:: Allahumma solli a'ala Saidina Muhammad

Bercinta hingga ke syurga.. Ameen

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 17, 2009

Saringan

Saringan keatas anggota jamaah.



Iman yang benar akan lahir daripada kuatnya mujahadah seseorang untuk membentuk jati diri muslim yang melaksanakan tuntutan agamanya. Said Qutd dalam tulisannya (haza addeen) mengulas mengenai iman yang benar. Pentingnya mujahadah dalam membentuk kesucian jiwa yang terpancar padanya keimanan yang benar. Seringkali manusia diuji dengan kehendak, mengutamakan kehendak daripada keperluan, terutama kemewahan, syahwat dan kesenangan, maka keciciranlah mereka ini dari jalan Allah sekiranya gagal bertindak dan gagal membuat pertimbangan.




Peri pentingnya mujahadah seorang anggota jamaah dalam menghadapi situasi ini. Ia seolah-olah saringan dalam menentukan kelayakan untuk terus thabat di medan ini. Ramai mereka yang keciciran dek kerana berlaku kerosakan pada jiwa. Perkara ini juga ada disentuh oleh said Qutb. Bertepatan bahawa : syaitan akan sentiasa menggangu manusia berpusat pada hatinya.
Ada yang memandang enting permasalah ini. Ya benar, ada golongan yang tegar yang tidak mudah goyah, bagaimana pula sekiranya mereka yang bergelar ahli gerakan yang lemah dan mudah untuk dibolak-balikkan hatinya?

Petikan daripada tulisan said Qutb:

“Perkara pertama yang akan rosak ialah jiwa, menyebabkan ia tidak bermaya lalu semangatnya mulai luntur, motivasinya lemah dan sentiasa dibuai kemewahan dan keseronokan. Akibatnya kehidupannya juga tidak bermaya ataupun hanya aktif untuk memenuhi kehendak nafsu semata-mata. Inilah sebenarnya yang berlaku kepada bangsa-bangsa yang pernah diuji dengan nikmat kemewahan!

Ini adalah sebahagian fitrah manusia yang telah Allah tetapkan. Allah telah tetapkan bahawa fitrah ini dapat berperanan dengan baik jika ia bermujahadah bagi memantapkan manhaj Allah dalam kehidupan manusia dengan menggembeleng segala usaha manusia dan segala kemampuan yang ada pada manusia.

Malahan segala mujahadah dan ujian ini merupakan satu-satunya cara yang praktikal untuk menyaring anggota jamaah (selepas menapis jiwa) bagi membersihkan jamaah Islam daripada anggota yang tidak bermaya, membebankan dan goyah, anggota yang memiliki jiwa dan hati yang lemah, anggota yang bermuka-muka, munafik dan suka disanjung.

Ini adalah hakikat yang Allah ingin ajarkan kepada jamaah Islam ketika jamaah ini menghadapi sebarang ujian dan cubaan. Melalui ujian ini akan tersingkap segala yang disembunyikan oleh hati seterusnya akan menyaring anggota jamaah ini. Penyaringan ini hanya boleh dilakukan melalui beberapa siri ujian dan proses yang sukar, iaitu setelah melalui pahit maung penderitaan.”


Firman Allah :

"...Supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya) dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati syahid. Dan (ingatlah) Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir." (Aali Imran: 140-141).

Keperluan mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan segala macam bentuk mehnah.

Persiapkan diri untuk menjadi tegar dan kuat bila di timpa mehnah / tribulasi dan musibah. Menjadikan aset fitrah dan pengalaman sebagai titik tolak pemangkin diri untuk terus mengorak langkah dengan penuh yakin. InsyaALLAH.



::Sentiasa menasihati diri :: Duhai diri.. sediakan bekalmu secukupnya.

Monday, November 16, 2009

Mendidik diri..


Penulis masih terasa baru dalam gerakan dakwah Islam. Terasa terlalu cetek ilmu dan kefahaman. Namun jauh disudut hati, penulis amat bersyukur dengan nikmat ini, ia sebagai wasilah untuk diri ini menikmati nikmat Islam dan Iman. Nikmat yang terbesar yang dikurniakan oleh Allah. Alhamdulillah… Menjadi cita-cita dan amat berharap dengan sepenuh hati untuk mati dalam husnul khatimah, dalam nikmat limpahan iman di dalam hati yang menjadi bukti kebenaran pengIslam diri.

Mengkagumi diri seorang pejuang agama.


Amat mudah di era globalisasi sekarang untuk kita menimba ilmu dan memperteguhkan kefahaman agama. Dunia dihujung jari. Bila hati ini terasa kusam dan kekeringan, dahagakan ilmu, pantas sahaja jari jemari penulis menaip diruangan google. Ntah kenapa diri ini tergerak hati untuk mencari maklumat dan karya-karya tulisan Said Qutb pada kali ini. Walaupun sebelum ini pernah disentuh didalam usrah beberapa kali mengenai diri beliau dan karya-karyanya. Tetapi diri ini masih tidak mengenali tokoh ini dengan mendalam.


Mungkin dek kerana diri terasa seakan-akan lemah dan tidak bersemangat. Dengan harapan pembacaan ini dapat mengembalikan semangat dan dapat memandu diri dalam menerjah kehidupan yang amat mencabar.


Beliau amat mencintai al-Quran.


"Saya mula membaca al-Quran ketika saya masih kecil lagi. Walaupun fikiran saya ketika itu masih tidak cukup untuk memahami maksud dan kehendak ayat-ayat ini cuma saya dapat rasakan sesuatu. Setiap kali saya membaca al-Quran ianya tergambar dalam khayalan saya. Gambaran ini memang aneh tetapi saya dapat rasakan kepuasan dan keseronokannya." Inilah kata-kata beliau yang dapat dijadikan inspirasi kita.

Subahanallah…

Syahid cita-cita teragung

Kata-kata beliau sebelum dihukum ditali gantung :

"Jari telunjuk ini yang menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah tidak mungkin sama sekali akan menulis coretan yang hina dan mengampu-ampu. Jikalau sememangnya saya layak dipenjara, saya reda menerimanya. Tetapi jikalau saya dipenjara dengan zalim, saya sama sekali tidak akan tunduk memohon belas kasihan daripada orang vang zalim..."

Allahuakbar!!

Ruh kefahaman dan penghayatan seperti beliau ini perlu diserapkan didalam diri kita (terutama penulis) bagi melahirkan jiwa-jiwa yang sanggup berkorban untuk menjadi pendokong agama Allah, sedia berada dibarisan hadapan bukan kerana mahukan pangkat dan jawatan akan tetapi individu yang pertama yang akan mempertahankan kalimah suci “lailahaillallah” agar bumi ini sentiasa subur dengan kalimah tauhid.

Ya, kadang-kadang diri kita sering di belenggu dengan memikirkan masalah picisan. Padahal terlalu banyak masalah umat yang tidak selesai dan mengharapkan rawatan dan pembelaan. Manifestasi keimanan dan pengakuan keislaman kita perlu diterjemahkan dalam amal dan perbuatan.

Ya Allah.. kuatkan keyakinan kami dengan agamaMU.



Ya Allah..Berikanlah kelancaran gerak kerja Islamku sebagai mana taklifan yang telah diamanahkan dibahuku..

Tuesday, November 10, 2009

KISAH


Penulis diberi ruang masa untuk menyelak SOLUSI keluaran terkini. Asyik sungguh penulis membaca. Majalah yang banyak mengandungi input yang bermanfaat. Penulis ingin berkongsi satu cerita.. ada pengajaran yang boleh diambil..

Apabila Beruk Menjadi Hakim..

Tupai dan tikus bergaduh berebut sebiji pisang yang mereka temui bersama. Beruk di atas pokok melihat gelagat mereka. Beruk tersebut menghampiri mereka.

“Biar aku yang mengadili.. biar aku menjadi hakim”

Tikus dan tupai bersetuju.


Tanpa mengenali tentang asal-usul beruk, mereka meletak kepercayaan untuk beruk mengadili mereka. Beruk dengan sengaja menggigit untuk membahagikan melebihkan salah satu dari dua bahagian.



“Ini tidak adil” Kata tupai. “Kenapa aku dapat bahagian yang sedikit”.
Beruk mengambil kembali kedua-dua bahagian dan mengukur kembali. Dia memakan sedikit bahagian yang terlebih. Tetapi dengan segaja tidak membahagian sama rata.

Disebabkan tidak puas hati, perkara yang sama dilakukan oleh mereka sehinggalah habis pisang tersebut.. Berut berlari ke atas pokok. Tindakan beruk itu membuatkan tikus dan tupai menyedari bahawa mereka telah tertipu.

Pengajaran : Fikir-fikirkan.. =)



Wednesday, November 4, 2009

Sejarah : pengajaran dan teladan buat diri & teman-teman

Istilah thiqah menurut pendapat sesetengah ulama’ adalah lebih tinggi daripada kedudukan ‘sidq’ (jujur). Menurut kebanyakan ahli hadis merujuk kepada seseorang yang sangat jujur, wara’, dan jauh dari bid’ah yang berat.

Antara tokoh yang diyakin kethiqahannya ialah Ibrahim bin Adham. Beliau dikatakan seorang yang thiqah , dapat dipercayai, dan salah seorang abid yang sangat zuhud. Sehinggakan ada pendapat mengatakan sekiranya ada orang yang thiqah meriwayatkan hadis dari beliau maka hadis tersebut adalah sahih. Beliau sangat benar dalam iktiqad, mentauhidkan Allah, amat mentaati suruhan Allah dan meniggalkan larangan Allah.

Istilah tiqah kerap juga digunakan oleh teman-teman penulis. Mungkin kadang-kadang ditafsirkan dengan makna yang bermacam antaranya sebagai tanda keyakinan kita dan kepercayaan kita dalam bersahabat, begerak kerja, melaksanakan amanah dan seangkatan dengannya. Antara ayat yang biasa penulis mendengar:

“Ana thiqah kat enta/i…”
“Ana yakin dan thiqah kat sahabat kita nie untuk ….”
“Ana bagitahu kat enta/i sebab ana thiqah kat enta/i sebagai sahabat ana….”
Dan macam-macam versi lagi. Begitu juga bila keadaannya bila menilai seseorang itu, kadang-kadang meletakkan tahap kethiqahannya. Ntahlah, apa sebenarnya nilaian thiqah kita yang sebenarnya (tanya pada diri).

Adakah thiqah sekadar keyakinan kita dan percayanya kita dalam bersahabat atau bagaimana? (Penulis akan biarkan persoalan ini berlegar-legar dibenak fikiran penulis sehingga penulis mendapat jawapan yang meyakinkan).


::Allahumma faqqihna fi din::

Sunday, November 1, 2009

LAGI.. KOREKSI DIRI

Nasihat buat diri



Teringat pesan seorang sahabat.. “Jaga hak jiwa, baik dalam tutur kata demi kelangsungan hubungan jiwa dengan orang lain.” Kata sahabat lagi “etika dalam hubungan sesama insan bermula dari kata-kata, menegur boleh tapi dengan cara yang berhemah. Demi kelangsungan perhubungan dua hala.”

Pesan sahabat lagi, “Berkata bila perlu, elak daripada banyak berkata takut terlajak kata menyebabkan banyak dosa dan banyak hati terluka.”

Ibn Arabi pernah menukilkan bahawa:
“Sesungguhnya penyakit jiwa ialah bentuk kata-kata dan perbuatan, dan pembahagian dalam bentuk kata-kata itu banyak, tetapi punca dan ubatnya hanya dua: Pertama, tidak berkata apabila ingin berkata, dan kedua, tidak berkata melainkan ketika mana sekiranya kamu diam dari berkata-kata, dikira sebagai maksiat, sekiranya tidak jangan berkata-kata.”


Begitu juga Imam Ghazali ada menceritakan kisah dalam Ihya’ Ulumuddin:

Dikatakan kepada Nabi Isa a.s :Tunjukkan kepadaa kami amalan yang membawa kami ke Syurga.
Nabi Isa menjawab : Jangan berkata selama-lamaya
Mereka berkata : Kami tidak mampu untuk melakukan sedemikian.
Nabi Isa berkata : Maka janganlah kamu berkata melainkan dengan kebaikan.

Nabi Muhammad saw memberi banyak ingatan mengenai perkara itu. Antaranya sabda Baginda bermaksud: "Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Pesan Rasulullah lagi bermaksud: "Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya." (Diriwayatkan oleh Baihaqi).

Nabi Muhammad bersabda lagi bermaksud: "Sesiapa mengawal lidahnya (daripada memperkatakan kehormatan orang), maka Allah akan menutup kecelaannya (hal yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya daripada seksa-Nya. Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya." (Hadis riwayat Ibnu Abib-Duanya).

Demi kelangsungan hubungan sesama insan, kita perlu menjaga hak jiwa-jiwa dan demi kelangsungan Islam kita boleh berkongsi jerih perih perjalanan yang kita sama-sama lalu, tapi tidak sama sekali dalam soal peribadi atau keluarga sendiri. Mungkin ada sesetengah merasakan perlu berkongsi tanda ‘ukhuwah’ , tapi ada juga yang hanya mendiamkan diri tidak mahu dengan tujuan tidak merencatkan gerak kerja Islam.


Ya Allah, Jadikanlah kami insan yang berkata-kata dengan kata-kata yang bermanfaat, selagi mana kami diberi kesempatan untuk menggunakan nikmat ini, sebelum ia dikunci dan hanya anggota lain menjadi saksi kepada amalan kami di alam lain nanti... Amin


:: Maaf khilaf diri :: Pesanan buat diri:: nota buat insan 'berkenaan'::
"Al-Muhasibi : Tiap-tiap sesuatu ada nilainya, nilai manusia ialah akal dan nilai akal ialah sabar."