:: Allahumma solli a'ala Saidina Muhammad

Bercinta hingga ke syurga.. Ameen

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 29, 2009

Perak.. Penamaan calon Bukit Gantang (29/03/09)

SOKONGAN RAKYAT TERHADAP YB NIZAR

Ribuan menyatakan sokongan

Penyokong UMNO


Pemuda UMNO


Nyatakan "Sokongan"





Dihadapan tempat penamaan

Muslimah turut menyatakan sokongan mereka





'Banjir' manusia





YB Nizar 'cilik' (generasi pelapis)





Thursday, March 5, 2009

Pertemuan..

Sudah lama.. jari jemari penulis "tak menari-nari" dek kerana musibah yang melanda. Apa-apa pon ada hikmah disebalik kejadian disamping kemungkinan ada khilaf yang dilakukan diri yang hina ini dan kembali menyedarkan diri yang alpa... Alhamdulillah... Allah masih memilihku, sebagai hambaNya yang terpilih untuk menerima ujian..
Alhamdulillah.. Dalam beberapa hari yang lalu, takdir dan ketentuan Allah menemukan penulis dengan saudara seagama yang mempunyai i'tiqad dan keyakinan yang sama. Perkenalan penulis dengan Laimah ( pelajar dari Yaman) dan Iman (pelajar dari Palestin-Gaza) memberi seribu satu erti.. Seronok dapat berkenalan dengan mereka..

Awal pertemuan, kami dipertemukan di surau.. Penulis terdengar perbualan Iman dengan seorang muslimah, bercerita tentang keadaan umat Islam di Gaza.. Sedih amat menyedihkan.. Tidak perlu rasanya untuk penulis gambarkan bagaimana keadaan saudara-saudara kita disana.. Cukup setakat penulis katakan mereka bergelumbang dengan situasi "amat dasyat".


Soal jihad adalah perkara yang besar yang kebanyakannya hilang dalam jiwa orang-orang muslim. Dek kerana keberjayaan kuffar menjauhkan umat Islam daripada al-Quran. Seharusnya persoalan yang berkaitan nasib saudara seislam seperti saudara kita dipalestin menjadi masalah kita jua, bukan membiarkan mereka dengan dunia mereka dan kita dengan dunia kita...


Persolanya bagaimana kita boleh membantu mereka?? Kita yang tidak mempunyai apa-apa kuasa perubah, bukan autoriti dalam bersuara. Tetapi sebenarnya, kita mampu untuk membantu mereka.. Banyakkan berdoa untuk saudara-saudara kita, didik anak bangsa kembali kepada ajaran agama berpandukan al-Quran dan asSunnah..







“Ya Allah,



sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu,



kami meminta ampun kepada Mu,



kami memohon petunjuk dari Mu,



kami beriman kepada Mu,



kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan,



kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu,



kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.






Ya Allah,



Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud,



dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas,



kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu



kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur



Ya Allah,



Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam.



Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham,



Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada.



Angkatlah dari mereka kesusahan,



bala, peperangan dan permusuhan.






Ya Allah,



selamatkanlah kami dari segala keburukan



dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana,



hindarkanlah kami dari segala bala



kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah"






Semoga ukhuwah kami berkekalan.. walaupun jarang bertemu.. moga sentiasa "dipertemukan" keterikatan hati dalam doa sehari-hari..

Monday, February 9, 2009

Negeriku tercinta...



Sebak didada, bila mengenangkan apa yang telah berlaku ke atas negeri yang dicintai.. ditambah lagi dengan berita kematian mengejut YB Haji Roslan Shaharom dari Parlimen Bukit Gantang.... Agaknya kemana pula arah percaturan negeriku selepas ini... "..latahzan.. innallahamaana.."

Sunday, December 14, 2008

Berkorban @ terkorban??

Pagi-pagi lagi mak dah siap-siap mandi dan mengemas rumah.. “nak pegi sembahyang raya” kata mak.. Penulis tersenyum.. Lantas membuka almari mencapai baju yang baru siap dijahit oleh angah sehari sebelum raya..

Penulis berjalan kaki bersama mak menuju ke masjid.. Hanya terletak selang beberapa buah rumah dari rumah penulis. Shahdu rasa hati melihat manusia berbondog-bondong menuju ke masjid.. Subahanallah.. terlintas dibenak fikiran penulis, tentunya tidak terkira ramainya umat manusia tatkala dihitung segala amalan kita diperhimpunan di padang masyar kelak.. yang pasti lebih ramai jumlahnya daripada jumlah muslim yang ingin menunaikan solat hari raya ini..

Mendengar khatib membaca khutbah hari raya.. Membicarakan soal pengorbanan, korban yang dilakukan oleh Habil dan Qabil (anak-anak nabi Adam) sewaktu mempersembahkan korban mereka kepada Allah. Jelas menunjukkan Allah hanya menerima korban dari kalangan hambanya yang bertaqwa..

“..Korbankanlah diri untuk kepentingan Islam.. Jangan mengorbankan Islam untuk kepentingan peribadi..” Antara kata-kata khatib yang masih terasa terngiang-ngiang lagi ditelinga penulis.. “..berapa banyak sudah darah-darah korban (haiwan) sudah tumpah dibumi kita ini.. tetapi mengapa umat Islam tidak mengambil iktibar daripada sambutan ini.. umat Islam dalam jumlah yang ramai, masih dalam keadaan lemah. Adakah kita hanya akan berterusan begini dan akan membiarkan musuh Allah mengatur strategi, mengatur kehidupan kita..”

“..sifat wahan adalah antara punca kurangnya pengorbanan umat Islam terhadap agamanya.. iaitu sifat cintakan dunia dan takutkan mati..” Tatkala mendengar kata-kata khatib ini, teringat penulis mengenai sifat wahan. Penulis pernah terbaca artikel mengenai sifat wahan.. Manusia yang matlamatnya adalah dunia akan dibelenggu dengan sifat-sifat mazmumah lain seperti tamak, rakus, dengki dan lain-lain.. Lupa pada pembalasan tuhan, takut dan benci pada kematian serta tidak menyediakan bekalan untuk ke negeri abadi.. Astaghfirullahalazim.. Dalam memperkatakan soal ini.. Penulis lebih suka kita sama-sama mengkoreksi diri.. Agaknya dimana kedudukan kita???

Ya Allah…
Aku memerlukan kekuatan daripadaMu…
Untuk aku terus menerus melakuka
n pengislahan dalam diriku ini..
Setelah Kau berikan hidayah kepadaku…
Kau perkukuhkanlah keimananku dan ketaqwaanku kepadaMu ..
Jangan Kau palingkan
ku kelembah kehinaan..
Aku sangat takut dan
khuatir di penghujung hayat ku…
Aku dalam kemurkaanMu…Nauzub
illah ya Allah..

Terus menerus ya Allah berikan hidayahMu kepada ku…
Rahmatilah hidupku…

Terimalah taubat ku atas segala dosa-dosaku…
AKU MENGHARAP DAN BERSERAH KEPADAMU YA ALLAH…

Berkorban demi “hub al-a’la”, yakin dengan janjiNya. Persiapkanlah diri kita untuk sama-sama berkorban dan memperjuangkan agamaNya walau berada di lapangan mana sekalipun, walau dalam apa jua keadaan kita, walau bagaimana metod dan caranya, asal mengikut ketetapan dan batasanNya. Berkorban atau terkorban?? fikir-fikirkanlah..

**Buat pertama kalinya penulis menunaikan solat aidiladha.. terasa rindu untuk melakukan buat kali seterusnya pada masa-masa akan datang..

Monday, December 1, 2008

Hati...



Hati.. Segala-galanya bermula daripada hati.. di sini lah bermula niat baik atau buruk. Setiap perbuatan dan tingkah laku adalah berdasarkan apa yang diniatkan. Benarlah sabda nabi : "innamal a'maalu bilniat".

Mendidik hati... bagaimana ingin mendidik hati? Dari hatilah akan melahirkan sebenar-benar cinta iaitu cinta pada Allah dan Rasul.. Mengimbau kisah silam penulis, ibarat dihidupkan semula setelah diberi sedikit kefahaman tentang addin tercinta "ISLAM". Syukur.. Alhamdulillah. Masih ramai lagi sahabat-sahabat di luar yang ketandusan ilmu agama. Penulis amat bersykur dengan kurnian yang Allah berikan. Cuma kadang-kadang, untuk memelihara hati amat susah ibarat mengendong air ditapak tangan, sekiranya dibuka sedikit jari jemari maka, akan bercucuran air akan keluar dari celahan jari. Hati... di sinilah letaknya perasaan hasad dengki, dendam kesumat, amarah dan di sini jualah letaknya kasih sayang, cinta, simpati dan segala macam perasaan yang sinonim dengan diri insan yang bergelar manusia.

Memelihara kesucian hati... Bagaimana ingin memelihara kesucian hati? Hati mudah dicemari sekiranya tidak ada pemurnian. Mana mungkin hati yang kotor boleh menonjolkan sifat mahmudah... Selaku insan biasa, kita mudah dipengaruhi dengan keadaan sekeliling, masa dan situasi. Hanya Allah selayaknya untuk kita sandarkan setiap sesuatu... "Ya Muqallibal qulub thabbit qulubana ala dinik..." AMIN..

Thursday, October 30, 2008

10 PESANAN IMAM SYAFEI'


Sebelum Imam Syafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut yang harus kita hayati: " Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:


1. HAK KEPADA DIRI: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT: mengqada’kan kewajipan2 yg tertinggal, mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH .


3. HAK KEPADA KUBUR: membuang tabiat suka mnabur fitnah, tabiat kencing merata-ratamemperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.


4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.


5. HAK KEPADA MIZAN(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.


6. HAK KEPADA SIRAT(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.


7. HAK KEPADA MALIK(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.


8. HAK KEPADA RIDZUAN(malaikat penjaga syurga): merasa redha kapada qadha' ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat.


9. HAK KEPADA NABI MUHAMMAD SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kapada al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari ALLAH.


10. HAK KEPADA ALLAH SWT: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Wednesday, October 29, 2008

#BAHAYA DOSA PADA HATI#



*Tertegah daripada ilmu


*Rezeki tak lancar


*Keterasingan dengan Allah


*Keterasingan dengan manusia


*Allah akan mempersulitkan urusan


*Kegelapan dalam hati


*Maksiat akan melemahkan kekuatan hati


*Malas melakukan amal ibadah


*Menghapuskan keberkatan umur


*Menambah benih dosa lain


*Kehinaan dihadapan Allah


*Merosakkan akal


*Menutup hati


pandangan mata selalu menipu, pandangan aqal selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hati itu YANG HAKIKI bila hati itu bersih...
"Al-Muhasibi : Tiap-tiap sesuatu ada nilainya, nilai manusia ialah akal dan nilai akal ialah sabar."