Agak kepenatan seharian di sekolah. Sesi pagi dan petang. Tapi apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan Rasulullah dan sahabat serta pejuang-pejuang agama Allah yang meletakkan dirinya dijalan Allah dengan memegang prinsip ‘kerja-kerja Islam melebihi masa yang ada’. Saya kagum dengan penggerak-penggerak dakwah yang tidak kenal erti lelah. Siang gigih bekerja, malam juga rancak meneruskan misi dakwah dan tarbiyah. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan kepada diri ini untuk menjadi seperti itu.
Pening juga kepala nak memahami perangai manusia yang pelbagai. Saya yakin, ini adalah tarbiyah buat diri saya yang Allah takdirkan untuk saya. Mudah-mudahan segala yang saya hadapi di saat ini dan masa akan datang, dapat menyingkap tabirNYA. Agar saya lebih mengenaliNYA, dapat mencintaiNYA dan dapat mengakhiri kembara dibumi ini dengan titik nokhtah sebagai ‘husnul khatimah’. Ameen.
Saya masih berfikir mengenai pelajar saya. Biar saya rahsiakan namanya. Terlalu banyak permasalahan yang dihadapinya. Saya agak terkejut dengan persoalan yang diajukan kepada saya.
Tidak seperti hari-hari biasa. Hari ini dia datang awal ke ‘agama room’. Dia orang pertama yang sampai. Terus duduk dan mengajukan soalan dengan muka yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan jawapan daripada saya. “Ustazah.. saya nak Tanya.. saya nie gila ke?”
Masih ingat pertama kali saya memasuki kelas tersebut. Dia seperti dipinggirkan oleh rakan-rakan sekelas.
“D….h kenapa tak duduk sekali dengan kawan-kawan lain?”
“Ustazah, Tanya sendiri kat diorang?” dengan nada yang agak tinggi.
Kelas senyap sahaja tiada jawapan. Dalam hati saya, “herm.. biasala tu budak-budak”.
(Tapi tidak la terlalu ‘budak’. Dah tingkatan satu.)
Belum sempat saya merespon persoalan yang diajukan. Pelajar lain masuk ke kelas.
Dia mengisyaratkan dengan meletakan jari telunjuk ke mulut. Saya mengangguk dan sekadar berkata. “Lepas kelas jumpa ustazah boleh?” Dia menganggukkan kepala.
****
Sebaik sahaja kelas habis.
Saya cuba meletakkan diri saya ditempat dia. Tak pernah melihat air mata dia mengalir. Tambahan dia seorang budak lelaki.
“Saya rasa tertekan ustazah.. mak ayah saya tak sayang saya.. kawan-kawan kata saya gila. Ramai orang kata saya gila.. saya pernah nak bunuh diri.. rasa hidup pun dah tak guna”.
Saya terkejut.
Bila ditanya, boleh baca quran? Dia menggelengkan kepala. Ada keset atau CD bacaan quran. Dia juga menggelengkan kepala.
“Awak rasa jiwa awak kosong ke?” Dia menganggukkan kepala.
Saya menghelakan nafas. Saya hanya mampu memberi nasihat. Sekadar susunan kata-kata biasa yang keluar dari mulut saya untuk menguatkan semangatnya. Hanya Allah sahaja yang layak memberi kekuatan kepada dia dan memberi jalan keluar ke atas kekusutan yang melanda dirinya.
“D…h, kena kuat.. mintak kekuatan daripada Allah. Ustazah ajar satu perkataan nie.. bila rasa lemah sebut selalu.. ya qawi.. nama Allah nie.. bila rasa kosong, lemah.. sebut banyak-banyak dan ingat Allah ye” Dia hanya mengangguk-angguk, mukanya tunduk menahan tangisan .Mulutnya cuba untuk menyebut dan mengulangi perkataan ‘ya qawi’.
Tersentuh hati saya melihatnya. Hanya itu yang mampu setakat ini untuk saya lakukan.
****
Balik sahaja ke rumah..
Saya masih berfikir. Kita kadang-kadang ada juga diuji sebegitu. Tapi, penawarnya, bila solat, baca quran.. akan mengembalikan kembali ketenangan jiwa. Tapi dia bagaimana?
Alhamdulillah. Allah menghidupkan kita dalam nikmat sebegini. Tidak semua manusia menerima ‘habuan’ yang sama dengan kita….. Kita diuji dan mereka juga diuji. Kita mentarbiyah mereka dan kita ditarbiyah.. Subahanallah..
~Koreksi diri~ banyakkan bersyukur
No comments:
Post a Comment