Salam Ramadhan. Semoga ramadhan kali ini benar-benar menjadi madrasah tarbiyah buat diri kita. Sepertimana yang kita ketahui keislaman seseorang yang mengucap syahadah sebagai penyaksian terhadap pegangan kepada aqidah yang satu ini dimanefestasikan dengan amal perbuatan. Berusahalah kita untuk mempertingkatkan tahap keimanan kita. Adakah cukup bagi kita sekadar bergelar muslim yang hanya sekadar menjalankan kewajipan bukan atas kesedaran sebagai tuntutan Islam. Kita perlu tahu bahawa peringkat-peringkat bagi individu yang berpegang pada aqidah yang satu ini :
1)Muslim
2)Mukmin
3)Mutaqin
4)Mukhlisin
Sama-sama kita mengkoreksi diri sendiri dimanakah kita berada. Sematkan dalam diri, moga medan tarbiyah kali ini memberi seribu satu 'mutiara ' yang tak ternilai dan menjadi saham diakhirat kelak. Pentingnya kita membangunkan jiwa yang lesu dengan siraman keimanan yang sebenar kepada Allah swt beserta kefahaman terhadap tuntutan agama. Moga segala gerak geri, tingkah laku, perbuatan kita dalam petunjuk dan hidayah daripadNya.
Jadikan syawal yang bakal tiba sebagai hari kemenangan bagi kita yang berjaya mempertingkatkan amalan dan berjaya melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik.
Aku rindukan Rahmat dan Kasih sayangMu,
Moga disini aku kan peroleh limpah kurniaanMu yang tidak terhingga,
Meniti jalan dakwah,
Mengharungi jalan penuh mehnah,
Asam garam seorang pejuang,
Menitip jalan…menyusuli jalan para syuhada’,
Sungguh Ya Allah…
Aku amat-amat bersyukur ketika dan saat ini….
Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…
Makam Syekh Hamzah Fansury | iNews 11/01/2016
5 years ago
No comments:
Post a Comment