:: Allahumma solli a'ala Saidina Muhammad

Bercinta hingga ke syurga.. Ameen

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 23, 2010

~Balik Kampong~


Alhamdulillah.... syukur masih diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghabiskan sisa-sisa umur yang berbaki (yang tidak tahu bila pengakhirannya). Semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan buat diri ini dan seluruh muslimin dan muslimat untuk meneruskan kehidupan di dunia yang fana dalam mencari mardhatillah..


Alhamdulillah, tamat sudah saya menghabiskan pengajian Ijazah sarjanamuda. Saya yakin, terlalu banyak lagi ilmu dan pengetahuan yang berada di luar pengetahuan saya, sememangnya perlu dipelajari. Segulung ijazah tidak memberi apa-apa makna seandainya ianya tidak memberi sebarang manfaat kepada diri dan orang lain.

Apa-apapun.. syukur, Alhamdulillah..

24/05>> Tarikh keramat.. yok balik kampung.. (^_^) pulang kekampung halaman. Berbakti kepada mak abah. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menatap wajah mereka.

Antara perkara-perkara yang bila kita tatap dapat pahala:

-Lihat mak abah

-Lihat kaabah

-Al-Quran



To Kak Ngah (anak sedara@rakan sebaya)>> 30/05/2010 selamat pengantin baru.. selamat bergelar isteri.. selamat menempuh 'dunia' baru.. semoga berkekalan hingga ke syurga.. Ameen.. (Harap2 kak ngah baca post ne.. =) .. khas dari mak su..).


Melihat kepada pandangan masa hadapan (tajuk yang terakhir dalam buku al-Ata’ al-Hadhari lil Islam), di sini terdapat dua sisi. Pertama, melihat kepada kemunduran umat Islam kerana kejahilan umat sendiri yang tidak suka membaca dan tidak mengapresiasikan al-Qur‘an.

Antara lain, pemerintah yang (tidak amanah yang jujur) yang tidak mengabdikan diri pada Allah s.w.t dan rakyat tetapi pemimpin yang mengabdikan diri pada diri sendiri. Ini yang menjadi masalah (untuk membangunkan kembali tamadun Islam).

Barat takut pada kebangkitan gerakan Islam sehingga membuat ungkapan Islamophobia (takut pada Islam) yang digegarkan oleh orang Barat terutama golongan yang mengkritik seperti Samuel Huntington yang telah memperkatakan mengenai pertentangan ketamadunan antara Barat, Islam dan China. Pada masa sekarang sememangnya berlaku pertentangan tersebut di mana Barat telah menyerang Islam. Umat Islam tahu berkaitan realiti ini dan mengenali siapa musuh Islam iaitu orang Barat, dan juga musuh yang datang dari diri sendiri di mana (umat Islam) tidak mahu mengubah diri sendiri untuk menjadi ummat yang kuat, berilmu, berteknologi, berbudaya tinggi, memegang dan mengamalkan ajaran Allah s.w.t.

Di dalam pendekatan Islam adalah al-hakimiyyah lillah, tetap bahawa hakim yang tertinggi adalah Allah s.w.t. Tetapi dalam Islam, Allah s.w.t memberi ruang kepada rakyat untuk berpatisipasi dalam pemerintahan.

Sistem demokrasi hanya sebagai alat untuk mengembalikan balik nilai-nilai pemerintahan Islam. Pandangan demokrasi adalah tidak shari'e boleh dipertikaikan di mana ulama-ulama muta’akhir kini majoriti mengatakan bahawa demokrasi adalah 'alat', sementara ingin kembali kepada sistem khalifah yang mengambil masa yang lama.

~Wallahua'lam~

Sunday, May 9, 2010

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan..

Setelah beberapa kali mengatur temu janji dengan tokoh ilmuan (Dr Muhammad Nur Manuty) akhirnya petang tadi dapat juga bertemu dengan beliau. Hasil perbincangan, memberi input baru kepada saya dan dua sahabat yang setia menemani saya (kak said dan zan).

Ole-ole dari Dr. Muhammad Nur Manuty:




Nak fokus pada kajian Ilmiah. Esok kena hantar draf penuh.. Mudah-mudahan dipermudahkan.. Ameen.. InsyaAllah.. Nanti saya akan cuba untuk kongsikan hasil dapatan perbincangan tadi..

Thursday, May 6, 2010

Semakin singkat >> semakin dekat...

Hari ini 7 mei 2010, genap 23 tahun umur saya.Terima kasih kepada semua mesej@sms. Semakin bertambah nombor dan angka ini semakin singkat umur di dunia (-_-).

>> Alhamdulillah, syukur ya Allah kerana KAU masih memberiku nafas untuk terus hidup di bumiMU ini.

>> Alhamdulillah masih diberi nikmat iman dan Islam.

>> Terima kasih mak dan abah. Terima kasih mak kerana melahirkan insan ini (Rahmatilah ya Allah hidup mereka).

>> Maafkan di atas semua kesalahan diri ini kepada yang mengenali (**Mak, mak, abah, ayah. **adik-beradikku >> kak idah, angah, abg halim, anjang, tam, ateh, achik, abg @ uda + saudara ipar. **Saudara mara>> al-Banjari + anak buah@anak sedara. **Pendidikku@Guru@Cikgu@Pensyarah>> SKDM, SABAR, KISAS, UKM. **My roomate>>Zan. **X-roomate>> aisyah z. **Sahabat-sahabat>>SKDM, SABAR, KISAS, UKM, pimpinan n ahli ISIUKM, zan, kak aisyh,su, Aisyah, bun, kak kiah, kak fiz, kak b, kak yus, dik kinah, jamilah, yam, kak tikah, dayah Rahim, nana, nani, dayah Ismail, aini masyitah, kak aini, kak aza, sal, ilma, farah, kak nad, dilah, adik (Liyana), adik (Izatul), rah, dayat, kak da, biha, ema, farahin, ain, kak said, dan semua yang mengenali diri ini **muslimin dan muslimat ~**maaf maaf maaf>> terlalu banyak nak menaip semua nama2 kat sini:: mana2 yg terlintas di fikiran~) peace(~_<).

>> Ya Allah.. naungilah aku dibawah lindungan RahmatMu dan kasih sayangMu.

>> Husnul Khatimah.. Ameen.

>> Berusaha mengislah diri. ~Mardhatillah~

Wednesday, May 5, 2010

Note Ringkas..

.......
Ujian hidup adalah guru yang tidak bercakap..
tetapi ia sangat mengajar dan mendidik..
ia hakikatnya adalah komunikasi tanpa suara..
antara Allah dan hambaNya..
kecil atau besar adalah takdir..
usah dipinta kecilkan ujian..
tetapi pintalah dibesarkan IMAN untuk menghadapinya..
......................
"Al-Muhasibi : Tiap-tiap sesuatu ada nilainya, nilai manusia ialah akal dan nilai akal ialah sabar."