:: Allahumma solli a'ala Saidina Muhammad

Bercinta hingga ke syurga.. Ameen

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 11, 2009

Ramadhan Kareem



Tanggal 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah (Jumaat), terjadi peperangan Badar al-Kubra. Sebuah peperangan yang besar dan pertama kali berlaku antara kaum muslimin menentang kaum musyrik. Pertempuran terjadi berhampiran sebuah lembah di kota Madinah iaitu di Badr. Kekuatan kaum muslimin seramai 300 orang menentang kekuatan kaum kuffar seramai 1000 orang.

Tanggal 18 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah, peristiwa futuh Makkah (membebaskan Mekah), era baru Islam setelah Islam ditindas dan dizalimi.

Ramadhan tahun ke-9 Hijrah, Kaum Muslimin di bawah pimpinan panglima Thariq bin Ziad membuka Andalusia (Spanyol)- Futuh Andalusia.

Banyak lagi sejarah daripada sirah-sirah terdahulu yang boleh dijadikan peniup semangat dan motivasi diri. Kisah kegemilangan Islam bukan sekadar dalam lipatan sejarah akan tetapi perlu diulang mungkin dalam versi terbaru berdasarkan mehnah dan tribulasi kini. Ibrahnya diambil daripada sejarah lampau yang diadaptasikan ke realiti sekarang.

Mungkin, dengan akal yang cetek ada yang beranggapan bahawa sesuatu yang luar biasa, Islam dapat membentuk sejarah dengan siri-siri kemenangan dan kegemilangan tambahan dicapai sewaktu bulan Ramadhan. Didalam keadaan lapar dan dahaga serta bilangan yang sedikit, bagaimana mampu?

Kekuatan Islam bukan letaknya diperut.. tetapi dihati dan akal..

Bagaimana kekuatan hati dan akal dapat memberi kemenangan kepada Islam?

Menurut ahli tasawuf, seseorang akan terus “hidup” sekiranya hati dan akal “dipelihara”. Pemerkasaan hati dan akal akan membentuk kesungguhan dalam beramal, kecekalan dalam berjihad, ketajaman dalam mengatur strategi..


Kembali mengkoreksi diri:

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

Monday, August 10, 2009

Syukur.


Alhamdulillah..
Bersyukur Allah permudahkan perjalanan pulang ke kampung dan kembali pula ke bumi perbukitan ilmu..

Teruja dapat pulang ke kampung..
Walaupun seketika cuma, tapi suatu yang amat berharga buat diri penulis..
Dapat menatap wajah mak dan abah..
Masih diberi peluang untuk mencium tangan dan pipi mereka.. Alhamdulillah..


::anak-anak buah yang mak su sayang::


Sunyi sepi rumah. Walaupun adik beradik ramai, almaklumlah bila dah besar-besar, sudah berkeluarga, dan sudah bekerjaya masing-masing kena curi masa nak balik.
Tak sabar tunggu raya, masa tu je boleh berkumpul sekali..
Sempat jumpa anjang dan angah je balik kampung tempoh hari..

Dah lama tak jumpa: kak idah sekeluarga, tam sekeluarga, acik sekeluaga dan uda.
Sayangnya diri ini pada kalian. Mungkin tidak pernah terungkap dengan kata-kata, namun hati sentiasa mengiyakan. Semoga ikatan kekeluargaan ini dipelihara olehNya.


Buat tam n abag a:

-Selamat menyambut kelahiran cahayamata yang ke-3. =)

Buat acik n abg cik:

-Selamat kembali ke tanah air.=)

KELUARGA MUSLIM ADALAH:


-“Masjid” iaitu memberi pengalaman dan pengajaran agama.
-“Madrasah” iaitu mengajar nilai-nilai murni Islam.
-“Benteng” daripada tipu daya dan kemungkaran.
-“Klinik” merawat dan memelihara jasmani dan rohani setiap sudut komponen kekeluargaan.
-“hizbullah” yang turut serta dalam perjuangan menegakkan Islam. Dari keluarga dapat melahirkan kader-kader dakwah.. INSYAALLAH..

Wednesday, August 5, 2009

INTIPATI KULIAH US MAZLAN





ISRAILIYAT.

Kalimah Israiliyat dikaitkan dengan kisah-kisah yang dibawa masuk dalam penafsiran al-Quran dan hadis nabi. Sumber tafsir israiliyat adalah daripada thurath Yahudi (kitab taurat) yang terkandung padanya pengajaran serta sumber kedua adalah thurath Nasrani (kitab injil). Telah berlaku tokok tambah di dalam kedua-dua kitab ini.
Kisah yang datang bukan daripada dua sumber dan diselitkan didalam penafsiran al-Quran dan hadis nabi juga dipanggil tafsiran israiliyat.


FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASUKNYA ISRAILIYAT DALAM TAFSIR:

1) Kerana taurat dan injil terdapat kisah-kisah yang manusia ingin tahu seperti kejadian alam, kejadian manusia dan lain-lain.
2) Ingin mengetahui kisah para nabi dan umat terdahulu secara terperinci.
3) Dalam al-Quran hanya ringkasan, tetapi dalam kitab-kitab terdahulu banyak secara terperinci seperti nama-nama pemuda al-Kahfi, warna anjing mereka dan lain-lain.
4) Manusia berkeinginan ingin tahu tentang sesuatu.
5) Sesetengah golongan mufassirin ada yang terlepas pandang mengenai sanad. Atau ada sesetengahnya hanya menukilkan kisah sahaja.

ULAMA’ MEMBAHAGIKAN KEPADA 3:

1) Maqbul: Apa yang diketahui kesohehannya diambil daripada nabi (contoh kisah nabi Khaidhir). (diterima).
2) Maskud a’nhu: Yang tidak ketahui kesohehan atau riwayat tersebut tapi boleh diambil sebagai peringatan. (boleh ambil ibrah atau boleh abaikan).
3) Yang bertentangan dengan syariat Islam dan akal. (tertolak).

Antara kitab yang banyak menukilkan bersumberkan israiliyat dengan tujuan mengambil ibrah adalah seperti tafsir Ibn Kathir. Pengambilan dari sumber israiliyat hanyalah bertujuan sebagai ibrah tetapi tidak boleh dijadikan sumber hujah.

Tuesday, August 4, 2009

Sahabat..

::Kenangan::

"Sahabat...

Jika hari ini aku terlalu gembira..

Sedarkan lah aku dengan amaran-amaran ALLAH..

Jika aku bersedih tanpa kata..

Bimbinglah aku dengan tarbiyah pencipta..

Jika ku lemah tsk berdaya..

Ingatkan aku dengan keindahan dan kenikmatan syurga..

Jika ada diantara kita ada tembok yang memisahkan..

Ajaklah aku meleraikan segera..

Maafkan diriku andai hatimu terluka..

UKHUWWAH KITA UNTUK SELAMANYA.."



::G main bowling gan cik sal, cik yah, kak nad, cik dil n cik yam.. best=)::


Wednesday, June 24, 2009



Pengemudi bahtera kehidupan mengeluh kehampaan..
Berkali-kali mengayuh tidak jua sampai kemuara..
Ntah mengapa cuaca suram..
ombak badai bergelora seperti tidak ada hentinya...
Pengemudi bahtera kehidupan kembali mengumpul semangat...
Setelah bermuhasabah,
menilai teknik dan langkah yang diambil mungkin tidak menepati kaedah yang terbaik untuk menempuhi lautan yang terbentang luas...

"Ya Allah berikanlah kekuatan kepadaku untuk menuju kemuara"
Keluh pengemudi bahtera...
Pengemudi bahtera kembali bersemangat...
Berbekalkan keyakinan dengan pertolongan Allah dan meletakkan pergantungan hanya kepada Allah,
pengemudi bahtera kembali mengemudi bahtera menuju ke muara...
Tampak ceria di wajah pengemudi bahtera melihat muara yang ingin dituju semakin hampir...

Tiba-tiba...
Petir sambung menyambung...
Lautan bertambah gelora...
Lebih hebat berbanding sebelumnya..
Pengemudi bahtera terduduk kaku, tergamam...
"Tidak ada harapan untukku kembali ke muara" getus hati kecil pengemudi bahtera...
Pengemudi mendiamkan dirinya..
Hanya tawakkal dan doa mengiringi setiap degup jantungnya...
" Ya Allah aku bertawakkal kepadaMu, cukuplah Engkau bagiku..."
Pasrah pengemudi bahtera...

Tidak semena-mena tanpa diduga..
Datang ombak besar...
Pengemudi menutup mukanya dengan kedua belah tangannya..."Allah" Hanya satu-satu kalimah ini sahaja yang terkeluar dari mulut pengemudi bahtera...
"Allah..Allah..Allah"..
Dalam benak fikiranya hanya memikirkan kesudahan kehidupannya...
Agak lama pengemudi berkeadaan sedemikian rupa, menutup wajahnya...
Cahaya menembusi dicelahan jemarinya, menyilaukan pandangan...
Pengemudi bahtera cuba membuka sedikit demi sedikit jemari tangannya...
Namun.. masih ada cebisan perasaan gementar dihatinya...

~Dari hati seorang sahabat~

Tuesday, June 2, 2009

Belajar daripada Alam..

Daratan hanya 1/4 daripada bumi...
3/4 adalah terdiri daripada lautan yang terbentang luas..
Kalu kita fikir ikut logik..
1/4 daratan dihuni oleh manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan..
Maka.. manusia hanyalah golongan minoriti..
Tapi diberi keistimewaan oleh Allah berbanding makhluk lain..
Seharusnya kita perlu belajar daripada alam..
Alam sentiasa mengikut lumrah dan fitrah kejadiannya..




Sabda Rasulullah : "Tafakkaru a'ala khalqillah wa la tafakkaru a'la zatihi"






Maksud firman Allah:

30. Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

31. Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani.

32. Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal, sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan Kami) yang ada padanya.

33. Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).

34. Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini). Maka kalau engkau meninggal dunia (wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya?

35. Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

(al-Anbiya' ayat 30-35)

~Kembali menilai~Muhasabah diri~
~ALPA~


"Al-Muhasibi : Tiap-tiap sesuatu ada nilainya, nilai manusia ialah akal dan nilai akal ialah sabar."