:: Allahumma solli a'ala Saidina Muhammad

Bercinta hingga ke syurga.. Ameen

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, September 12, 2009

Dua zaman



Terubat hati yang ketandusan, kesempatan yang ada, Alhamdulillah Allah bagi keringan untuk diri ini menghadirkan diri untuk menyertai usrah bersama-sama sahabat-sahabat ‘seangkatan’. Topik yang agak ‘ringan’ tapi amat terkesan bagi diri ini. ‘Perbezaan ramadhan kali ini dan lepas’ dan sedikit disentuh oleh sahabat-sahabat mengenai lailatulqadar.


Nilaian Ramadhan kali ini dengan yang lepas.

Mengimbau pengalaman berpuasa dan menempuhi ramadhan di zaman sekolah sedikit berbeza di alam kampus yang penuh dengan ‘cabaran’. Kisah yang masih terpahat di dalam memori, masih segar dalam ingatan sewaktu dibangku sekolah, ada sahabat-sahabat yang sanggup mempertahankan 20 rakaat tarawih bilamana diminta hanya melaksanankan 8 rakaat disebabkan untuk memberi keutamaan kepada pelajar yang bakal menempuhi peperiksaan dan masa ‘study’ yang lebih. Mungkin disebabakan roh ramadhan dan keghairahan dalam beramal dan mengejar amalan yang hanya akan hadir setahun sekali. Seawal subuh, berbondong-bondong kelihatan kelibat putih menuju ke musolla ‘Muqarrabin’. Menyembahkan diri kehadrat Sang Pencipta.


Melihat pada suasana dan ‘trend’ kampus, di surau-surau mahupun masjid, hanya 8 rakaat dilaksanakan. Terpulang pada individu untuk men’top up’ selepas itu. Ya nombor bukan menjadi nilaian, yang penting keikhlasan dalam menunaikan ibadah tersebut. Tetapi perbezaan inilah yang menyebabkab diri ini rindukan suasana ramadhan yang lalu.

Yang lepas adalah sejarah , hargai apa yang ada sekarang.

Mungkin kita selalu membandingkan antara yang dahulu dan sekarang, yang lama dan yang baru, meletakan nilaian dan tahap setiap perbandingan. Ia amat berguna sebagai muhasabah, mengambil ibrah dan pengajaran. Tetapi apa yang lebih penting adalah menghargai detik waktu yang berbaki ini untuk melakukan pembaikan dan pengislahan kearah yang lebih baik. Hari demi hari manusia mungkin lupa bahawa sebenarnya kita semakin hampir dengan pengakhiran. Ibarat seorang pengembara yang mengembara menuju ke destinasi, setiap langkahnya menghampirkann lagi dirinya dengan destinasi yang ingin dituju.

“Meletakkan keutaman Jemaah daripada keutamaan peribadi, meletakkan masalah Jemaah sebagai masalah diri yang perlu di selesaikan tetapi masalah peribadi tidak boleh dijadikan sebagai masalah Jemaah.”

Kredit buat sahabat-sahabat yang meletakkan fokus utama sahabat-sahabat seperti kenyataan di atas dan seangkatan dengan ayat seumpama di atas. “Setiap manusia diuji mengikut tahap kemampuan diri”, ayat yang sudah menjadi kebiasaan bagi kita, meredakan keresahan, memberikan kekuatan, motivasi diri dan membina keyakinan untuk terus mengatur langkah mengorak kehadapan dengan penuh yakin. INSYAALLAH.

Ramadhn Dua Zaman-The Zikr

Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza

Ramadhan mereka gembira cemerlang
Mukmin berjasa diawal zaman

Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira pemergianmu

Malam mereka meriah disimbah nur alQuran
Tapi malam kami muram bertemukanmu

Mereka berlumba mengejar makrifat
Tapi kami lesu diburu nafsu

Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan ramadhan

Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga

No comments:

"Al-Muhasibi : Tiap-tiap sesuatu ada nilainya, nilai manusia ialah akal dan nilai akal ialah sabar."