:: Allahumma solli a'ala Saidina Muhammad

Bercinta hingga ke syurga.. Ameen

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, August 23, 2009

Cabaran Pemikiran..



IDEOLOGI

Penulis berkelapangan mengikuti seminar pemurnian aqidah yang dianjurkan oleh Masjid Wilayah pada 20 Ogos 2009. Siri perbentangan yang amat menarik dan memberi pelbagai input baru kepada penulis. Meskipun istilah “ideologi” acapkali dibicarakan dipelbagai bentuk kupasan, ruang masa, tempat dan keadaan namun gerakan-gerakan yang membawa isme-isme yang bertentangan dengan Islam terus bergerak membawa misi masing-masing. Antara isme-isme yang disentuh sewaktu seminar adalah Islam Liberal, Feminisime, Pluralisme dan beberapa lagi yang disentuh secara tidak langsung..


ISLAM LIBERAL
Keterbukaan yang dianjurkan oleh Islam Liberal boleh menggugat umat Islam sekiranya tiada maklumat dan kefahaman yang jelas mengenainya. Golongan ini ingin memahami Islam itu dengan penafsiran melalui akal semata-mata dan membuka ruang ijtihad kepada semua dengan seluas-luasnya tanpa ada syarat dan kelayakan tertentu. Keadaan ini memberi cabaran kepada aqidah seterusnya cabaran kepada agama itu sendiri. Barat menyusun strategi menentang Islam dengan versi terkini iaitu melalui “al-Ghaz al-Fikr” iaitu serangan pemikiran. Asas pemikiran Liberal ialah indiyah , La adriyah dan I’nadiyah menyebabkan individu muslim yang goyah mudah untuk terpengaruh dengan dakyah yang dibawa seterusnya menimbulkan keraguan dalam diri.

Kembali melihat kepada perkembangan falsafah semenjak zaman Yunani dan seterusnya. Tokoh falsafah seperti Plato, Aristotle, Descartes, Francis Bacon dan lain-lain memulakan pencarian sesuatu hakikat kebenaran bermula daripada timbulnya “sesuatu keragunan”. Orang barat yang bukan penganut Islam cuba untuk mencari kebenaran daripada “keraguan” kepada “keyakinan”. Keadaan sebaliknya bagi seorang muslim yang dari hari ke hari mendalami agama dengan cara dan kaedah yang betul akan membentuk keyakinan, seterusnya “ainul yaqin” dan seterusnya membentuk “haqul yaqin”.

Melihat kepada trauma yang berlaku ke atas agama Kristian sewaktu pemisahan agama dengan urusan dunia memberi impak kepada penganut Kristian itu sendiri. Menyebabkan pertentangan antara golongan falsafah ataupun ahli sains dengan gereja. Sehinggakan gereja sanggup untuk mengenakan hukuman bunuh keatas ahli falsafah termasuk meracun seperti yang berlaku ke atas Socrates. Hal ini tidal berlaku didalam agama Islam.

Gelombang Liberalisasi melanda umat Islam, kesannya dapat diambil contoh apa yang berlaku di Negara Indonesia. Kecelaruan ini memberi kesan negatif sehinggakan seseorang itu boleh mengatakan “saya adalah muslim protesten”.


FEMINISIME
Golongan ini memperjuangkan hak-hak wanita sehinggakan ingin hak wanita sama taraf dengan lelaki. Seperti hak pusaka, hak menjadi imam dan lain-lain. Mereka juga menyatakan tentangan terhadap wanita yang berhijab. Hijab dikatakan satu penindasan kepada kaum wanita dan ia merupakan adat masyarakat arab.

Penulis sebagai seorang muslim yang memakai hijab sebagai pelingdung diri tidak merasakan ia adalah satu penindasan. Bahkan diri rasa selamat dan terpelihara daripada fitnah serta gangguan yang melampau. Hijab bukan satu adat tetapi adalah dasar hukum yang termaktub dalam al-Quran:

Finimisme adalah semangat yang datang daripada ideologi Liberalisme. Penulis berpendapat finimisme bukan membebaskan wanita daripada penindasan akan tetapi ‘membebaskan’ wanita daripada agama. Apabila manusia jauh daripada agama maka akan berlaku banyak kerosakan. Sesungguhnya akal dan wahyu selari. Akal perlu dipandu dengan petunjuk al-Quran dan Hadis.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan Kami turunkan kepadamu al-Qur'an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka".(QS. an-Nahl:44).


~mencari diri~

No comments:

"Al-Muhasibi : Tiap-tiap sesuatu ada nilainya, nilai manusia ialah akal dan nilai akal ialah sabar."