Melihat kepada pandangan masa hadapan (tajuk yang terakhir dalam buku al-Ata’ al-Hadhari lil Islam), di sini terdapat dua sisi. Pertama, melihat kepada kemunduran umat Islam kerana kejahilan umat sendiri yang tidak suka membaca dan tidak mengapresiasikan al-Qur‘an.
Antara lain, pemerintah yang (tidak amanah yang jujur) yang tidak mengabdikan diri pada Allah s.w.t dan rakyat tetapi pemimpin yang mengabdikan diri pada diri sendiri. Ini yang menjadi masalah (untuk membangunkan kembali tamadun Islam).
Barat takut pada kebangkitan gerakan Islam sehingga membuat ungkapan Islamophobia (takut pada Islam) yang digegarkan oleh orang Barat terutama golongan yang mengkritik seperti Samuel Huntington yang telah memperkatakan mengenai pertentangan ketamadunan antara Barat, Islam dan China. Pada masa sekarang sememangnya berlaku pertentangan tersebut di mana Barat telah menyerang Islam. Umat Islam tahu berkaitan realiti ini dan mengenali siapa musuh Islam iaitu orang Barat, dan juga musuh yang datang dari diri sendiri di mana (umat Islam) tidak mahu mengubah diri sendiri untuk menjadi ummat yang kuat, berilmu, berteknologi, berbudaya tinggi, memegang dan mengamalkan ajaran Allah s.w.t.
Di dalam pendekatan Islam adalah al-hakimiyyah lillah, tetap bahawa hakim yang tertinggi adalah Allah s.w.t. Tetapi dalam Islam, Allah s.w.t memberi ruang kepada rakyat untuk berpatisipasi dalam pemerintahan.
Sistem demokrasi hanya sebagai alat untuk mengembalikan balik nilai-nilai pemerintahan Islam. Pandangan demokrasi adalah tidak shari'e boleh dipertikaikan di mana ulama-ulama muta’akhir kini majoriti mengatakan bahawa demokrasi adalah 'alat', sementara ingin kembali kepada sistem khalifah yang mengambil masa yang lama.
~Wallahua'lam~
No comments:
Post a Comment