Maqam zuhud

4)Maqam fakir (ilallah)

5)Maqam sabar

6)Maqam tawakkal

7)Maqam redha

Kalau nak mengetahui lebih lanjut mengenai huraian setiap peringkat maqam, bolehlah merujuk kitab-kitab yang berkaitan..(tapi penulis belajar berdasarkan kitab al-luma’)~Sebahagian daripadanya shj

Wallahua’lam.. Setakat nie sahaja coretan penulis, moga ilmu yang diperolehi sama ada secara langsung daripada pengkuliahan ataupun tidak, dapat kita sama-sama mengaplikasikan untuk membentuk fard-muslim.. Moga lahir di kalangan penerus mata rantai ini, Salahuddin Ayubi yang kedua.. InsyaAllah..

Ma’ataufik wannajah..Amin..

"Al-Muhasibi : Tiap-tiap sesuatu ada nilainya, nilai manusia ialah akal dan nilai akal ialah sabar."