:: Allahumma solli a'ala Saidina Muhammad

Bercinta hingga ke syurga.. Ameen

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 9, 2009

Kisah Kasih Ibu..


Sebagai renungan diri yang bergelar anak..


"Raudah Hananiy n Fawaz Ahmadiy"

KISAH 1

Kesemua wajah yang hadir jelas terpancar "lukisan" garis-garis halus di wajah, tanda banyaknya keringat yang telah dikeluarkan, menampakkan wajah yang dimamah usia. Menghabiskan sisa-sisa baki hidup dengan menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu.


KISAH 2

Pengalaman usrah ditempat praktikal:

Naqibah memulakan " Usrah santai" (sewaktu kaum muslimin menunaikan solat jumaat) dengan membuka majlis dengan surah al-Fatihah.

Topik yang disentuh banyak berkaitan tentang ibu..

"Nyatakan kata-kata ibu yang masih terpahat di benak fikiran kita sampai ke hari ini.." Naqibah mencetuskan idea, menggerakkan minda kami, menyingkap memori yang tersimpan didalam "disket" ingatan kami..

Terlalu banyak..

Cuma, penulis terkesan mendengar luahan dari hati seorang ibu (sewaktu usrah tersebut), lebih kurang seusia ibu yang mungkin sudah mempunyai anak yang sudah dewasa..

"Bila, anak-anak dah besar nie.. hati seorang ibu.. Kalau lama anak tak balik.. risau rasa hati."

Mungkin perkara yang sama dirasai bagi ibu-ibu yang lain..




"Ahmad Yasin"


Kisah 3

Penulis sempat mengikuti ibu penulis ke majlis ilmu sewaktu pulang ke kampung tempoh hari. Kisah yang ingin di kongsi bukan pengisian yang disampaikan..

Sebelum kaki melangkah pulang, semua bersalam-salaman antara satu sama lain. Tiba penulis dipeluk dengan erat oleh seorang tua. Seingat penulis, baru kali ini penulis bertemu dengannya. " Kenapa mak cik?" " Muka anak, macam anak mak cik.. hampir setahun dah tak balik" Jawab si tua itu, sambil mengesat air matanya.. "Mak cik asyik teringat kat anak mak cik.."




"Nurmin A'la n Ahmad Yasin"


Hargai Ibu..

Sabda Rasulullah: "Berbaktilah kepada kedua orang tua (ibubapa), nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu. Dan peliharalah kehormatan isteri-isteri irang lain, nescaya isteri-isteri kamu akan memelihara kehormatan mereka.."

No comments:

"Al-Muhasibi : Tiap-tiap sesuatu ada nilainya, nilai manusia ialah akal dan nilai akal ialah sabar."